TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, April 19, 2013

Parti PAS kemaluan besar.

Parti PAS sekali lagi malu besar apabila calonnya telah ditolak bulat-bulat oleh Pakatan pembangkang!



DAN pertembungannya di antara Yusni Mat Piah PAS dengan CheguBard PKR. Sebelum ini MiM telah menulis satu entri tentang isu sebenarnya.
Tetapi, lain pula jadinya apabila CheguBard telah mengisytiharkan yang sebaliknya!

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah tweet di bawah :


Tetapi CheguBard membuat kenyataan yang dilihat akan memalukan dan melukai hati PAS Sungai Acheh dan Pulau Pinang.



Beliau sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada PRU 5 Mei ini. Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras SAMM menerima watikah pencalonan oleh Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pagi semalam.

Sungai Acheh sebelum ini menjadi kelam-kabut di antara PKR dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Mohd Piah, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi. Manakala menurut Chegu Bard diTwitter miliknya ini adalah keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Maksudnya, Hadi Awang, Presiden PAS sendiri turut menolak calon partinya sendiri dai Pulau Pinang?

Perbalahan kerusi di Sungai Acheh, Pulau Pinang merupakan salah satu daripada bukti betapa rapuhnya pakatan pembangkang.

Setakat ini, kita belum lagi mendapat respons daripada Yusni Mat Piah atau pun Salleh Man, Pengerusi PAS Pulau Pinang.

MiM difahamkan bahawa jentera PAS Sungai Acheh dan Pulau Pinang sudah mulai kecewa dan berasa tertipu dengan wayang kulit kepimpinan Pakatan pembangkang. MiM tidak pasti sama ada akan berlaku sabotaj dari segi jentera atau pun undi penyokong-penyokong PAS tetapi melihat kepada permasaalahan di atas, kita tidak akan terkejut jika ianya benar-benar berlaku.

Seperkara lagi yang pasti menyebabkan media alternatif pembangkang mengigit jari ialah pengakuan Datuk Jasmin Mohamed, bekas ADUN Sungai Dua, Tasek Gelugor. Sebelum ini, media pembangkang begitu ghairah melaporkan kononnya Datuk Jasmin akan bertanding sebagai calon bebas.

Tetapi keghairahan mereka itu tidak kesampaian apabila Datuk Jasmin membuat kenyataan di bawah :



No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat