TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, August 5, 2015

SELAMAT HARI PAHLAWAN.

SEMPENA HARI PAHLAWAN SAYA NAK UCAPKAN SELAMAT HARI PAHLAWAN KEPADA KOMANDO DIRAJA.

Dikatakan duit derma(sumbangan) 2.6b itu untuk dana politik wahal dimasukkan dalam akaun pensedirian padahal ia adalah salah. Mana satu yang betul ini???

27 Feb 2012 : Y.A.B. Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak menyentuh tentang sumbangan kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di PICC

Najib mengatakan bahawa "setiap sumbangan yang ingin diberikan pada mana-mana parti politik diperingkat pusat mahupun negeri hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli2 politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan kepentingan pensendirian. Setiap sumbangan yang dihulurkan perlu kemukakan resit penerimaan dimasuk dalam akaun parti menerusi rekod terimaan yang teratur.Ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan"

Sumber Utusan Online

Thursday, July 30, 2015

Makhluk halus sesat di jumpai.

Masai: Satu dentuman yang kuat di belakang rumah menyebabkan tuan rumah terperanjat.

Bila pintu belakang dibuka terdapat sesuatu yang ganjil terlantar ditanah.

Perkara ini amat menghairankan dan amat pelik.

KENYATAAN MEDIA PEMECATAN PEGUAM NEGARA MELANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN SIASATAN KES 1MDB DAN AKAUN MISTERI PERDANA MENTERI?

1. Hari ini Malaysia digemparkan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan beberapa orang lagi Menteri digugurkan. Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah ditamatkan perkhidmatannya pada hari ini atas alasan kesihatan. Saya akan mengulas berkaitan rombakan kabinet ini pada kesempatan yang lain. Sebagaimana yang kita maklum, pengguguran atau pelantikan mana- mana Menteri adalah bidang kuasa prerogatif seorang Perdana Menteri sebagaimana yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Bagi saya, peristiwa pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah lebih serius dan memerlukan perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan terbukti melanggar Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Peguam Negara adalah setaraf kedudukannya dengan Hakim Mahkamah Persekutuan. Seorang Peguam Negara, walaupun memegang jawatan atas perkenan Yang Dipertuan Agong, hanya boleh diberhentikan dengan menggunakan cara yang sama untuk menamatkan perkhidmatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan.

3. Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh diberhentikan atas alasan-alasan yang dinyatakan di dalam Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan iaitu atas sebab salah laku, hilang upaya melakukan tugas sama ada atas sebab kelemahan tubuh badan atau akal fikiran atau atas apa-apa sebab lain yang menyebabkan dia gagal menjalankan tugasnya. Namun dalam keadaan wujudnya alasan-alasan untuk memecat seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara, Perdana Menteri atau Yang Dipertuan Agong tidak boleh membuat pemecatan begitu sahaja. Tetapi hendaklah ditubuhkan suatu tribunal dan hanya atas saranan dari tribunal tersebut barulah Yang Dipertuan Agong boleh memecat Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara.

4. Malangnya di dalam kes Gani Patail ini, tiada sebarang tribunal ditubuhkan bagi memberi rekomendasi kepada Yang Dipertuan Agong sebelum Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara. Dalam keadaan berlaku perlanggaran Perlembagaan secara terang-terangan ini yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, ianya seolah-olah bakal mengheret negara ini ke dalam suatu Krisis Perlembagaan sekali lagi mengulangi peristiwa pemecatan secara tidak sah yang dilakukan oleh Kerajaan ke atas bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988. Saya juga melihat penamatan jawatan Gani Patail dengan hanya melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang makluman rasmi kepada beliau bukan sahaja melanggar Perlembagaan dan undang-undang bahkan ianya kelihatan sangat biadap dan tidak menghormati institusi Peguam Negara itusendiri.

5. Timbul persoalan sekarang, kenapakah Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan secara tiba- tiba atas nasihat Perdana Menteri di dalam keadaan Perdana Menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri? Alasan faktor kesihatan langsung tidak masuk akal kerana Tan Sri Ghani terus kekal sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga tempoh bersara wajib beliau pada 6 Oktober 2015. Apakah kerana penyiasatan yang dijalankan terarah kepada bukti-bukti yang akan memalitkan diri Perdana Menteri dan mendedahkan Perdana Menteri kepada suatu pendakwaan jenayah? Apakah penamatan Gani Patail adalah suatu "pre-emptive strike" untuk menghalang pendakwaan dijalankan ke atas orang-orang tertentu memandangkan hanya Peguam Negara sahaja yang berkuasa untuk menjalankan pendakwaan jenayah di Mahkamah? Saya menuntut agar Perdana Menteri segera menjawab persoalan ini.

6. Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi dan politik yang berlaku dalam negara ini yang borpotensi untuk menjerumuskan Malaysia ke dalam jurang yang sangat merbahaya, saya juga menyeru supaya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia segera bertindak mengumpulkan kesemua Ahli-ahli Parlimen yang progresif dan bersatu hati di dalam menghentikan kebobrokan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/Barisan Nasional bagi menggerakkan suatu inisiatif untuk menyelamatkan Malaysia. "Selamatkan Rakyat Dan Negara Yang Kita Cintai!"

Amanah Warisan Rakyat Malaysia. Untuk yang bersih dan telus.

Wednesday, July 29, 2015

Susah nak sembang pasal politik Malaysia sekarang.

TS Muhyiddin Yasin, Insan yang bersuara berkenaan 1MDB dan secara tiba tiba timbul isu RM663Juta wang yang kononnya lesap dari akaun 1BestariNet yang dipengerusi TS Muhyiddin Yasin dan paling mengejutkan, hari ini beliau dipecat dari kabinet.

Najib Razak harap semua ahli kabinet kena di hantar kepada SPRM. Hanya yang bersih amanah layak memikul amanah dan warisan rakyat Malaysia.

Rakyat memang faham DS Najib memang berat untuk membuat keputusan ini. Tetapi rakyat lebih berat bila masih melihat DS masih gagal meninggalkan jawatan PM secara tenang. Rakyat faham acap kali DS menyatakan akan bertanggungjawab sepenuhnya apa yang DS buat keputusan. DS juga menyatakan hanya peti undi boleh menggulingkan kerajaan itu tak salah. Untuk gulingkan DS melalui peti undi juga tak salah. Harap DS tidak lupa kenyataan DS secara live di TV.

#petiundigulingnajib

Tuesday, July 28, 2015

JAWAPAN KEPADA TUN FAISAL TPM TAK FAHAM ISU IMDB DAN TAK MENJELASKAN ISU2 SEMASA SPT GST, KOS SARA HIDUP DLL KETIKA PERASMIAN MESYUARAT UMNO CHERAS

1. TPM sentuh isu GST, kos sara hidup, perumahan, ekonomi dll dalam ucapan di Cheras. Tun Faisal ambil masa sikit tengok video penuh ucapan TPM sblm komen.

2. Bukan TPM tak faham isu 1MDB. Dia lebih faham sebab dia sendiri ada dalam kabinet dan sbg TPM dia terima macam2 laporan.

3. Yg semua org tak faham macamana 1MDB boleh buat perjanjian usahasama dgn Petrosaudi dgn bayar cash 1billion dollar utk 40% share dan Petrosaudi cuma sandarkan aset2 telaga minyak yg bukan milik dia pun utk 60% share. Telaga minyak tu pun tak de, JV gagal!

4. Yg semua org tak paham juga macamana company modal 1 juta boleh hutang 42 billion dgn ada implicit dan explicit guarantee oleh kjaan. Bila company ada masalah cash flow dan tak boleh bayar hutang, sbb dah buat perjanjian bodoh dgn syarikat penyangak dan lain2 pelaburan yg sehingga kini tak diberitahu kpd umum apa dah jadi dgn pelaburan2 itu, maka kerajaan terpaksa lah menanggung beban hutang berbillion dollar. Ini pakar ekonomi pun geleng kepala tak paham kenapalah cerdik sangat syarikat pelaburan strategik kerajaan boleh buat keputusan2 yg tak masuk akal.

5. Kalau ada yg lebih paham sebab musabab kenapa ini berlaku, ke mana wang tu pergi, jelaskanlah di sini supaya semua orang paham. Mungkin ada makhluk super intelligent yg boleh jelaskan kpd kita dan kpd semua pakar2 ekonomi di seluruh dunia.

6. Faham ni ada dua jenis. Bila cikgu tanya murid, faham ke tak faham murid kata tak faham, itu betul-betullah tak faham. Jenis kedua faham ialah, bila ada orang buat satu perkara yang tak betul, yang mustahil dibuat oleh orang yang waras, maka kita akan kata tak faham betullah dia ni! 1MDB ni jenis faham yang kedua.

7. Yang paling melalut ialah tak faham bahasa! Ini jenis yang tak tahu nak kata apa dah bila kerja dia cuma menegak benang  yang basah saja!

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO.

Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat