TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, April 6, 2016

PERANGAN MEREBUT KAWASAN DI KEPULAUAN DAN LAUT CINA SELATAN BAKAL MALAYSIA TERLIBAT.

Ketika ramai rakyat Malaysia menyangka bahawa lanskap politik nasional sudah cukup ganas berkocak tatkala ini, rupa-rupanya di ‘belakang rumah’ mereka ada ribut dan badai yang lebih dahsyat, yang hanya menanti masa untuk datang menderu.

Kemelut politik di Malaysia di antara Dato’ Seri Najib dan penyokongnya serta Tun Dr Mahathir dan penyokongnya telah mencuri perhatian segenap lapisan rakyat Malaysia semenjak hujung tahun lepas lagi. Tanpa kita sedari, krisis pertikaian antara pelbagai negara termasuklah Malaysia sendiri di Laut Cina Selatan semakin rancak berlaku, dan mula menunjukkan pelbagai perkembangan yang sepatutnya menggusarkan kita.

Aktiviti Ketenteraan Meningkat

Hari demi hari berlalu, tiada tanda bahawa ketegangan perseteruan antara US dan China dalam membina pengaruh mereka di kawasan Laut Cina Selatan akan mereda. Malah dalam perkembangan terkini, pergerakan kedua-dua belah pihak kelihatan semakin agresif dalam menunjukkan taring ketenteraan mereka.

US giat mengarahkan kapal-kapal tentera mereka masuk ke perairan Laut Cina Selatan, selain mula meletakkan jet-jet pengebom strategik (strategic bombers) di pengkalan di Australia. China yang sudahpun membina pengkalan tentera di kepulauan Paracel sejak beberapa tahun lepas, mengejutkan ramai pihak apabila mereka dilaporkan sudahpun menghantar ‘HQ-9 anti-air missiles’ di kepulauan tersebut.

Meskipun kedua-dua kuasa besar tersebut memberi kenyataan bahawa aktiviti ketenteraan bukanlah pilihan mereka dalam isu pertikaian di Laut Cina Selatan, pergerakan yang sedang berlaku kelihatan sebaliknya.

Bolehkah Perang Meletus?

Di dalam sebuah penerbitan CFR (Council on Foreign Relations) berkenaan pertembungan antara US dan China di Laut China Selatan, pertembungan secara bersenjata atau secara ketenteraan disebut sebagai sebuah situasi yang tinggi kemungkinannya untuk berlaku.

Menurut penerbitan tersebut, berdasarkan situasi sedia ada, terdapat sekurang-kurangnya tiga pertembungan bersenjata yang mungkin berlaku.

Pertembungan yang pertama, iaitu yang paling tinggi kemungkinan untuk berlaku dan juga yang paling merbahaya jika tercetus ialah di antara US dengan China sendiri. Berdasarkan perkembangan sekarang, sebarang kesilapan kecil atau salah faham di peringkat politik boleh menjadi punca untuk pertembungan ini meletus. Krisis politik yang besar boleh terhasil dan seluruh rantau ini akan menerima implikasi secara ketenteraan.

Yang kedua ialah di antara China dengan Filipina. Filipina yang juga merupakan pengkalan besar US di Asia Tenggara dilaporkan ingin meneroka sumber gas asli di kawasan Reed Bank, tidak jauh dari Palawan. Jika Filipina berkeras untuk meneruskan usaha penggalian ini tidak mustahil China akan memberikan respon balas yang agresif. Manakala yang ketiga ialah di antara China dengan Vietnam. Vietnam juga dilaporkan turut berhasrat menggali minyak di perairan Laut Cina Selatan, khususnya di kawasan yang sedang dipertikaikan. Jika China memberi amaran kepada Vietnam dan amaran ini tidak dihiraukan, kemungkinan besar akan berlaku serangan ke atas Vietnam oleh China.

Implikasi Kepada Malaysia

Malaysia tidak terlepas daripada menerima provokasi dan tekanan daripada kedua-dua belah pihak, khususnya China yang semenjak beberapa tahun lepas mengambil pendekatan yang lebih ‘physically provocative’ dalam isu di Laut Cina Selatan. Terkini, 100 bot yang berdaftar dengan China dikesan berada di kawasan perairan Malaysia yang terlibat dalam pertikaian hak di Laut China Selatan.

Memandangkan Malaysia turut merupakan salah sebuah negara utama yang terlibat secara langsung dalam mempertahankan hak ke atas sebahagian kawasan di Laut Cina Selatan, sebarang konflik dan krisis ketenteraan yang berlaku akan turut membabitkan Malaysia samada Malaysia sudah bersedia atau tidak.

Terdapat pengulas yang menyebut bahawa tidak mustahil negara-negara yang terbabit di rantau ini menerima implikasi seperti yang diterima oleh negara-negara di Timur Tengah, seperti Syria khususnya, yang telah berubah menjadi medan pertempuran oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Jika melihat kembali kepada sejarah, Vietnam pernah menerima implikasi yang sama di era 60-an apabila ia menjadi medan pertempuran kuasa US dan kuasa Soviet.

Implikasi utama yang boleh diramalkan ialah penghakisan kedaulatan rakyat dan kerajaan di negara-negara yang terbabit. Jika di Malaysia, secara khusus bangsa Melayu-Islam adalah kelompok yang paling banyak akan menerima impak kerana secara sosio-sejarah bangsa ini tidak pernah memberikan kesetiaan selain daripada tanah air mereka sendiri. Berbeza dengan rakyat berbangsa lain yang memiliki sejarah kesetiaan kepada kuasa di tanah air mereka seperti bangsa Cina misalnya. Bahkan sehingga kini jika diteliti dalam lanskap politik negara, terdapat parti-parti politik yang terang-terangan lebih menjayakan agenda kuasa besar seperti US dan China berbanding menjayakan pembinaan negara dan integrasi nasional yang berkesan.

Oleh kerana itu, negara kita juga mungkin akan menyaksikan timbulnya pertembungan dan perpecahan antara rakyat yang akhirnya akan membuka laluan kepada kuasa luar campur tangan dalam melakar rupa bentuk baru kepada negara dan menyusun cengkaman baru ke atas negara, khususnya dalam bentuk penguasaan hasil bumi (seperti minyak dan gas asli) serta penguasaan politik dan ekonomi.

Diplomasi Sebagai Jalan Keluar?

Kebarangkalian untuk Malaysia menjadi medan pertempuran jika meletusnya pertempuran di Laut Cina Selatan adalah amat tinggi memandangkan kedudukan Malaysia serta sempadan perairannya yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara.

Tambahan pula, krisis politik dalaman sedia ada di Malaysia yang melibatkan ahli politik dan parti politik yang mewakili kehendak-kehendak kuasa besar US dan China, serta keterikatan Malaysia kepada perjanjian seperti TPPA, sebenarnya telah meletakkan Malaysia di dalam keadaan yang amat ‘fragile’ dan ‘vulnerable’ kepada sebarang cetusan api pertembungan ketenteraan di Laut Cina Selatan.

Dato’ Seri Najib cuba mempamerkan sikap optimis dalam ucapannya di Sunnyland, US, pada Februari yang lalu apabila beliau menasihatkan semua pihak dalam krisis Laut Cina Selatan untuk bertenang dan mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh menambah ketegangan. Begitu juga kenyataan Datuk Seri Hishamuddin yang meminta semua pihak untuk mematuhi deklarasi mengenai tatalaku (DoC) pihak-pihak di Laut Cina Selatan.

Jelas sekali ini adalah sekadar kenyataan politik yang agak jauh daripada menyentuh krisis sebenar yang sedang memuncak di Laut Cina Selatan, apatah lagi menggariskan langkah-langkah yang lebih kukuh dan tegas dalam memastikan kedaulatan negara tidak terancam sekiranya pertembungan ketenteraan meletus kelak.

Dalam keadaan ‘terikat tangan’ dengan perjanjian TPPA yang dikemukakan oleh US, serta kemasukan pelaburan skala besar yang bertali-arus daripada China, ditambah lagi dengan kucar-kacir politik yang melibatkan salahlaku ramai pemimpin negara, adakah mungkin negara ini mampu merayu dan berdiplomasi agar kuasa-kuasa besar tunduk dan patuh dengan peraturan dan undang-undang yang tidak menguntungkan kuasa-kuasa besar tersebut? Adakah negara ini mampu mempertahankan kedaulatannya daripada dirobek oleh kuasa-kuasa besar tersebut yang inginkan penguasaan ke atas hasil bumi yang kaya di negara ini dan di rantau ini?

Dalam situasi sekarang, jawapan kepada persoalan tersebut amat-amat merisaukan.

Semoga semua pihak dapat duduk dimeja rundingan bagi menyelesaikan permasaalahan tersebut.

Mungkin kajian kerjasama dalam mengecapi hasil perut bumi tersebut dapat di jadikan jalan penyelesaian bagi meredakan kadaan dan di jadikan jalan penyelesaian.

BONGKAR : TAMPARAN POLITIK ZAMAN NAJIB???

Orang berpolitik, kita pun berpolitik?

DS Najib Razak belajar politik di Malaysia!!!

Tahukah kita Tun M memang kuatkan pembangkang supaya boleh audit kepada politik kerajaan yang memerintah.

Sekadar peringatan sahaja. Kita orang Islam jangan tipu rakyat.

Kehilangan wang 100juta di KBS merupakan satu tamparan ke muka kerajaan.

Isu pekerja bangla. Jangan kerana rakyat Malaysia malas bekerja. Kerajaan terus bertekad membawa masuk banglades ke Malaysia. Walaupun kerajaan kata sudah dibekukan.

Kami rakyat Malaysia amat bimbang dengan fenomena tersebut. Janganlah guna pepatah rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan. Keselamatan negara harus diutamakan.

Tuesday, April 5, 2016

Proton bermasalah apabila EON ditukat kepada Proton Edar dan diserahkan kepada Khazanah Nasional.

Proton bermasalah apabila EON ditukarkan kepada Proton Edar dan diserahkan kepada Khazanah Nasional. Keduanya apabila kerajaan pada masa itu 'menyingkirkan' Tan Sri Tengku Mahaleel Arif selaku CEO Proton yg telahpun membuat pulangan keuntungan besar dan rizab tunai nilai berbillion ringgit.

Apa salahnya kerajaan menyuntik RM 13 Billion buat Proton? Kerajaan juga 'menyelamatkan' MAS dgn suntikan RM 6 Billion melalui KWSP. Kerajaan Amerika Syarikat juga 'menyelamatkan' General Motors dgn pemberian dana ratusan billion USD.

Proton dapat bayar RM 800 juta pinjaman mudah kerajaan menggunakan sumber dalaman syarikat, menjual lebih 4 juta unit kenderaan, membayar RM 24 billion cukai kepada kerajaan, menpunyai 2800 Intellectual Property Rights (IPR), memberi 77,000 peluang pekerjaan dan membuka 400 peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia.

Tetapi, hari ini Proton dianggap sebagai bebanan dan bermasalah besar buat pemerintahan kerajaan. Ada menteri-menteri kanan yg memandang rendah dan sinis terhadap Proton seolah-olah  menggambarkan mereka tiada semangat pertahankan harta negara. Ironinya, mereka ini juga yg pertahankaannya semasa era Proton gah suatu ketika dahulu.

Proton, its not just about a car.

1MDB gagal hantar penyata kewangan!!! SSM melanjutkan sehingga 30 September 2016.

1MDB menerima satu lagi lanjutan selama enam bulan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selepas masih tidak dapat mengemukakan penyata kewangan yang berakhir 31 Mac, 2015.

1MDB sepatutnya mengemukakan penyata kewangan pada 30 Sept tahun lalu tetapi memohon lanjutan enam bulan sehingga 31 Mac, 2016, tarikh akhir yang juga gagal dipenuhinya.

Dana milik negara itu memberi alasan yang sama seperti sebelum ini, bahawa ia menunggu mendapatkan semula dokumennya yang dirampas dalam satu serbuan tahun lalu.

"1MDB tidak dapat untuk menyediakan penyata kewangan untuk audit sementara menunggu mendapatkan semula dokumen kewangan yang berkaitan yang dirampas semasa serbuan pada 8 Julai 2015.

"Oleh itu, SSM kini memberi lanjutan masa sehingga 30 Sept, 2016 bagi 1MDB mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) dan meluluskan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015," kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, 1MDB berkata firma itu berjaya mengemukakan penyata kewangan bagi dua anak syarikatnya.

"1MDB dengan sukacitanya mengumumkan bahawa TRX City Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd) bersama-sama dengan anak syarikatnya Edra Global Energy Berhad, telah mengadakan AGM untuk meluluskan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

"AGM telah diadakan dalam tempoh tarikh akhir yang diberikan sebelum ini iaitu pada 31 Mac 2016 dan penyata kewangan yang diaudit telah difailkan dengan SSM.

"Kedua-dua syarikat itu membentuk sebahagian besar aset dan mewakili semua aktiviti perniagaan yang beroperasi 1MDB," katanya.

Monday, April 4, 2016

Takbir : Apa Isu Stesen Janakuasa Elektrik Paka?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air  serta Suruhanjaya Tenaga menjelaskan status sebenar Stesen Janakuasa Elektrik di Paka Terengganu yang dikendalikan oleh YTL International Berhad (YTL).

Menurut beliau, stesen janakuasa tersebut dikendalikan oleh YTL sejak tahun 1993 hingga tahun lalu malah ia juga sudah tidak lagi beroperasi setelah tamat tempoh pada 1 Oktober 2015 lalu.

"Sejak enam bulan lalu, stesen janakuasa ini tidak lagi beroperasi dan situasi tersebut secara lansung tidak menjejaskan sebarang perkhidmatan pembekalan elektri di mana-mana kawasan.

"Dengan penamatan perjanjian pembelian tenaga, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bukan saja tidak lagi perlu menyalurkan duit kepada YTL malah mereka juga tidak lagi memerlukan tenaga yang dijana oleh YTL," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Namun begitu, Raja Bahrin memaklumkan bahawa tindakan kerajaan menerusi kementerian dan Suruhanjaya Tenaga memperbaharui lesen YTL untuk menyambung operasi di stesen janakuasa itu menimbulkan persoalan buat banyak pihak.

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa segala kos penjanaan elektrik oleh Stesen janakuasa bebas(IPP) sebenarnya ditanggung sepenuhnya oleh rakyat menerusi bil bulanan (bukan TNB atau kerajaan).

"Perkara ini menimbulkan persoalan mengapa lesen tersebut perlu diperbaharui memandangkan TNB tidak lagi perlu menyalurkan duit rakyat kepada YTL," katanya.

Dalam pada itu, Raja Bahrin turut mempersoalkan adakah tindakan pembaharuan lesen tersebut melibatkan kronisme memandangkan pihak YTL diberikan lesen operasi terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian pembelian tenaga yang baru.

BONGKAR : DUNIA MEMERHATI PERDANA MENTERI MALAYSIA??? 53 SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TV BERHASRAT MEMBURUKKAN!!!

ANTARA BUKTI DAN PENGAKUAN

1.​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib. Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya. Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.

2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

3.​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.

4.​Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.

5.​Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya “HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud” yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.

6.​Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO. Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.

7.​Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak. Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.

SENARAI MEDIA, AKHBAR DAN TELEVISYEN YANG MELAPORKAN TENTANG DATO’ SERI NAJIB, SKANDAL 1MDB DAN WANG RM2.6 BILLION DI DALAM AKAUN PERIBADINYA

1. South China Morning Post
2. The Australian
3. Australia Broadcasting Corporation
4. Sydney Morning Herald
5. Herald Tribune
6. Herald Tribune Latin America
7. International Business Times
8. International Business Times Singapore Edition
9. Wall Street Journal
10. International New York Times
11. TIME Magazine
12. The Guardian
13. The Daily Mail
14. Sun Daily (UK)
15. Euronews
16. Deutsche Welle
17. Singapore Straits Times
18. TODAY
19. Today Online
20. India Today
21. ​Business Standard (India)
22. India Times
23. Fortune
24. EJ Insight (Hong Kong)
25. Anadolu (Turkey)
26. Bangkok Post
27. ​Chiang Rai Times
28. BBC
29. New Zealand Herald
30. Reuters
31. ​Bloomberg
32. Channel News Asia
33. Al-Jazeera
34. PAKISTAN FIRST
35. Swissinfo.ch
36. MWC News
37. ​East Asia Forum
38. Radio New Zealand
39. CNBC
40. The Independent
41. ​NewsX (Pakistan)
42. StateoftheStateKS (USA)
43. Asian Correspondent
44. Times of London
45. Financial Times
46. Asia Sentinel
47. Courier Mail
48. Jawa Post
49. Tempo
50. Waspada
51. The Telegraph
52. The Diplomat
53. Myanmar Times

AGENSI ANTARABANGSA YANG MENYIASAT KES 1MDB

LUXEMBOURG ​: Public Prosecutor’s Office, Luxembourg

SWITZERLAND ​: Swiss Attorney General’s Office

SINGAPORE ​ : Singapore Police Commercial Affairs Department

​ Monetary Authority of Singapore

USA : U.S. Department of Justice

Federal Bureau of Investigation

HONG KONG ​ : Hong Kong Police

UNITED KINGDOM : Serious Fraud Office

UNITED ARAB EMIRATES : The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB.

FRANCE​ : French national prosecutor’s office (in relation to the purchase of two submarines)

Terkini: Kelemahan Proton dibongkar?

Proton terima RM13.9 bilion dari Kerajaan. Cukai yang dibayar balik adalah RM24 bilion beserta faedah & kebaikan lain.

1MDB pula berhutang RM42 bilion! Bunga hutangnya adalah RM7.3 juta sehari. Setahun RM2.7 bilion!

Rakyat boleh menilai yang mana satu baik atau mana satu buruk.


Kaki bodek minda lemah otak udang sahaja yang tidak nampak.

Sekian. Harap maklum.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat