TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, September 24, 2016

TPPA perlu 18 pengubalan Perlembagaan negara Malaysia sebelum 2018 jika mahu menyertainya?

Hari ini saya masih suka untuk ingatkan pemimpin UMNO/BN.

TPPA jika mahu dilaksanakan jangan ubah Perlembagaan negara.

Tun M telah nasihatkan kalau tidak silap dalam persidangan meja bulat. Bulan Ogos 2013. TPPA tidak sesuai untuk negara kita Malaysia.

Tetapi nampaknya masih berdegil jugak. Contoh perlembagaan yang telah digubal sebelum tandatanggani TPPA adalah akhta pekerja dan undang-undang kesatuan.

Melapurkan 18 Perlembagaan perlu digubal sebelum di bawa ke Parlimen untuk menjadi anggota TPPA. Perkara ini perlu di selesaikan pada tahun 2018.

Bagi saya sebagai rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan Malaysia mengikut perjanjian TPPA. Ya dari segi Global kita perlukan peluang-peluang perniagaan yang lebih besar. Tetapi peluang negara untuk disaman oleh syarikat-syarikat gergasi dunia juga cerah.

Mengapa kita perlu mendedahkan negara kepada perkara-perkara seumpama itu?

Fikir-fikirlah kepada pemimpin-pemimpin atasan yang bakal mengubal Perlembagaan negara.

SATU LAGI MISI SELAMATKAN NEGARA UNTUK BARISAN RAKYAT ( BR )

Orang Melayu marahnya dalam senyum. Bicaranya menyusun kata!!!

Nasi lemak buah bidara
Di makan oleh anak Raja
Sayang emak sayang saudara
Masuk BERSATU memang sengaja

Sayang emak sayang saudara
Masuk BERSATU memang sengaja
Perjuangan BERSATU selamatkan negara
Ikhlas Amanah Bermaruah sahaja.

Perjuangan BERSATU selamatkan negara
Ikhlas Amanah Bermaruah sahaja.
Demi agama bangsa negara
Penyangak 1MDB masukkan penjara.

Demi agama bangsa negara
Penyangak 1MDB masukkan penjara
Pejuang BERSATU selamatkan negara
Selamatkan anak-cucu hidup sengsara.

AZB367/2409160049

Friday, September 23, 2016

Tun M Menghadap Yang DiPertuan Agong di Istana Anak Bukit!!!

Fakta sejarah atau peristiwa itu berlaku. Sejarah tidak akan berubah. Mungkin di lupakan.

Tun M dapat perkenan menghadap Yang DiPertuan Agong di Istana Anak Bukit.

Dengan kenyataan ini maka Perdana Menteri menjadi jurucakap Yang DiPertuan Agong bahawa hanya melalui Pilihan Raya dan Parlimen untuk menurunkan Perdana Menteri.

Baiklah rakyat akan nantikan waktu tersebut???

Fakta-Fakta yang rakyat tidak boleh lupakan pada Kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Abdul Razak ialah :

1. Perlaksanaan GST.

2. Sekandal 1MDB.

3. Salah guna kuasa menghalalkan cara.

3.1 Kemasukkan wang ke acc peribadi.
3.2 Siasatan berkaiatan 1MDB oleh pihak berkuasa antarabangsa.
3.3. Pendedahan DoJ dan siasatan FBI berkenaan penipuan wang dari Syarikat 1MDB di Negara Malaysia.

4. Menandatanggani TPPA.

Sunday, September 18, 2016

Peluru Berpandu Kongsberg NSM

Navel Strike Missile (NSM) atau Nytt sjomalsmissil) merupakan peluru berpandu keluaran syarikat pertahanan Norway.

Projek pembangunan NSM bermula pada tahun 1996. Ketika kingsberg dan NDLO telah menandatangani kontrak pembangunan peluru berpandu tersebut. Tahun 2004 pembangunan peluru berpandu tersebut telah siap. Pelancaran dan ujian pertama dijalankan pada tahun 2006.

Peluru berpandu NSM direka untuk memenuhi ciri-ciri stealth bagi melepasi pertahanan kapal sasaran dalam senario serangan anti-kapal.

Peluru berpandu ini akan terbang mendakap bumi pada pelbagai altitud ( sea-skimming ) pada fasa akhir peluru berpandu ini boleh terbang mengelak sebarang serangan dari sistem pertahanan kapal.

Peluru berpandu ini terbang dengan menggunakan enjin turbojet Microturbo TRI-40 pada kelajuan subsonik.

NSM boleh dilancarkan dari pelbagai Platform bagi menyerang sasaran di permukaan darat dan laut.

Perkembangan terkini mempunyai jarak serangan melebihi 100 batu nautika.

NSM merupakan peluru berpandu kruis dan anti-kapal keluaran kongsberg menjadi faktor kuasa berganda tembakkan tentera laut pada peringkat global.

Malaysia tidak ketinggalan untuk memiliki sistem persenjataan tersebut dengan melakukan perolehan pada LIMA-15. Sebagai persenjataan yang akan diadaptasi pada kapal LCS/SGPV TLDM.

Apa yang pasti pemilikkan NSM oleh TLDM untuk LCS kelak akan mempertingkatkan keupayaan Angkatan Laut negara dalam menjaga perairan negara.

TLDM lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang sukar diramalkan pada masa hadapan.

Saturday, September 17, 2016

Tuan Guru Haron Din selamat di kebumikan di California.

Tempat pengebumian almarhum Tuan Guru Mursyidul Am PAS, TGHD in Five Pillars Farm Islamic Cemetery Livermore , California.

Selesai solat jenazah yang diimamkan oleh adinda tersayang Hamdi Haron selaku ketua keluarga..

Ramai jemaah Maashaallah...Jemaah solat jumaat 3 lapis( kami sessi kedua)
Alhamdulilaah.. Tsummalhamdulilahh
Tsummalhamdulilah..

Berebut2 jemaah datang memeluk dan menyantuni takziah pada kami.Terpana!!!Tidak sangka

Tidak pernah bersua.. Tidak pernah bersapa.. Tidak kenal siapa

Cumaa ukhuwwah fillah..
Hangatnya persaudaraan disini..😭

- Dr Huda Haron

Friday, September 16, 2016

Tun Mahathir menghadap Agong.

Sumber rapat dengan Tun Mahathir  berkata mereka dimaklumkan bahawa Agong membenarkan  Tun Mahathir mengadap baginda pada hari Rabu.

Tun Mahathir menyampaikan tandatangan 1.3juta deklarasi rakyat dan misi selamatkan Malaysia.

Semoga pertemuan tersebut menghasilkan kebaikkan untuk rakyat dan Negara Malaysia.

Tuesday, September 13, 2016

SOKONG PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA. BERSATU MEMENANGI PILIHANRAYA!!!

KENYATAAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Assalamualikum dan salam sejahtera.

1. Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan semua pihak terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

2. Dalam usia semuda ini, pasti kita memerlukan sokongan padu dari segenap lapisan masyarakat. Sudah semestinya kita menghargai usaha untuk menyemarakkan lagi sokongan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

3. Namun demikian, sebarang usaha yang dilakukan mestilah mengikut lunas-lunas yang seiring dengan halatuju parti yang kita cintai ini.

4. Justeru kita ingin menasihatkan semua pihak terutamanya NGO supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang membawa kekeliruan pelbagai pihak sehingga dilihat seakan-akan mengambil alih tugas dan peranan parti.

5. Ini adalah penting kerana kekeliruan dan kesalahan maklumat sudah pasti akan menjejaskan perjalanan parti.

6. Dalam kegairahan kita menyambut kelahiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, adalah diharapkan kenyataan-keyataan yang boleh mengelirukan orang ramai hendaklah juga dihentikan.

7. Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggalakkan semua mendaftar secara langsung dengan pendaftar-pendaftar parti atau dengan sistem atas talian minggu hadapan.

7. Ahli-ahli NGO yang menyokong perjuangan Bersatu, Beramanah, Bermaruah juga dijemput mendaftar menjadi ahli secara langsung.

Sekian . Terima kasih.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat