TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, December 1, 2019

Kisah Nabi Musa bercakap terus dengan Allah s.w.t

Baca hingga habis dulu#

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. .
.
Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
.
Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.
.
Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
.
Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
.
Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
.
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t .
.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur.
.

#MUHASABAH____DIRI_________

Sunday, September 15, 2019

Siapa tipu siapa????

PERPADUAN MUAFAKAT UMMAH.

Mengapa pemimpin-pemimpin Politik mudah mempergunakan ahli-ahlinya seperti sampah yang tidak berguna.

Berduyun-duyun ahli UMNO/PAS masuk ke PWTC yang bermotifkan PERPADUAN UMMAH akhirnya Piagam yang ditandatanggani adalah MUAFAKAT NASIONAL.

Adakah ahli UMNOPAS tidak rasa terkilan dan tertipu dengan permainan Ahli Politik yang mengunakan penyokongnya demi meraih kepentingan Politik.

MUAFAKAT NASIONAL bermakna UMNOPAS masih bersama sekatil dengan MIC dan MCA kah? Sekiranya ya!!!

Bermakna tiada bezanya dengan BARISAN NASIONAL yang di tolak rakyat pada PRU 14.


Saturday, August 31, 2019

Terkini: Malaysia Merdeka 62 Tahun

Malaysia Merdeka dengan penuh warna warni. Kerajaan Pakatan Harapan yang menang PRU14 tempuh Hari Menyambut Merdeka untuk ke 2 kalinya.

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-62 ini menerima keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. 

Majlis sambutan ini juga di hadiri oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan semua jemaah Menteri.

Monday, March 18, 2019

Terkini: Ucapan Tun M di belit Utusan?

TAJUK berita 'Dr. M akui peranan penting DAP' yang disiar di muka hadapan Utusan Malaysia pada 8 Januari 2019 dirujuk. Perenggan "DAP tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang daripada DAP" adalah tidak tepat.

Rakaman video ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Ibu pejabat Bersatu negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam tidak ada menyebut “DAP tentukan siapa pemimpin...”. Ini merupakan satu kesilapan laporan yang amat jelas.

Di dalam artikel yang sama terdapat juga perenggan yang berbunyi “Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagitahu bahawa yang tentukan saya akan jadi Pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jika menang dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu adalah DAP”.

Apa yang sebenarnya diucapkan oleh beliau adalah - “Saya tahu ada orang yang berpendapat bahawa parti DAP ini parti musuh, musuh orang Melayu. Semua orang Melayu dibagitahu oleh UMNO bahawa parti DAP ini adalah musuh.

Tapi saya nak bagitahu yang cadang saya jadi Pengerusi dan saya jadi bakal Perdana Menteri kalau menang adalah DAP”.

Pejabat Perdana Menteri berpendapat bahawa Utusan Malaysia tidak melaporkan berdasarkan fakta dan isi kandu­ngan ucapan Perdana Menteri.

Tuesday, April 10, 2018

Terkini: Panglima ATM Tidak Berpihak Kepada Mana-Mana Parti Politik.

Siaran media dari Persatuan Patriot Kebangsaan
(PPM-005-14-22052017)
Pada 10 April 2018. 28/2018.

PATRIOT TABIK PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KERANA MENYATAKAN ATM TIDAK BERPIHAK KEPADA MANA-MANA PARTI POLITIK

Persatuan Patriot Kebangssan (Patriot) memuji kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohd Affandi yang dibuat di Kuching pada 10 April 18.

Panglima Angkatan Tentera menyebut bahawa kesetiaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah kepada Raja dan negara, dan ATM tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Patriot menabik Panglima Angkatan Tentera di atas perisytiharan terbuka beliau.

Patriot terkejut mendengar Menteri Pertahanan penjaga (caretaker) Hishammuddin yang menyatakan, "Jangan cuba untuk menipu anggota ATM dan jangan cuba mengelirukan orang lain dengan tuduhan (anggota ATM berpihak dengan parti tertentu )" (Borneo Post online 10 Apr 18) .

Patriot tidak menyalahkan Panglima Angkatan Tentera kerana membuat kenyataan di Mes Perwira Kementah pada 30 Mac 18 menyatakan kesetiaan kepada kerajaan dan Perdana Menteri, kerana kami percaya beliau hanya mengikuti naratif penulis ucapan dari kementerian Hishammuddin.

Patriot telah menyebut sebelum ini bahawa pengundian dan kertas undi adalah rahsia dan adalah mustahil bagi sesiapa untuk mengesan parti atau calon mana yang telah dipilh. Ketua Suruhanjaya Pilihanraya juga telah membuat pernyataan yang sama.

Memandangkan Panglima Angkatan Tentera telah membuat kenyataan yang dialu-alukan di Kuching, kami merayu agar beliau segera membuat pernyataan seperti berikut, untuk mengelakkan ketakutan, kecurigaan dan kekeliruan di kalangan anggota tentera dan masyarakat umum:

1. Semua anggota Angkatan Tentera dan ahli keluarga mereka bebas mengundi sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

2. Mereka yang berhak membuat undi pos / awal hendaklah menandakan kertas undi sendiri, dan
tidak ada orang lain yang menandakan kertas undi untuk mereka.

3. Menandakan kertas undi bagi pihak orang lain adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Pesalah juga akan diambil tindakan secara serius di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.

BG Dato Mohamed Arshad Raji (B)
Presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan
(PPM-005-14-22052017)

Friday, April 6, 2018

Terkini : Cerita PPBM ROS bubarkan sementara?

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI PPBM

1.   Pada 29 Mac 2018, Setiausaha Agung PPBM telah menyampaikan semua dokumen dan maklumat yang diperintahkan oleh ROS melalui notis Seksyen 14(2).

2.   Pada 30 Mac 2018, Setiausaha Agung PPBM telah bertanyakan kepada ROS jika ada apa-apa maklumat lanjut yang diperlukan. Pada 3 April 2018, ROS menjawab telah mengambil perhatian bahawa PPBM telah mematuhi semua perintah yang diberikan. ROS tidak menyatakan jika beliau memerlukan sebarang maklumat lanjut.

3.   Pada 5 April 2018, PPBM telah memfailkan satu tindakan guaman semakan kehakiman terhadap ROS supaya ROS tidak mengambil sebarang tindakan yang menyalahgunakan peruntukan Akta Pertubuhan sementara perkara itu dibicarakan di mahkamah.

4.   Malangnya, pada masa yang sama ROS telah membuat satu sidang media pada jam 2.30 petang mengumumkan perintah sementara membubarkan PPBM.

5.   Sidang media ROS itu amatlah mendukacitakan kerana sehingga kini kami pemegang jawatan PPBM iaitu saya sebagai Pengerusi, Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung dan Datuk Mohd Salleh Bajuri selaku Bendahari Agung tidak pernah disampaikan dengan apa-apa notis atau perintah sementara pembubaran oleh ROS. Pejabat berdaftar PPBM di Damansara juga tidak menerima perintah sementara tersebut.

6.   Hal ini adalah bercanggah dengan keperluan Seksyen 62 Akta Pertubuhan 1966 yang memerlukan perintah seperti itu disampaikan kepada empat pemegang jawatan tersebut di alamat berdaftar PPBM. Dalam pada itu, perintah ROS itu telah pun diviralkan kepada orang ramai. Ini tidak sepatutnya berlaku jika ROS bersikap professional dan telus. Seharusnya ROS berhubungan dengan kami secara langsung dan bukan melalui media massa.

7.   Memandangkan ROS sendiri tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966 maka perintah sementara pembubaran itu belum lagi disampaikan dengan sah dan sempurna kepada kami sehingga kini dan dianggap sebagai tidak sah laku.

8.   ROS juga menyatakan dalam sidang media bahawa PPBM tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti sebagai parti politik. Kenyataan Ini adalah salah di sisi undang-undang dan amatlah mendukacitakan. Halangan yang dinyatakan oleh ROS itu adalah halangan-halangan di bawah Bahagian 3 Akta Pertubuhan yang hanya terpakai apabila sesuatu pertubuhan itu telah dibatalkan pendaftarannya.

9.   Pada masa ini PPBM belum dibatalkan pendaftarannya. PPBM hanya dikenakan perintah sementara pembubaran. Hal ini sepatutnya disedari oleh ROS tentang perbezaan perintah sementara pembubaran dan pembatalan pendaftaran.

10.                 Hari ini Parlimen telah ditangguhkan dan adalah dijangkakan akan dibubarkan dalam masa terdekat. Adalah jelas tindakan ROS bertujuan untuk menghalang PPBM dari menjadi saingan UMNO sebagai parti pembela orang Melayu. Adalah juga jelas tujuan ROS mengeluarkan perintah sementara pembubaran adalah untuk menghalang PPBM dari bertanding dalam PRU-14 dan untuk mengelirukan rakyat Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya. Ini juga dilakukan untuk menghalang Pakatan Harapan didaftarkan sebagai pertubuhan politik yang dapat menyaingi Barisan Nasional.

11.                 Tindakan ROS ini adalah satu perbuatan penyalahgunaan kuasa. Sepatunya ROS bersifat neutral dan bukan cuba mensabotaj proses demokrasi dan PRU 14 dengan mengikut telunjuk UMNO. Ini menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional akan menggunakan segala tipu helah untuk mendapat kemenangan dalam PRU 14. Ini juga menunjukkan Najib amat takut bahawa Pakatan Harapan akan membawa kepada perubahan pemerintah yang lebih baik yang akan menghadapkannya ke muka pengadilan kelak.

12.                 Oleh itu saya menyeru ahli-ahli PPBM supaya meneruskan perjuangan sementara proses guaman diputuskan di mahkamah. Mahkamah adalah harapan terakhir menegakkan keadilan di atas kesemua kesalahan yang telah dilakukan oleh ROS. Kes semakan kehakiman PPBM perlu disegerakan supaya tidak menjadi sia-sia jika dilengahkan sehingga PPBM tidak dapat bertanding dalam PRU 14. Semoga Allah memberikan hidayah kepada hakim-hakim kita untuk melakukan perkara yang betul dalam menegakkan kebenaran.

13.                 Saya menyeru semua ahli PPBM untuk mengukuhkan semangat dan terus berjuang supaya Pakatan Harapan menang dalam PRU 14 dan membawa perubahan yang kita janjikan kepada rakyat. Semoga Allah selamatkan Malaysia!

14.                 Menurut undang-undang, notis pembatalan sementara yang dikatakan bertarikh 5.4 ini, boleh dirayu kepada Menteri untuk dibatalkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis itu kepada Menteri berkenaan iaitu Datuk Zahid Hamidi. PPBM akan lakukannya dalam masa terdekat.

15.                 Kalau Menteri Zahid Hamidi sebenarnya tidak takut dengan PPBM, maka saya cabar dis luluskan Rayuan itu secepat mungkin. Kalau tidak terbuktilah Menteri Kerajaan memang takut dengan kewujudan PPBM. "

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat