TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, April 16, 2016

IMPIAN GHAIB PART 2 : KERETAPI.

IMPIAN GHAIB - PART 2 : KERETAPI (ulisan Sahabat Shahpaskal)

1. Berikut beberapa perihal yang membabitkan perlaksanaan pembangunan sperti mana dimaklumkan.

2. Diberitahu fasa pembangunannya terbahagi kepada beberapa peringkat seperti kelaziman suatu projek besar.Yang membezakan hanyalah soal pembiayaan, pemilihan teknologi dan juga tenaga kerja.


3. Diberitahu semua pembiayaan akan dibuat secara dalaman oleh satu Yayasan yang khusus, mungkin atas nama Yayasan SAS sendiri sempena nama beliau.

4. Impian beliau, Keretapi Tanah Melayu (KTM) diberi tanggungjawab sebagai pengurus projek dan juga operatornya kelak. Manakala itu, Jabatan Kerjaraya (JKR) pula diambil sebagai sparing-partner dalam aspek pembinaan awam, tidak seperti sekarang di mana KTM dan JKR hanyalah pemerhati bisu.

5. Bab kewangan pula, semua keputusan kewangan mestilah dikelolakan sepenuhnya oleh pihak Yayasan melalui satu task-force khas pelbagai disiplin. Ini bagi mengelakkan sebarang salah-laku dan kecuaian dalam hal-hal tender.

7. Beliau nak tenaga-kerja Bumiputera tempatan mestilah diutamakan. Beliau tak nak orang-orang luar seperti pekerja dari Bangladesh, India atau seumpamanya melainkan pekerja dari Indonesia. Bab Indonesia ni unik sikit sebab serumpun, lagipun ada sesuatu yang isimewa.

8. Bab pekerja Indonesia ni. SAS dan HSH nak jaringan keretapi baru dibina di Sumatera. Makanya pekerja yang bekerja di negara kita akan dihantar pulang untuk mengendali kerja-kerja di sana kelak. Mungkin kerja di sana agak lewat sedikit dari sini. So, tak timbullah soal pekerja Indonesia ni tak nak balik macam kes geng Bangla.

9. Beliau nak tenaga kerja tempatan ni diambil dari lepasan sekolah dan juga pusat kemahiran vokasional. Mereka ni dilatih khusus untuk kerja-kerja berkaitan pembangunan keretapi dan diberi elaun belajar tak kurang Seribu Ringgit sebulan.

10.Beliau nak gaji permulaan lepasan sekolah yang dilatih ni dibayar gaji permulaan tak kurang RM2,500 sebulan. Ada juga diberitahu skala gaji permulaan untuk lepasan Diploma (RM3,500) dan Ijazah pertama (RM5,000).

11.Saya ada bertanya pasal gaji ni, SAS cakap dia nak cucu-cicitnya nanti bergaji lumayan dan menjadi tanda-aras (bench-mark) bagi majikan lain. Lagi pun SAS bagi tahu yang duit-duit ni adalah harta pusaka nenk-moyang bangsa Melayu, biarlah cicit2nya merasa..

12.Dalam pada itu, SAS juga bagi tahu dia tak ada kompromi langsung dengan sebarang penyelewengan. Mengular atau songlap, pekerja tu mesti dibuang saja.. Setelah siap semua pembinaan, SAS nak kalau boleh semua yang terlibat dalam pembinaan diserap sebagai pekerja tetap operasi  dan diberi kemudahan istimewa.

KEMUDAHAN SOKONGAN

13.SAS nak semua kawasan berhampiran setesen keretapi dibangunkan kompleks perumahan di mana separuh diperuntukkan kepada kakitangan keretapi. Separuh lagi disewa-pajak kepada orang luar. Masjid mestilah bangunan terhampir dengan setesen.

14.Harga rumahnya mestilah hanya harga kos dan fee pengurusan, tak ada faedah pinjaman. Senang cerita, tak payah pinjam2 dengan bank, cuma bayar sewa bulan dan cukup tempoh (misalnya 15 tahun), rumah dapat. Diskaun lagi tu.. Dan rumah mestilah selesa, paling kurang 3 bilik dengan satu stor.

15.Bab sewa-pajak ni, details nya pun ada.. Nanti diceritakan kemudian.. Kesimpulannya SAS nak rakyatnya selesa hidup dan terselindung dari terbeban dengan kenaikan kos melampau-lampau.


16.SAS sebenarnya nak rakyatnya boleh duduk jauh dari bandar dan membentuk satu komuniti ekonomi sendiri. Nak ke bandar hanya perlu naik keretapi dengan tambang teramat minimum dan kaedahnya sebijik macam kat Jepun.

17.Selebihnya tunggulah bila nak dimulakan projek ini nantia. Dan banding2lah dengan apa yang tertulis kat sini sejauh mana ketepatannya...

JAWAPAN SAYA TENTANG CAMANA SAYA BERSEMBANG DDENGAN GHAIB.

18.Saya rasa terpanggil nak jelaskan hal ini. Tak cerita, nanti tertanya-tanya pulak. Bukanlah niat nak membesar2kan, cuma sedikit pencerahan. Terlebih dulu dipohon maaf kalau ada terselit
bab negatif tu yaa.

19.Saya biasa didatangi oleh ghaib2 dari usia belasan tahun lagi dan pendedahan demi pendedahan menyebabkan saya terbiasa dengan keadaan ekstrem ni. Mula2 masa dulu tu secara mimpi dan kemudian secara nyata.

20.Malah masa kecil pun saya pernah ‘meninggal’ dan dah nak diusung ke kubur untuk ditanam sebelum tiba-tiba ‘hidup’ kembali.. Saya percaya kalau berserah secara total kepada Allah SWT, pasti dilindungi-Nya.. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pasti pulang.

21.Saya mengikuti aliran tasawuf ni dah lama, dah lebih dua Dekad. Sebelum tu, saya dah ikut tabligh, Arqam, tarekat2, jemaah2 usrah dan macam-macam lagi. Tapi semua tu hanyalah untuk mendewasakan diri saya dengan pelbagai cabangan aliran.

22.Bab bersembang dengan ghaib ni. Saya cuma berkongsilah cerita asasnya saja. Yang detail tu, takyah laa.. Harap janganlah dicontohkan kepada saya, cukuplah ambil contoh umum yakni bukan saya. Karang terperasan lak.. Lagi pun nak jadi wali ni, anak pompuan saya masih kecil.. Anak2 jantan je
yang dah besar panjang..

23.Okey, mula-mula kita kena ada asas ilmu agama yang mencukupi baik fekah mahu pun tauhid. Kena ada guru yang ‘benar’ dan diberi amalan tertentu. Dalam hal ni, nasab keturunan juga memainkan peranan.

24.Bab berjumpa orang ghaib ni, mereka banyak lapisan atau tingkatannya. Ada juga kalangan kita yang mampu menembusi lapisan biasa (wali-wali ghaib biasa) tetapi belum ada upaya menyingkap tabir seterusnya (wali ghaib utama macam wali qutub). Nak masuk alam mereka (alam roh), bila dah
dibenarkan, kita akan diajar takbir ghaib - yakni kunci ke alam berkenaan.

25.tahap awalan biasanya ghaib ni terpaksa tumpang jasad orang lain (macam sarung) tapi tu selalunya untuk orang awam yang tak berupaya memasuki alam mereka (alam roh). Saya percaya ramai dah tahu kaedah ni..

26.Bagi yang dah biasa, mereka (ghaib dan manusia hidup) boleh bersembang macam biasa seperti bersembang dengan kawan2 yang duduk secara berepan, ada air kopi kosong, teh kosong atau air suam, cuma suara perbualan saja halus, suara hatilah katakan.. Bahasa juga bahasa lama.. Orang ghaib ni
ada banyak keistimewaan, mereka boleh bercakap macam-macam bahasa tetapi dominannya bahasa melayu
klasik dan bahasa arab.

27.Bila ghaib ni datang, kalau kita tengah tidur (tidur kena ada wuduk weii...), mereka akan kejutkan kita dengan mencuit ibu jari kaki. Pastu bersembang ajelah.. Jasadnya ada kala wujud depan2. Siap boleh kita ambil pen dan buku nota untuk catatkan apa yang depa cakapkan. Selalunya kita dah tau
jam berapa mereka nak datang...

28.Ada juga datang time bawak kereta, maka sembanglah macam sembang dengan kawan sebelah. Ada juga diisyarat secara cuit telinga.  Ada masa duk berwirid kat masjid dan time kita minum kat mamak pun mereka boleh datang, asalkan lokasinya bersih. Tapi ni tertakluk jugak siapa manusia hidup yang ghaib ni datang jumpa..

29.Selalunya individu yang boleh bersembang cara ni, dia dah mampu untuk berjalan secara ghaib (perjalanan roh) yakni boleh jelajah ke mana saja. Yang lebih handal siap boleh ambil dan bawak barang lagi tu masa perjalanannya walhal jasadnya terlentang kaku macam tidur.

30.Benda gini macam tawasul juga. Tak digalakkan kalau kemampuan ilmu dan kefahaman belum sampai ke tahapnya. Nanti orang cakap kita sesat bangat. Sebab tu Dr Zakir Naik cakap tawasul ni haram. Saya setuju, ia haram bagi yang tak ada ilmu. Silap2 dibuatnya tawasul ni macam ngangkung
nombor ekor. Pastu ada yang ke kubur menyanyi-nyanyi macam kat youtube tu.. Tu semua rasanya tak menepati kaedah sebenar tawasul.

31.Kesimpulannya, tak payahlah kita sibuk2 dengan hal macam ni. Cukuplah sekadar tahu. Nanti ada pulak soalan budak tadika - macamana nak kenal itu jin, rijalulghaib atau iblis.. Cuba tanya butcher atau pemotong daging profesional, kalau diberi daging merah seketul, depa 100% mesti tahu itu daging apa. Hanya jauhari kenal maknikam.

1MDB MANGSA PENIPUAN!!! LAPURAN JENAYAH HARUS DIBUAT SEGERA?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy digesa membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mereka mendakwa 1MDB mungkin menjadi "mangsa penipuan".

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata demikian ketika merujuk kenyataan Arul Kanda yang mendakwa 1MDB mungkin adalah mangsa penipuan berdasarkan siasatan Switzerland.

"Najib, sebagai penandatangan tunggal dana 1MDB, dan Arul Kanda sebagai ketua pegawai eksekutif perlu segera membuat laporan jenayah dengan agensi-agensi berkaitan, termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara jika mereka benar-benar tidak terlibat dalam penipuan.

"Undang-undang Malaysia memerlukan mangsa penipuan untuk membuat laporan jenayah.

"Jika Najib dan Arul Kanda tidak berbuat demikian, mereka mungkin menjadi suspek dalam penipuan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB dalam satu kenyataan pada 12 April mendakwa firma pelaburan negara itu telah memindahkan AS$3.5 bilion kepada syarikat Aabar Limited di British Virgin Island tetapi International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi yang sepatutnya menerima bayaran berkenaan berkata, syarikat tersebut bukan miliknya.

Tidak jelas apa yang berlaku dengan wang berkenaan.

Menurut Lim, sementara siasatan polis, larangan perjalanan seharusnya dikenakan ke atas mereka yang mempunyai kepentingan.

"Semua pihak pengurusan yang bertanggungjawab ke atas 1MDB, termasuk Najib, bekas ketua pegawai eksekutif Datuk Shahrol Azral dan juga Arul Kanda tidak harus dibenarkan untuk meninggalkan negara sehingga siasatan selesai," katanya.

TAKBIR: “Laporan PAC langsung tidak menyebut bahawa tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana."

Sepandai-Pandai Tupai Melompat.. Tembelang Pengerusi PAC Terbongkar

Tembelang Pengerusi PAC Terbongkar. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa dikeluarkan tanpa mendapat persetujuan semua anggotanya.

Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, menyifatkan kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin mengenai perkara itu adalah tidak berasas, bohong dan menyeleweng daripada pandangan jawatankuasa itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Seng Giaw juga mendakwa, PAC tidak pernah membuat sebarang keputusan bahawa Najib tidak bersalah.

“Kami menggesa Hasan mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh semua anggota PAC,” katanya dalam kenyataan bersama Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan dan Tony Pua.

Seng Giaw mendakwa, kenyataan Hasan ketika ditemu ramah BERNAMA, baru-baru ini tidak mencerminkan persidangan PAC dalam siasatan 1MDB.

“Laporan PAC langsung tidak menyebut bahawa tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana.

Tembelang Pengerusi PAC Terbongkar

“Sebaliknya, Ketua Audit Negara dan PAC mendapati berlaku banyak perkara amat diragui dan mencurigakan dalam transaksi 1MDB.

Katanya, PAC tidak dapat mengesahkan sama ada pembayaran dilakukan 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri kerana dokumen diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara.

Minggu lalu, Hasan ketika ditemu ramah BERNAMA dipetik berkata, siasatan PAC mengenai 1MDB tidak menemui sebarang bukti menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa oleh Perdana Menteri.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat secara konsensus oleh anggota PAC yang terdiri daripada anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang, lapor Free Malaysia Today.

Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mahu pihak luar mencampuri urusan dalaman Malaysia.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau mahu pihak luar mencampuri urusan dalaman negara ini dalam usahanya untuk ‘menyelamatkan Malaysia’.

“Saya tak minta campur tangan luar. Saya katakan bahawa semua saluran untuk menyatakan kebenaran di negara ini telah disekat oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum Pembinaan Negara Bangsa Melalui Pendidikan di Muzium Kesenian Islam di sini, Isnin.

Sehubungan itu Dr Mahathir berkata beliau akan terus bercakap kepada media asing mengenai pelbagai isu yang berlaku di negara ini.

“Saya akan beritahu media asing mengenainya,” katanya.

Sementara itu diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan, Dr Mahathir menganggap tindakan itu adalah perkara biasa.

“Dia siasat dah…dah dua kali siasat. Semua kawan-kawan saya pun dah kena siasat dah. Tak cukup siasat, Lembaga Hasil Dalam Negeri pun kacau mereka,” katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir dikritik banyak pihak kerana meminta campur tangan asing dalam urusan dalaman negara ini.

Dr Mahathir dalam wawancara dengan akhbar Australia, The Weekend Australian, berkata bahawa harapan supaya Najib selaku Perdana Menteri berundur adalah tipis sekiranya tidak mendapat tekanan pihak luar.

Friday, April 15, 2016

TAKBIR : LALUAN WANG BESAR, JEJAK WANG ITU RAJA?

Artikel Tun terbaru:
JEJAK WANG – Laluan “Wang itu Raja”

1. Wang, sejumlah wang yang besar tidak boleh dialihkan tanpa meninggalkan jejak.

2. Begitu juga dengan RM2.6 bilion (atau USD681 juta) yang Wall Street Journal melaporkan berada di dalam akaun rahsia peribadi milik Datuk Seri Najib di Ambank.

3. Reaksi pertama Najib ialah menafikannya tetapi kemudian, beliau mengaku mempunyai jumlah wang tersebut di dalam akaun rahsia peribadi beliau. Orang ramai mengesyaki ianya daripada 1MDB. Ini maknanya pencurian. Najib perlu membuat penjelasan. Beliau mendakwa ianya adalah hadiah. Orang ramai hanya ketawa. Selepas itu, ianya suatu derma daripada orang Arab yang mahukan beliau memenangi Pilihanraya 2013. Orang Arab, kononnya menyangka beliau merupakan pemimpin Islam yang baik dan mesti terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

4. Bagi mengesahkan perkara ini, Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik menyatakan beliau pernah berjumpa orang Arab itu.

5. Tetapi, siapa orang Arab yang dijumpainya? Tiada nama. Orang yang tidak diketahui. Wang tunai USD681 juta bukanlah sesuatu yang boleh dimilik sesiapa sahaja atau didermakan sewenangnya. Penderma mestilah seorang yang sangat kaya. Orang kaya boleh menjadi kaya melalui warisan atau melalui perniagaan.

6. Dari mana beliau mendapat wang sebanyak itu? Perniagaan? Tiada yang diketahui mengenai ahli perniagaan yang sangat berjaya ini, walau pun dalam dunia minyak dan gas. Siapakah pengurus bank beliau? Semestinya ada seorang pengurus bank atau beberapa bank. Anda tidak boleh menyimpan USD681 juta di bawah bantal anda. Sedangkan bank-bank pun tidak mempunyai sejumlah wang yang besar ini di dalam bilik peti kebal mereka.

7. Wang tersebut selalunya adalah dalam bentuk catatan buku kira-kira bank tersebut sahaja. Pembayaran adalah melalui cek atau pemindahan elektronik. Tiada sesiapa yang melihat catatan kira-kira di dalam buku bank, atau keratan cek ataupun cek-cek yang dipersembahkan kepada bank.

8. Adakan Ambank menerima wang tunai berjumlah USD 681 juta atau RM2.6 bilion? Atau adakah ianya cek atau melalaui pemindahan elektronik? Walau apapun, ianya perlu dimasukkan di dalam catatan kira-kira bank tersebut. Bank tersebut perlu menyerahkan akaun ini untuk pengauditan dalaman dan luaran. Kerana jumlahnya besar, laporan perlu dibuat kepada Bank Negara untuk mendapat kelulusan. Ini bagi memastikan wang tersebut daripada sumber yang sah dan bukannya daripada wang haram.

9. Hari ini kita risau mengenai pelaburan wang haram (money laundering). Jika anda menyimpan atau keluarkan jumlah wang melebihi RM50,000, anda mesti mendapat kebenaran daripada Bank Negara. Bagi RM2.6 bilion yang didepositkan di dalam sebuah bank Malaysia, banyak soalan perlu diajukan oleh Bank Negara mengenai asal usulnya, pemilikan dan pindahan wang. Bank Negara kemudiannya akan membuat laporan kepada Peguam Negara. Kita tidak tahu kandungan laporan itu. Tetapi, Peguam Negara menolak laporan tersebut. Najib tidak bersalah daripada sebarang kesalahan, kata Peguam Negara. Hanya kata-kata Peguam Negara. Tiada bukti yang didokumenkan. Rakyat Malaysia tidak mempercayai Peguam Negara lagi.

10. Kemudiannya, cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh pemilik wang tersebut. Jika tiada cukai yang perlu dibayar, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) harus memberi kenyataan bahwa wang tersebut tidak dikenakan cukai. Tiada pengesahan daripada LHDN.

11. Sementara itu, penderma telah bertambah daripada seorang warga Arab kepada dua orang. Dikatanya pula ianya daripada seorang putera Saudi. Dan, akhirnya, dikatakan arwah Raja Saudi yang menderma wang itu.

12. Kini, seorang Menteri Saudi menyangkal adanya sebarang rekod yang menunjuk USD681 juta itu adalah suatu hadiah. Dia mendakwa ianya adalah suatu pelaburan. Jika pelaburan, dia berfikir bahawa jumlahnya tidak sebesar itu.

13. Peguam Negara kemudiannya mendakwa bahawa USD681 juta sudah dikembalikan kepada Saudi pada tahun 2013. Secara tepatnya, bila? Apa buktinya?Sebelum ini, wang tersebut dikatakan telah dipindahkan daripada Ambank ke bank-bank Singapura dan kerajaan Singapura telah membekunya. Jadi, bagaimana Najib boleh mengembalikan wang tersebut jika ianya telah dibekukan. Bank-bank mana yang terlibat? Apa buktinya bahawa wang tersebut telah dibekukan? Berapa jumlah?

14. Untuk berapa lama sesebuah Kerajaan boleh membekukan sesuatu akaun? Pembekuan adalah untuk membolehkan Monetary Authority of Singapore menyiasat kemungkinan wang itu adalah haram. Kita tidak mendengar apa-apa daripada Singapura.

15. Jadi, di mana wang itu sekarang? Adakan ianya di dalam bank-bank Singapura, beku keras? Atau, adakah ianya berada dengan orang Saudi? Adakah ianya Kerajaan Saudi atau putera Saudi atau individu-individu? Adakah ianya telah dikembalikan kepada penderma itu? Apa buktinya? Adakah ianya terkandung di dalam laporan Bank Negara atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia? Tiada bukti. Hanya kata-kata Peguam Negara. Maaf, saya tidak percaya kepada Peguam Negara.

16. Sekarang, Peguam Negara Switzerland mendakwa ianya bukan RM2.6 bilion tetapi RM4.0 bilion yang berada dalam akaun Najib. Peguam Negara Switzerland meminta kerjasama Peguam Negara Malaysia. Serta-merta Peguam Negara Malaysia menyatakan bahawa ianya bukan mengenai USD681 juta di dalam akaun peribadi Najib. Tiada apa yang salah di situ.

17. Tetapi, beliau sendiri yang menolak laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia kerana bukti yang tidak mencukupi. Jika ianya tidak cukup, tidakkah seharusnya penyiasatan lebih lanjut perlu dilaksanakan sehingga bukti cukup.

18. Namun, Apandi melangkaui bidang kuasanya dan mengarahkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia untuk menghentikan menyiasat wang RM2.6 bilion (USD681 juta) dalam akaun peribadi Najib di Ambank. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia adalan institusi bebas. Perdana Menteri sendiri tidak boleh menghentikan siasatan. Tetapi, jelaslah, Apandi takut jika lebih banyak bukti akan dijumpai.

19. Dan sekarang beliau ingin menguatkan Akta Rahsia Rasmi supaya beliau boleh memenjarakan pembocor seumur hidup. Kenapa? Adakah kerana beliau menyembunyikan bukti? Apakah pula peruntukan undang-undang mengenai orang yang menyembunyikan bukti mengenai jenayah?

20. Undang-undang bukanlah digubal untuk menyembunyikan jenayah. Undang-undang digubal untuk menghalang jenayah dan menghukum penjenayah. Adakah kemungkinan cubaan beliau untuk menghalang Peguam Negara Switzerland mendapat laporan-laporan berkenaan berpunca daripada keinginannya untuk menyembunyikan bukti? Ini mungkin adalah satu tindakan jenayah.

21. Najib mendapat sokongan kuat daripada ketua-ketua bahagian UMNO, Ahli-Ahli Parliament UMNO dan menteri-menteri Kabinet beliau. Mereka sedia untuk menerima hakikat wang berbilion yang dimiliki di dalam akaun peribadinya seperti perkara biasa.

22. Apabila beliau cuba untuk menerangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO bagaimana beliau memperolehi sebegitu banyak wang and mengapa beliau tidak memberitahu UMNO, seorang ahli majlis berkata tidak perlu untuk beliau menerangkannya. Hanya beri RM5 juta kepadanya pada pilihanraya akan datang dan beliau akan menang. Sama ada wang tersebut dicuri atau tidak, ianya tidak penting kepada ahli-ahli tertinggi UMNO. Mereka seolah-olah bersedia untuk menerima wang yang dicuri. Adakah boleh kita mempercayai orang-orang sebegini untuk mentadbir Malaysia?

23. Wang tidak boleh disembunyikan. Beberapa ribu Ringgit wang tunai boleh disembunyikan tetapi bukannya berbilion Ringgit. Jika anda menyimpan sebegitu banyak wang di dalam bank, ramai orang perlu menguruskannya and akaun-akaun itu akan diketahui. Tetapi, rahsia pembankan bererti mereka tidak akan memberitahu apa yang mereka tahu.

24. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak bergigi dan tidak berguna jika mereka tidak boleh memperolehi informasi kerana rahsia pembankan. Saya rasa mereka tidak tertakluk kepada akta rahsia pembankan. Jika betul, lupakanlah sahaja mengenai membanteras rasuah. Sebaliknya kita menghalalkan sahaja rasuah.

Sumber: http://chedet.cc/?p=2070

TERKINI: MASJID SULTAN ISKANDAR DI BANDAR DATO ONN.

Masjid Sultan Iskandar yang terletak di Bandar Dato Onn ini merupakan salah satu tanggungjawab korporat JCorp kepada masyarakat dan kini diuruskan oleh Wakaf An Nur .

Masjid ini kini bukan sahaja menjadi pusat ibadah malah dijadikan pusat komuniti sosial dan agama serta pendidikan.

Ia akan dilengkapi bank, klinik wakaf, ruang niaga, perpustakaan, dewan dan kemudahan untuk OKU.

Masjid di Zaman Empayar Uthmaniyyah menjadi inspirasi seni bina dan reka bentuk masjid ini mampu memuatkan 4000 jemaah.

Photo : Masjid Sultan Iskandar

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DILANTIK SEBAGAI PEMANGKU RAJA JOHOR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim berkenan melantik DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja Johor.

Istiadat pengisytiharan tersebut telah diadakan di Istana Bukit Serene pada 15hb April 2016. DYAM Pemangku Raja telah diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Johor untuk menjalankan tugas dan mentadbir Negeri Johor serta mempunyai semua kuasa yang diperuntukkan kepada raja dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Allah Peliharakan Sultan.

----

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR APPOINTED AS REGENT OF JOHOR

HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan and Sovereign Ruler of the State and Territory of Johor Darul Ta'zim, has consented to appoint HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, as the Regent of Johor.

The appointment ceremony was held at the Bukit Serene Palace on April 15th 2016. HRH Regent of Johor is entrusted by HM Sultan of Johor to perform the duties and govern the State of Johor and holds all the power of the Sultan that can be exercised at any time. Allah Peliharakan Sultan.

Kepada Allah Kami Berserah

#JohorMestiSentiasaJadiJohor

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat