TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, October 23, 2016

SELAMAT HUT VAT 69 ke 47 !!!

LIVE UPDATE: HARI ULANG TAHUN UNIT 69 KOMANDO PDRM

Sejarah mencatatkan Komando 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara pasukan keselamatan Tanah Melayu yang berjaya menghalau keluar komunis dan ideologi sesatnya dari bertapak di negara tercinta ini.

Kalau kita sering nampak hebatnya individu luar dan pasukan keselamatan negar luar sahaja, jangan sesekali kita lupa betapa hebatnya lagi individu dan pasukan keselamatan dalam negara sendiri.

Hebatnya 69 Komando PDRM ini yang sentiasa relevan mencurah khidmat bakti mereka sejak dari zaman darurat sehingga kini. Tabik hormat buat perwira-perwira pertiwi!

#unit69komando
#vat69
#pdrm
#rmp
#polisdirajamalaysia
#royalmalaysiapolice
#policedanmasyarakatberpisahtiada

Saturday, October 22, 2016

Liar: Ahli Parlimen Barisan Rakyat tinggalkan Dewan?

Bajet bagus 2017?

BR1M naik RM1200!!!

Pendapatan Andaian GST 30 billion setahun.

Siapa boleh kira perbelanjaan negara setahun berapa?

Barisan Rakyat keluar dari Parlimen adalah kerana sedang mengira keupayaan negara dengan bajet 2017 yang dibentangkan oleh #MO1.

Andaikata pendapatan GST negara tidak mencapai sasaran adakah #MO1 ada duit untuk meneruskan kelangsungan negara?

Semalam dan hari ini nampak dengan banganya dengan istilah dedak pun bukan. Ahakkkk!!!

Dengan jumlah penganguran bertambah setiap tahun. Keluaran IPTS dan IPTA masih belum mendapat peluang pekerjaan.

Keupayaan daya tahan Industri untuk bertahan dengan kos-kos meningkat. Sara hidup meningkat gara-gara GST. Kerana GST barang naik? Pengilang, Peruncit terpaksa masukkan nilai GST pada setiap pembeli kerana arahan kerajaan.

Sumbangan dari Petronas merupakan bonus untuk kerajaan Malaysia. Petronas sendiri sedang mengalami kemerosotan pendapatannya.

Sekandal 1MDB telah menjadi tanggungjawab MOF. Siapakah yang membayar hutang-hutang 1MDB tersebut?

Janganlah terlalu angkuh dengan menyamakan Barisan Rakyat ahli Parlimen keluar dewan dengan binatang? Sedangkan mereka perjuangkan nasib rakyat Malaysia akan datang. Sebab mereka masih punya otak dan akal waras untuk membuat perkiraan yang sewajarnya.

Anggaran Kasar.

1. Kesihatan Rakyat RM25B
2. Pembangunan Sukan RM1.2B
3. UTC & RTC RM3.5B
JUMLAH   =   RM 29.7B

Sedangkan banyak lagi perbelanjaan negara yang berbellion dan berjuta. Contoh 85juta untuk permata. Insuran dan payung negara peralatan ketenteraan. Gaji penjawat Awam lain-lain hal yang di luar jangkaan.

Bicara berani kerana benar?

Yang benar.

zamrinhamzah
Ahli PPBM seumurhidup.

Monday, October 17, 2016

Tun Dr Mahathir Mohamad fanatik.

*"Ada orang fanatik parti. Saya fanatik perjuangan. Bila parti tak betul, saya keluar"*kata YBHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Kita berjuang, *kita tak boleh ikat dari kepada parti, tapi ikat kepada perjuangan.* Kalau parti tidak lagi ikut prinsip perjuangan, kita tinggal parti itu.

Saya rasa yang sokong Umno sekarang bukan sokong parti. Tapi sokong Najib. Mungkin sebab Najib banyak dedak bagi penuh mulut.

1MDB bukan untuk bisnes, tapi untuk curi duit. Sebab Najib kata cash is king. Pemimpin-pemimpin disogok. Dia nak kekal pada setiap kali pilihan raya.

*Rasuah, sogok diharamkan oleh agama.* Tapi Najib tak peduli semua itu. Pada pilihan raya akan datang Najib akan suap kepada siapa yang boleh.

Najib hina orang Melayu. Dia ingat Orang Melayu ini boleh disogok. Saya tak fikir Orang Melayu sekarang macam ini. Orang Melayu sekarang sudah matang, tahu halal haram.

Himpunan Bersih di negara kita aman. Senyap sahaja. Cuma pakai baju kuning.

Saya dah dapat baju kuning. Saya pun nak hadir sama. Sebab Bersih itu aman.

Maka datanglah baju merah Jamal ni tendang peserta Bersih. Mereka sengaja nak cari gaduh. *Supaya Najib boleh isytihar kawasan keselamatan.* Dia boleh tangkap orang.

Tapi orang Bersih baik. Tidak melawan. Saya harap orang Bersatu pun jangan pakai baju merah hari tu. Kita pakai baju kuning.

Kita keluar beramai-ramai bersama PKR, DAP, AMANAH.

Penyokong Najib, Salleh Keruak kata hapuskan legasi saya. Nak tebang KLCC. Saya nak cakap, JPM saya yang buat dulu. Rumah Perdana Menteri tu pun saya buat dulu.

*Saya kata terang-terang Najib curi duit. Dia belum lagi nak saman saya.* Tindakan Najib ini sangat luar biasa.

Tun Mahathir
16 Oct 2016

Friday, October 14, 2016

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini bagi menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan dekat di hati penduduk negeri ini.

Merupakan putera sulung Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Faris Petra, 47, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Sering membahasakan diri baginda sebagai 'kita' ketika bertemu dengan rakyat negeri ini, baginda sering dilihat turun padang bertemu masyarakat termasuk penduduk kawasan pedalaman serta perkampungan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Baginda yang ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Okt 1985 dilihat lebih gemar mengenakan jubah atau berbaju Melayu atau lebih dikenali di negeri ini sebagai 'baju gumbang', serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat baginda.

Sultan Muhammad V, sebelum ini Timbalan Yang di-Pertuan Agong sejak 12 Dis 2011, turut mencetuskan idea Program Walkathon D'Raja Kelantan sejak 2011 bagi mengeratkan lagi hubungan raja dengan rakyat.

Menerusi Program Walkathon D'Raja Kelantan itu, ribuan rakyat Kelantan daripada pelbagai peringkat umur berpeluang untuk berjalan bersama-sama Sultan Muhammad V dan beberapa kerabat diraja yang lain sejauh 10 km di sekitar bandar Kota Bharu.

Sepanjang laluan, terdapat beberapa 'checkpoint' yang mempersembahkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti dikir barat, paluan kertuk dan rebana ubi.

Pada 2011, program itu diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records sebagai penyertaan terbesar Walkathon Diraja Malaysia pada tahun berkenaan selepas berjaya mengumpul sebanyak 21,111 peserta.

Program tersebut adalah program amal anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Kelantan Al-Muhammadi bagi mendekatkan baginda dengan rakyat, menggalakkan amalan gaya hidup sihat selain menjadi ikon tarikan pelancongan Kelantan.

Baginda turut tidak ketinggalan menyemai spiritual masyarakat Islam di negeri ini menerusi program 'Qiam With Me' yang diadakan pada setiap Ramadan sejak 2011.

Program tersebut yang diadakan pada pukul 10 malam selepas solat Isyak dan Tarawih, diikuti kuliah agama oleh penceramah jemputan, disusuli Qiamullail sehingga sahur dan solat Subuh berjemaah bersama baginda.

Menerusi program itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat kepada asnaf dan golongan kurang bernasib baik.

Malah, kedua-dua program tersebut - Walkathon D'Raja Kelantan dan Qiam With Me - dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri Kelantan sebagai satu lagi daya tarikan pelancongan yang unik di negeri ini.

Di sebalik populariti baginda sebagai Sultan Kelantan yang sering mendapat liputan meluas pengamal media di negeri itu, kerap kali dalam diam dan tanpa pengetahuan media, baginda berkenan menjengah kehidupan penduduk yang memerlukan pembelaan.

Malah, pernah tersebar sekeping gambar di media sosial baginda membuat rondaan menaiki pacuan empat roda seorang diri selepas bencana banjir besar melanda Kelantan pada 2014.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Okt 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I di Kota Bharu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England, sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Sultan Muhammad V, yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pada masa lapang gemar membaca buku, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda, kejohanan kuda lasak dan menembak.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra, 42, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 38, dan Tengku Amalin A'ishah Putri, 32.

Thursday, October 6, 2016

INTIPATI UCAPAN TUN M MENGGARISKAN PPBM.

INTIPATI UCAPAN TUN M DALAM MAJLIS DI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

Ucapan Tun M semalam dalam perjumpaan bersama penggerak PPBM, antara lain telah menggariskan perkara seperti berikut :-

1. PPBM

Tun M mengulas tentang matlamat PPBM, tujuan utama ditubuhkan dan masa depan parti. Walaupun dipertikai dan dilabel sama seperti parti serpihan UMNO yang lain seperti PM46 hakikatnya, PPBM berbeza kerana Perlembagaan, Matlamat dan Objektif PPBM yang tidak serupa. Namun, perjuangan membela rakyat masih menjadi keutamaan terutama menolak amalan rasuah dalam parti. Selain itu, PPBM adalah langkah terbaik sebagai menjawab persoalan tentang keburukan Najib dan UMNO selama ini.

2. Najib

Hilang keyakinan kepada Najib kerana beliau amalkan prinsip 'cash is king' dan amalan ini telah menjejaskan imej dan kredibiliti Kerajaan malah UMNO sendiri. Turut menyentuh tentang RM2.6 bilion yang dianggap tidak masuk akal untuk sesiapa menderma jumlah sebanyak itu. Begitu juga dengan 1MDB. Najib menubuhkan 1MDB bagi menggunakan dana syarikat itu untuk tujuan peribadi. Isu 1MDB ini telah diketahui umum sehingga ke masyarakat luar negara.

3. UMNO

Pemimpin UMNO hanya mementingkan keuntungan terutama Ketua-Ketua Bahagian yang menyokong Najib kerana diberi imbuhan tertentu. Amalan rasuah berleluasa dalam parti. Untuk mendapat undi rakyat, UMNO beri barangan/peralatan elektrik kepada mereka.

4. Kerjasama Dengan Pembangkang

Kerjasama dengan pembangkang bukanlah perkara yang ganjil dalam politik. UMNO juga mengadakan kerjasama dengan pihak lawan ketika di awal penubuhan parti PERIKATAN (gabunga UMNO dan MCA). Sebahagian besar parti yang menyertai BN di awal penubuhannya, adalah parti lawan UMNO termasuk di Sabah dan Sarawak. Persisihan dan permusuhan politik antara beliau dan pimpinan parti-parti pembangkang lain seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim terpaksa diketepikan untuk mencapai matlamat menjatuhkan Najib dan UMNO.

5. Soal Anaknya, Mukhriz

Dakwaan beliau berhasrat menjatuhkan Najib kerana ingin menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM adalah tidak masuk akal. Jika beliau mahu ia berlaku, sudah tentu dilakukan ketika beliau menjadi Presiden parti dengan melantik Mukhriz sebagai Timbalannya.

6. PRU Ke-14

Yakin PPBM akan meraih kerusi yang ditandingi jika ahli-ahli bekerja keras tanpa memikirkan soal duit dan sebagainya. Dari segi calon, Jawatankuasa Tertinggi Parti akan tentukan calon yang boleh memberi kemenangan kepada parti. Namun usaha sedang berjalan untuk menjayakan matlamat 1 lawan 1 dengan BN bagi meningkatkan peluang menjatuhkan Najib.

7.  Nasihat

Dalam perjuangan, mestilah terpaksa berdepan cabaran. Jika tidak, itu bukan cabaran namanya. Perlu ada sedikit keberanian dalam berjuang kerana di peringkat awal akan ada tentangan, ugutan, cercaan dan sebagainya.

8. Harapan

Beliau berharap agar PPBM akan menjadi sebuah parti yang unggul, mengatasi UMNO pada PRU Ke-14. Oleh itu, usaha perlu digembleng oleh semua pihak dalam PPBM  bagi menjayakan matlamat tersebut.

* Tun M turut tekankan tentang kepentingan STRATEGI. Selama ini pembangkang gagal menjatuhkan UMNO kerana ketiadaan STRATEGI berkesan. Pun begitu, PPBM sudah mempunyai STRATEGI yang khusus dan akan diguna untuk berhadapan UMNO pada PRU14 nanti.

Friday, September 30, 2016

KEJAYAAN JDT, SKUAD KEBANGSAAN, PERPINDAHAN PEMAIN DAN KERUSI TERHANGAT FAM

Berkenaan dengan kejayaan JDT, buat masa ini saya amat bangga dengan JDT kerana telah berjaya bukan sahaja memenangi Liga Super Malaysia tiga kali berturut-turut, tetapi menjuarai Piala FA dan Piala Sumbangsih. JDT beroleh tiga piala musim ini dan juga berada dalam peringkat separuh akhir Piala AFC. Jika berjaya ke peringkat akhir, Alhamdulillah. Sekiranya tidak berjaya pun tidak mengapa kerana kami telah berjaya hingga ke saingan separuh akhir untuk dua tahun berturut-turut. Itu adalah pencapaian yang patut kami hargai dan bersyukur kerana dari situ kita boleh menilai prestasi dan kedudukan kelab kita di peringkat antarabangsa.

Mengenai skuad kebangsaan pula, baru-baru ini kecoh apabila pemain JDT II dipanggil balik. Ini kerana saya mahu mengajar FAM agar mula mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh FIFA dan negara-negara bola sepak yang maju di luar negara. Mereka mahukan pemain berlatih lebih lama untuk lebih persiapan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Jika diletakkan pemain berlatih empat bulan dalam skuad kebangsaan sekalipun, mereka tetap akan bermain 'stail' itu juga. Ini oleh kerana kualiti dan level yang ada pada Ong Kim Swee. Sekiranya ada jurulatih antarabangsa yang ada rekod dan kejayaan, saya boleh benarkan pemain saya pergi untuk berapa lama sekalipun kerana saya tahu mereka boleh belajar. Tetapi sekiranya dengan Datuk Ong Kim Swee, pemain saya tidak akan dapat belajar dengan lebih lagi kerana beliau bukannya dilantik berpandukan prestasi beliau tetapkerana sikap pilih kasih oleh Exco-exco FAM dan berkongsi gaji. Jadi saya tidak mahu ulas lebih panjang kerana saya tahu pada tahun hadapan, beliau tidak akan ada lagi. Pemain saya akan melapor diri empat hari sebelum perlawanan. Muktamad.

Berkenaan pemindahan pemain pula, begitu ramai mengatakan pemain Kelantan hendak berhijrah ke Johor. Terus terang saya katakan, berita tersebut tidak benar. Saya ada empat atau lima pemain yang akan berpindah. Saya juga ada empat pemain yang akan berhijrah daripada luar negeri Johor, dan ada tiga pemain yang akan naik daripada pasukan JDT II. Dan siapa pemain tersebut yang akan datang ke JDT buat masa ini belum boleh saya dedahkan nama mereka tetapi  saya mengesahkan bahawa tiada pemain daripada Kelantan. Akan ada satu daripada Sarawak, satu daripada T-Team, satu daripada PDRM dan dua daripada Selangor. Manakala tiga lagi daripada JDT II. Itu adalah muka-muka pemain baharu yang akan masuk ke dalam JDT.

Dan juga baru-baru ini, ada seorang pemain Felda yang dahulu kononnya mengeluarkan kenyataan hendak membalas balik budi Irfan Bakti, kini tidak habis-habis menelefon Penyelaras Pasukan JDT, En. Din Sabran untuk meminta agar dapat bertemu dengan saya untuk bermain semula dengan JDT. Nasihat saya kepada mereka, pergilah balas balik jasa Irfan Bakti itu. Masa dahulu sewaktu kami berminat dan beri tawaran dengan cara profesional, dia kononnya hendak tunjuk hero, hari ini merapu-rapu mencari orang. Saya dah mengalami isu ini daripada hari pertama saya ambil alih bola sepak. Jadi, kepada yang pernah kita bagi tawaran, kemudiannya menolak, dan mencari kita semula bagai nak gila. Nasihat saya kepada mereka, pergi cari pasukan lain. 'Apabila kapal sudah belayar, kapal tersebut tidak akan berhenti.'

Kepada kerusi FAM yang terhangat, saya 50-50.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

---------

JDT'S SUCCESS, NATIONAL SQUAD, PLAYER'S TRANSFER AND FAM HOT SEAT

Regarding JDT's success, at the moment I'm proud of JDT for winning the Malaysian Super League three times running but also winning the FA Cup and the Charity Shield. JDT won three cups this season and are now in the semifinals of the AFC Cup. God willing, we can qualify for the finals and if not, it's okay as we qualified for the semifinals stage two years in a row. It's an achievement that we should appreciate and be grateful of because from there we can evaluate our team's performance in the international stage.

Regarding the national team, recently there was a ruckus when JDT II's players were recalled back. This is because I want to teach FAM a lesson to follow rules stated by FIFA. They so called said they wanted players to train for a longer duration to be better prepared under the management of Datuk Ong Kim Swee. Even if the players trained for four months in the national team, they will still continue to play with that similar 'style'. That's the level of quality Ong Kim Swee has. If there is a foreign coach with records of success, I will allow my players to train with him because I know my players would learn under him. If under Ong Kim Swee, my players can't learn much under him as he was appointed by FAM's EXCO based on favoritism, not based on his performance and shared their salary. I don't want to speak anymore of this as I know he won't be around next year. So, my players will only report to the national team four days before the match as stated by FIFA's regulation. End of story.

As for the player's transfers, many have said that the Kelantan players wants to come and play for Johor. Honestly, that's not true. I have four or five players that will be leaving Johor and there are three players that will be promoted from JDT II. I can't reveal their names but I can confirm there are no Kelantan players. One is from Sarawak, one from T-Team, another from PDRM and two from Selangor plus three from JDT II. These are the new faces that will play for JDT soon.

And also recently, a Felda player had come out with a statement that he wanted to repay Irfan Bakti's faith in him. He's never stopped calling my team coordinator, Mr. Din Sabran demanding to meet me to let him play for JDT again. My advice to him, you just repay your debt to Irfan Bakti. When we offered for his service and approached him professionally, he showed his big headedness and now he wants to play for us. I've had this issue from day one since I took over football. So my advice to the ones we've offered but trying to play hard to get, please find another team. 'When the ship has already sailed, it won't stop'.

For the FAM's hot seat, i'm still 50-50

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

BOM : Bangunan Bursa Malaysia Kuala Lumpur dapat panggilan letupkan bom?

Bangunan Bursa Malaysia di Bukit Kewangan, KL dapat ugutan bom.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Menurut laporan AWANI, seorang suspek buat panggilan telefon pada 1.00 tengah hari tadi mengugut mahu meletupkan bom dalam bangunan itu selepas solat Jumaat.

Suspek diberita membuat 4 panggilan telefon dan turut mengancam mahu meletupkan bangunan berdekatan Bursa Malaysia.

Susulan itu, pihak pengurusan mengarahkan semua pekerja mengosongkan bangunan serta-merta.

Polis sedang melakukan pemeriksaan bersama anjing pengesan .

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat