TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, March 29, 2016

ATM: Group Gerak Khas ( Komando )

Sejarah

Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula selepas konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun 1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk mengadakan unit ujian.

Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.

Daripada 300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama. Mereka adalah :

1. Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
2. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
3. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
4. Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
5. Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
6. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
7. 300152 Sarjan Anuar bin Talib
8. 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
9. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
10. 202072 Koperal Silva Dorai
11. 203712 Koperal Moo Kee Fah
12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
13. 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad

Kejayaan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya mengatasi 6 latihan asas komando.

Mejar Abu Hassan bin Abdullah merupakan Pegawai Komand Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara, penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan sebagainya.

Anggota Rejimen 21 Grup Gerak Khas dengan senjata raifal Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.

GGK juga mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia, Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green Beret (Amerika Syarikat).

KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan semasa insiden 13 Mei 1969.

Selepas Konfrontasi 1967, terdapat perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini. Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada 1968. info ringkas.

Patutkah Tun M sahaja dikecam?

Almarhum Tunku Abd Rahman Putra Al Haj dan YM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah seiringan dengan Lim Kit Siang.

Adakah mereka semua lupa peristiwa ini?

Mengapa Tun Dr Mahathir saja dikecam sedangkan sudah ramai pemimpin UMNO seiringan dengan DAP.

GEMPAR : Bank Negara batalkan tiga kebenaran untuk pelaburan luar negara kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA)?

Bank Negara Malaysia telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA) untuk pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (kira-kira RM7.5 bilion pada kadar pertukaran semasa).

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia juga mengeluarkan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) kepada 1MDB untuk menghantar balik sejumlah AS$1.83 bilion ke Malaysia dan mengemukakan satu pelan baginya untuk tujuan ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada kenyataan Peguam Negara bahawa 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan berkenaan siasatan Bank Negara terhadap 1MDB.

Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan semalam berkata Bank Negara telah menyiasat 1MDB di bawah ECA atas dakwaan dengan sengaja atau dengan melulu, membuat kenyataan palsu.

Kertas siasatan itu telah dikemukakan pada 21 Ogos.

Bagaimanapun, Timbalan Peguam Cara Negara 1 Datuk Abd Majid Hamzah memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh 1MDB dan tiada tindakan lanjut perlu diambil, kata kenyataan itu.

Kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September dan keputusan itu dimaklumkan kepada Bank Negara pada hari yang sama.

Bagaimanapun, pada 1 Oktober, Bank Negara membuat permintaan supaya keputusan itu disemak semula tetapi selepas menimbangkan permintaan itu, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusannya kerana tidak ada bukti baru yang telah diberikan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara berkata, keputusan peguam negara berkenaan dengan siasatan terhadap 1MDB berkaitan dengan syor Bank Negara untuk memulakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB kerana pelanggaran di bawah ECA.

Bank Negara berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan pendakwaan jenayah hanya terletak di tangan peguam negara.

Sebagai pihak berkuasa penyiasatan, katanya, bank berkenaan bertanggungjawab untuk menjalankan siasatannya dengan penjagaan profesional dan ketekunan tertinggi.

Pihak bank itu, tambahnya, pada setiap masa menjangkakan pendedahan maklumat lengkap dan tepat oleh pemohon dalam mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA.

Di pihaknya, kata kenyataan itu lagi, bank berkenaan telah membuat kesimpulan bahawa kebenaran yang diperlukan di bawah ECA untuk pelaburan 1MDB di luar negara telah diperolehi berdasarkan maklumat yang tidak tepat atau tanpa pendedahan lengkap maklumat bahan yang relevan pada penilaian pihak bank terhadap permohonan 1MDB.

Katanya, bank pusat itu akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Monday, March 28, 2016

Terkini: Kongres Rakyat minta Perdana Menteri Malaysia berundur dengan kadar segera?

Kongres rakyat yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre pada petang tadi dianggap penuh dengan kejayaan dan kegemilangan serta mencipta satu lagi detik bersejarah bagi politik tanahair.

Ia bukan saja berjaya membariskan ahli-ahli politik daripada UMNO, pembangkang dan mereka yang tidak berparti untuk berada di pentas yang sama, dengan tujuan yang sama dan bercakap juga dengan satu nada yang sama.

Pentas, tujuan dan nadanya tidak lain ialah untuk memaksa Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri dengan seberapa segera.

Sebanyak 1,500 tag nama untuk perwakilan yang disediakan juga habis diserahkan kepada para peserta daripada pelbagai kelompok, usia dan latar belakang yang datang seawal jam 10 pagi serta sekurang-kurangnya antara 200 hingga 300 peserta lagi tidak memperolehi sebarang tag nama, tetapi tetap dibenarkan masuk dengan sanggup berdiri sepanjang program.

Bermula pukul 2.00 petang apabila Zaid Ibrahim memulakan pembukaannya sehinggalah Tun Mahathir menamatkan ucapannya pada kira-kira 6.45 petang, para peserta tetap tidak berganjak daripada dewan untuk mendengar dengan penuh teliti dan ghairah setiap hujah-hujah yang dilontarkan oleh para pembahas.

Ini sekaligus menandakan rakyat bukan saja tetap dahagakan perubahan dan begitu teringin melihat pengunduan Najib, malah seperti tidak sabar juga untuk mendapat seorang Perdana Menteri yang baru untuk negara ini.

Bukan saja tekad untuk memberi penerangan ke seluruh negara akan diperhebatkan lagi selepas ini, malah seruan agar rakyat beramai-ramai menandatangani Deklarasi Rakyat juga akan terus diberi penekanan.

Ia kemudian akan dipersembahkan kepada Istana Negara agar Majlis Raja-Raja bertindak sesuatu berdasarkan suara hati rakyat.

Jika kertas deklarasi yang mengandungi tandatangan rakyat itu penuh satu lori, saya sedia memandu lori tersebut untuk pergi ke Istana Negara, kata Tun Mahathir.

Di bawah ini antara gambar yang sempat dirakam untuk tatapan pembaca blog ini. Selain semua jurucakap yang disenaraikan dalam posting sebelum ini hadir dan memberi ucapan mereka, ramai lagi tokoh-tokoh yang turut memeriahkannya, namun hanya sebahagian yang sempat dirakam fotonya.

Apa pun, tahniah kepada semua yang menjayakan Kongres Rakyat ini. Selepas ini, program yang sama akan bergerak ke negeri dan kawasan-kawasan terpilih pula. (SH 27/03/2016).

Sunday, March 27, 2016

TAKDIR : PENGAWASAN MARITIM TERHADAP BOT NELAYAN CHINA

Kerajaan mengesan 100 bot nelayan dan kapal pengawal pantai China menceroboh perairan Malaysia, di Miri hari ini.

Maklumat terakhir yang diterima pada jam 24 Mac 16 jam 1930H oleh Pesawat Udara (Bombadier) memaklumkan, sebanyak 100-150 bot nelayan China berada di Beting Patinggi Ali dan Beting Raja Jarum dan dikawal oleh 2 Kapal Coast Guard China (3304/3184).

Bot Nelayan China tersebut melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan tersebut dan ada bot Nelayan China menunda berhampiran dengan Telaga Minyak M1.

KM Siakap telah berada di lokasi dan masih membuat pemantauan.

KM Jepak, KM Adil dan KD Serang diarahkan bergerak ke lokasi.

Saturday, March 26, 2016

Datuk Seri Nazri Razak : Sesuatu yang tidak betul berlaku dalam 1MDB dan tiada siapa boleh menafikannya.


PETALING JAYA, Sabtu – “Sesuatu yang tidak betul berlaku dalam 1MDB dan tiada siapa boleh menafikannya.”

Demikian kata Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang juga adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengenai syarikat pelaburan negara yang ditimpa kontroversi, – 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam sesi soal jawab pada program StarLIVE Business Series: Power Talks yang di Menara Star di sini, beliau berkata:

“Jumlah hutang adalah jauh lebih banyak daripada modal asasnya. Kedua, pada tahun 2009, 1MDB menerbitkan RM5 bilion bon ke atas pasaran modal tetapi tidak banyak maklumat yang saya tahu mengenainya.”

Bagaimanapun, beliau berkata, bon itu telah menunjukkan bahawa urusniaga tidak dinilai sewajarnya dan dikendalikan dengan cara yang sangat luar biasa.

“Oleh itu, pada tahun 2009, berdasarkan maklumat awam, saya berkata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam 1MDB,” kata Nazir seperti dilaporkan The Star, hari ini.

Beliau berkata, terdapat kurangnya ketelusan dalam urus niaga dan kebimbangan terhadap pertukaran juruaudit dan akaun yang tertangguh.

“Dari segi betapa besarnya salah laku, apa yang salah dan siapa yang melakukan kesalahan, itu adalah tugas Ketua Audit Negara, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) dan tugas-tugas itu masih dalam proses,” katanya.

Nazir berkata, orang yang bertanggungjawab melakukan sebarang salah laku seharusnya bertanggungjawab terhadap tindakannya supaya tiada siapa lagi yang berani melakukannya sekali lagi.

TAKDIR: KHALIFAH POLITIK!!! SIAPA YANG PERLU DI TAATI?

Masa dia dah sampai. Apa nasihat yang penasihat DS Najib Razak nasihatkan DSN sudah tunaikan.

Nak ingatkan pada diri sendiri dan sahabat seagama dan rakan'rakan sekelian.

Janganlah guna hadis dan ayat Al'Quraan mengikut kefahaman sendiri.

Nak ingatkan satu sahaja jika rasa tahu adanya konsep Khalifah.

Khalifah Politik DSN adalah Tun Abdullah.

Khalifah Politik Tun Abdullah adalah Tun Dr. Mahathir.

Secara tidak langsung DSN juga Khalifah Politiknya adalah Tun Dr. Mahathir.

Jika kita pertikaikan istilah derhaka kepada Khalifah Politik. Maka kitalah semua yang menderhaka kepada khalifah.

Pemimpin datang dan pergi. Sampai masanya DSNR berundur.

Rakyat Malaysia perlu kekalkan BN dan UMNO. Bukan kekalkan pemimpin. Itulah yang Tun M maksudkan.

Pemimpin yang baik biarlah dia memimpin. Yang rasa dirinya bermasaalah undurlah dengan cara terhormat.

Janganlah "Sahabat sependosaan" mengharapkan dengan menakutkan Melayu kepada China boleh terus dijadikan perisai untuk melindungi maksiat, jenayah, Penyelewangan dan Rasuah orang atasan Melayu.

Jangan kemukakan alasan kepada saya, tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil. Bukan salah Parti UMNO yang memerdekakan negara, membangunkan negara fizikal dan ekonomi serta memelihara kesepakatan kaum.

TETAPI kuncu-koncoh yang menderhakai Parti Melayu.

#beranikeranabenar
#yangbenar
#taktausudah

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat