TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, April 16, 2013


JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini adalah medan ujian kepada kesetiaan ahli Barisan Nasional (BN) negeri Johor,

PRU-13 itu juga adalah yang paling mencabar bagi BN negeri berikutan tumpuan pihak pakatan pembangkang yang membawa masuk ramai calon dari luar untuk bertanding di negeri ini.
"Ini bukan sekadar cabaran yang kuat tetapi juga ujian untuk merapatkanbarisan kita bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti,"

Pilihan raya kali ini melebihi kepentingan mana-mana individu atau kumpulan tertentu dan ia merupakan masa untuk memastikan kemenangan parti bagi membuktikan Johor adalah tiang seri BN.

Oleh itu, mereka yang tidak dicalon bangkit secepat mungkin daripada kekecewaan mereka dan menguatkan azam serta tekad untuk meneruskan perjuangan parti.

Mengenai kerusi parlimen Gelang Patah, Dengan pengumuman Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon 'heavyweight' kawasan itu, BN mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi kawasan parlimen itu kerana beliau mempunyai rekod yang bagus dalam melaksanakan pembangunan di Johor.

Sehubungan itu, sokongan padu daripada ahli BN Johor terhadap Abdul Ghani penting bagi memastikan kemenangan yang bakal menentukan pembangunan berterusan di Gelang Patah yang berada dalam lingkungan kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat