TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, April 11, 2013

Makhluk dalam kain Nik Aziz.

HOT! MISTERI MAKHLUK PELIK DALAM KAIN NIK AZIZ AKHIRNYA TERJAWAB!

Sekarang kita dikejutkan dengan satu foto di bawah :


Anda baca dulu laporan dibawah sebelum di terangkan yang sebenarnya :
Gambar ini telah diambil oleh seorang penyokong totok Pas dan beliau terkejut ada sesuatu yang menyerupai binatang keluar dari dalam kain Nik Aziz.

Sebelum itu beliau memohon maaf diatas penyiaran gambar ini dan ianya bukan untuk tujuan fitnah atau untuk memalukan Nik Aziz Nik Mat melainkan sekadar berkongsi mungkin sesuatu yang pelik.

Di fahamkan gambar kelihatan Nik Aziz sedang menyelak atau terselak kain ini diambik masa beliau menghadiri satu majlis, mungkin beliau terlupa atau sebagainya Wallahuaalam
Ada yang menanyakan tentang foto ini.

Jika merujuk kepada kesihatan Nik Aziz yang ulang alik ke hospital, jangka 'benda misteri' itu ialah urine bag atau beg air kencing.

Dalam usia yang sudah tua, Nik Aziz mungkin mengalami masaalah incontinence disebabkan oleh enlarged prostate.

Penyakit ini sering dialami oleh orang tua. Incontinence akan menyebabkan pesakit tidak dapat mengawal atau kesusahan untuk buang air kecil.

Jika benar urine bag, satu tiub akan dimasukkan hingga ke pundi kencing bagi memudahkan pesakit buang air kecil.

Wednesday, April 10, 2013

1.3 Trilion Investmentts!!!

PRU 13: INVESTMENTS!!!

Rakyat nak tahu secara spesifik sasaran BN dan juga Pakatan untuk menjana ekonomi. Salah satu ukuran adalah sasaran pelaburan yang spesifik.

Sasaran ini memberi keyakinan kepada rakyat kerana ia menggambarkan perancangan yang teliti untuk menarik pelaburan dari luar negara dan juga dari syarikat-syarikat tempatan.
...
Sasaran BN bukanlah angka yang tidak berasas. Kalau rajin boleh melayari etp.pemandu.gov.my Maklumat terperinci semua ada, menjelaskan bagaimana sasaran BN dapat ditepati. Inilah maksud perancangan yang teliti yang meningkatkan keboleh percayaan rakyat terhadap BN.

Bandingkan ini dengan Pakatan. Berapa banyak pelaburan yang mereka janji boleh menarik jika menang? Err... langusung tak sebut. Kenapa? Tiada perancangan yang teliti. Manifesto pakai hentam, tabur janji populis. Tapi perkara asas - bagaimana nak menjana eknomi untuk membiayai janji-janji manis mereka, langsung tak sebut.

Oh, ya. Mugkin mereka akan jawab: "Hey! Pelaburan tu semua datang ke Selangor dan Penang la der!" Tidak dinafikan Selangor dan Penang banyak dapat pelaburan.

Tapi kena ingat: Zaman BN memerintah negeri Selangor dan Penang pun negeri-negeri ini selalu menerima pelaburan yang paling banyak! Ini disebabkan polisi kerajaan pusat membangunkan negeri-negeri ini sebagai pusat industri dan perdangangan. So, tak perlu la pakai hujah tu...

Jadi, inilah dia perbandingan Akujanji BN dan Manifesto Pakatan mengenai pelaburan.

Tolong sebar kepada rakan-rakan. Mohon like https://www.facebook.com/pages/Zamrin-Hamzah/445130272233089 untuk ulasan lanjut mengenai Akujanji BN.

( TERKINI ) Lembu mengamuk makan bendera.

Kekasih patah hati, sahabat lari semuanya demi sokongan padu kepada Politik yang di sokongnya. Semua itu adalah lumrah dalam perjuangan. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia harus berfikiran terbuka dan melihat dan mengkaji dari pelbagai sudut. Kita mesti pandai dan bijak menilai dan memilih.

Lembu mengamuk makan bendera???

Jadilah pengundi bijak !!!

Maka di umumkan dengan rasminya tarikh penamaan calun dan tarikh mengundi.

Penamaan Calun :       20/04/2013
Tarikh Mengundi :       05/05/2013
 

 


Manifesto Barisan Nasional antaranya adalah :
 
  1.  Membina rumah mampu milik untuk rakyat seluruh Malaysia 1 Juta unit.
  2.  Meluaskan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Dalam tempoh 5 tahun ini, kami berjaya untuk :

  • Menambah BRIM sehingga RM 1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
  • Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
  • Menyemak semula Dasar Automotif  Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
  • Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
  • Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
  • Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
  • Menyediakan lebih banyak pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja.
  • Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.
  • Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
  • Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan pleh GLC dan sektor swasta. 
 
                                

 Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus mendokong penuh kerajaan Barisan Nasional kerana banyak lagi MANIFESTO yang di jadikan " AKUJANJI " bermakna akan dilaksanakan. Bersesuaian dengan selogan UMNO rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

SAYA AKAN MUATKAN AKUJANJI BARISAN NASIONAL DALAM ARTIKEL AKAN DATANG. RAJIN-RAJIN LAH MENJENGUK KE BLOG INI YA !!!

BANYAK LAGI AKAN SAYA MUATKAN YANG HARUS KITA SAMA-SAMA MENILAI KEUNTUNGAN KITA MENYOKONG BARISAN NASIONAL.


                  

Tuesday, April 9, 2013

Kereta Turun Harga, Siapa yang Tiru ?


Tika ini heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong PR khususnya dari PKR yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji Membawa

Harapan” telah meniru idea dari Manifesto PR.

Salah satu inti pati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto PR ialah mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Untuk mengetahui hakikat siapa yang meniru siapa, kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah terbaik untuk mencari kebenaran.

Pada 22 Mac 2006, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005.

Antara tujuan utama kewujudan DAN 2006 ialah mengurangkan cukai terhadap kereta-kereta import yang enjinnya di bawah 1,800cc selanjutnya meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.

Kesan awal perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research tika itu menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353 hingga RM385.

Sementara kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City, Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar RM1,900 hingga RM4,000.

Untuk menghindari kesan buruk dasar ini kepada syarikat penjual kereta terpakai (secondhand), maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula diperkenalkan

Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani pengisytiharan bawah harga.

Dengan langkah penambahbaikan itu, para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan.

Contoh mudah untuk mengetahui impak positif dari DAN 2006 diikuti DAN 2009 ialah bila saat ini kita sudah dapat membeli kereta baru (VIVA 660) pada harga RM24,912.15 yang mana pada tahun 2009 harganya adalah RM28,800.00.

Pada tahun 2004, kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya tika itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011 hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa.

Sedangkan PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012, lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.

Malah janji PR melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai semenjak tahun 2004 lagi, tapi baru sekarang PR sibuk memperkatakannya.

Berdasarkan beberapa ringkasan fakta di atas, patutnya kita dah tahu siapa yang meniru siapa.

Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi.

Yang penting, dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model kereta, ia tidak semudah diperkatakan. Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara.

BN telah berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu. Semua penjimatan ini tidak berlaku secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua pihak.

BADUT RAKYAT: HOT NEWS !!! PAPA GOMO AKAN MEMBELASAH PAPA HOMO D...

BADUT RAKYAT: HOT NEWS !!! PAPA GOMO AKAN MEMBELASAH PAPA HOMO D...: Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menetang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwa...

Monday, April 8, 2013

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan.

Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH





(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM

Bual Bicara Bersama Tun Dr.Mahathir Mohamad Bahagian 1 ~ Laman Xtive Utusan Malaysia


Pakatan Konsporasi Rakyat...PKR. Tidak sama dengan Barisan Nasional di mana kita menggunakan satu lambang. Puak Parti Rosak mengunakan lambang masing-masing. Jauh sekali untuk mendapatkan kesepakatan.


Bual Bicara Bersama Tun Dr.Mahathir Mohamad Bahagian 1 ~ Laman Xtive Utusan Malaysia

 


Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat