TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, June 20, 2013

Pancainderaseni Silat Lintau. Warisan Zaman berzaman.

Makna L,I,N,T,A,U.

Langkah/Latihan: bermaksud dalam silat lintau mementingkan langkah iaitu gaya atas, setengah tiang dan permainan bawah. selain itu sesiapa yang ingin belajar lintau mestilah turun berlatih di gelanggang untu memahami makna disebalik gerak langkahnya.

I-Islam: silat lintau hanya boleh dipelajari oleh pelajar beragama Islam sahaja kerana setiap permainan dan gerak langkahnya bermaksud serta banyak unsur spiritual berkaitan islam di dalamnya.

N-Nabi: setiap pelajar silat lintau mestilah mentaati rukun iman dan islam serta mentaati ajaran sunah Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi ikutan umat Islam.

T-Turunkan: turunkan berpecah kepada dua maksud iaitu:

1-setiap pelajar yang mahu belajar silat lintau mestilah turun ke gelanggang.
2-setiap guru silat mestilah menurunkan semua ilmunya tanpa menyembunyikan satupun gerak, buah dan permainannya untuk mengelakkan kepupusan silat lintau.

A-Atas: setiap pesilat mestilah berpegang diatas paksi akidah islam dan berusaha atas insiatif yang baik untuk berjaya. selain itu pelajar silat pula mestilah menghormati orang yang lebih atasan dari mereka.

U-Umatnya: silat lintau bertujuan untuk menyatukan umat manusia, bukan menyebabkan perpecahan dan pertelingkahan. silat lintau untuk kedamaian bukan kehancuran umat manusia.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat