TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, June 9, 2015

Pengkalan Udara TUDM Ara Kuda 2

Sesuatu yang amat menghairankan apabila Y.B. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya dan Datuk Zainal Abidin Osman yang turut disokong oleh juak-juak mereka dalam Barisan Nasional, cuba untuk menghalang pemindahan Pengkalan TUDM dari Butterworth ke Ara Kuda sedangkan ianya amat perlu kepada pertahanan negara dan pembangunan ekonomi Bumiputera dan Pulau Pinang amnya.

UMNO memeram-pekasamkan tanah Ara Kuda untuk projek-projek pertanian sedangkan ianya amatlah berpotensi untuk pembangunan industri dan perumahan khasnya untuk bumiputera. Setelah 2 penggal Pakatan Rakyat mentadbir Pulau Pinang, tiada apa pembangunan yang mampu dilakukan oleh PERDA yang dipengerusikan oleh Shabudin tetapi apabila Kerajaan Persekutuan bercadang untuk memindahkan Pengkalan TUDM ke tanah tersebut, pelbagai janji manis perancangan tiba-tiba dibuat.

Adakah kerana Shabudin dan Non Panjang tidak memperolehi apa-apa menfaat peribadi atas pembangunan ini?

Semenjak dua menjak ini, UMNO Pulau Pinang rancak kononnya atas alasan penyingkiran Bumiputera oleh DAP dari kawasan Pulau, menabur janji untuk perumahan Bumiputera. Apakah kemampuan kewangan PERDA mencukupi atau akan ada "MOU" dengan syarikat swasta?

Perluasan pengaruh ekonomi melangkaui sehingga Ara Kuda ini dapat mengurangkan kebergantungan perumahan di kawasan sempit di bandar utama Pulau Pinang. Malahan perluasan pengaruh industri juga mampu disebarkan sehingga ke Ara Kuda. Bayangkan peluang-peluang pekerjaan yang bakal dinikmati oleh bukan hanya bumiputera, malahan oleh kaum-kaum lain.

Pendapat Erapasca, adalah lebih berfaedah jika Shabudin dan Non Panjang bertindak meyakinkan pengundi Pulau Pinang bagi memilih semula Barisan Nasional (takder harapan dah rasanya) dari melalak-melolong kononnya tanah strategik TUDM Butterworth itu hanya menguntungkan cina.

Adalah lebih berfaedah jika PERDA dan UMNO Pulau Pinang berfikir secara waras untuk menyelesaikan isu-isu perumahan penduduk Pulau Pinang contohnya menyediakan pinjaman perumahan kepada rakyat yang kurang berkemampuan atau membuka lebih banyak lokasi strategik untuk perumahan.

Kesesakan lalu-lintas di Pulau Pinang dapat dikurangkan jika trafik dapat dipanjangkan sehingga ke Kedah. Apalah gunanya bersesak di kawasan kononnya strategik untuk penempatan bumiputera sekiranya tanah disitu lebih bernilai untuk pembangunan ekonomi. Jangan jadikan alasan "akan jadi milik cina" sekiranya PERDA dan UMNO Pulau Pinang hanya berdiam diri dengan idea-idea lapuk yang bangang.

Selain dari membina Pengkalan baru TUDM, pemaju juga telah berjanji untuk membina lebih 20 ribu unit rumah kos rendah dan sebuah Universiti Tahfiz. Mungkin Shabudin dan Non Panjang takut terbakar bila mendengar alunan ayat-ayat suci dari hafiz dan hafizah di universiti ini kelak. Hanya syaitan sahaja yang suka menghasut dan menghalang perkara-perkara kebaikan ini.

Adalah lebih bermenfaat jika PERDA dan UMNO membeli premis-premis di lokasi strategik tersebut dan disewakan dengan harga murah kepada usahawan-usahawan Bumiputera. Mungkin juga Shabudin dan Non Panjang boleh bagi percuma sahaja kepada kroni anak-beranak mereka.

Adalah amat bodoh sekiranya alasan "menguntungkan cina" dimainkan di Pulau Pinang sedangkan majoriti pengundi adalah cina. Maka adalah kurang bijak bagi Najib terus mengekalkan Non Panjang sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang kerana ianya akan merugikan politik Barisan Nasional sahaja kelak. Contohilah Teng Chang Yeow yang berkhidmat untuk semua kaum, berbanding Non Panjang yang berakal pendek yang hanya tahu mendendangkan "Demi Melayu" ;- tapi hakikatnya "Demi Perut Non Panjang dan Shabudin sahaja"

Pertahanan UDARA Malaysia Part 1.

Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD) merupakan satu operasi taktikal ketenteraan untuk menewaskan pertahanan udara musuh di permukaan. Tindakan ini antaranya untuk menyahupayakan pertahanan Surface-To-Air-Missiles (SAMs) dan artileri anti pesawat termasuklah melumpuhkan sistem radar amaran awal dan fungsian Command, Control dan Communication (C3). Serangan ini boleh dilaksanakan samada dalam bentuk fizikal atau elektronik.

Pertahanan udara Malaysia antara yang paling lemah di rantau ini terutamanya sebelah utara Semenanjung. Pengkalan TLDM terdekat adalah di TLDM Markas Wilayah 3 Bukit Malut, Langkawi yang lebih kepada pengkalan persinggahan dan bantuan logistik sahaja tanpa keupayaan pertahanan udara.

Pertahanan Laut Pulau Pinang boleh dikatakan tiada langsung dan pengkalan TLDM di Pulau Pinang hanyalah Pusat Latihan PSSTLDM (Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia) tanpa sebarang kemudahan pertahanan laut dan udara yang mencukupi.

Pertahanan hadapan di Pulau Pinang bergantung kepada Pangkalan Udara Butterworth yang menempatkan 8 buah F/A-18D (versi serangan malam) dengan kemudahan asas yang semakin terhimpit dalam kawasan seluas 407 hektar ditambah dengan keperluan untuk peningkatan dalam usaha pemodenan TUDM.

Tentera Udara Di Raja Malaysia melaporkan keperluan kritikal sekurang-kurangnya 8 buah pesawat AWACS bagi memantau keselamatan ruang udara, laut dan darat Negara yang mana salah satunya perlu ditempatkan di Pulau Pinang. Baru-baru ini Kongres Amerika telah meluluskan penjualan E-2D Advanced Hawkeye kepada Malaysia yang merupakan pesawat pelbagai cuaca dan berkemampuan untuk mendarat di atas kapal pengangkut pesawat.

Malaysia adalah antara negara pertama yang diluluskan penjualan pesawat yang dilengkapi oleh radar AN/APY-9 yang terkini. Selain itu, E-2D Advanced Hawkeye juga dipertingkatupayakan dengan teknologi terkini suit radio, komputer misi, komunikasi satelit terkamir, sistem pengurusan penerbangan, enjin T56-A-427A dan mampu untuk mengisi minyak di udara berbanding Grumman E-2C Hawkey milik Tentera Udara Singapura.

Grumman E-2C Hawkey Singapura yang berpengkalan di Paya Lebar, Singapura mampu mengesan sebarang amaran awal sehingga ke Kuantan. Berbanding E-2C, E-2D membolehkan "co-pilot" bertindak sebagai T4O atau "Tactical 4th Operator" yang boleh mengubahsuai paparan kokpit utama memaparkan radar, IFF dan Link16 (JTIDS)/CEC dan mengakses segala data yang diperlukan. Radar APY-9 berfungsi sebagai “active electronically scanned array” yang memperkasakan "radome" mekanikalnya.

AWACS juga memerlukan sistem sokongan daratan yang canggih dengan pelbagai penambahbaikan. Ianya tidak memadai sekiranya penambahbaikan infrastruktur hanya sekadar dilakukan di Pengkalan TUDM Butterworth sahaja. TUDM perlu membina pelbagai kemudahan baharu untuk memperkasakan pertahanan utara yang mungkin ditambah dengan pesawat AWACS dan MRCA baharu.

Pemilikan AWACS dan MRCA bukan sekadar perlukan penambahan logistik tetapi lokasi strategik yang mana bagi mengelakkan negara jiran merasakannya sebagai satu ancaman. Imbasan radar AWACS bukan sahaja meliputi perairan, udara dan daratan negara, tetapi akan melangkaui sempadan politik ke negara jiran. Faktor geografi memainkan peranan penting dalam pertahanan sesebuah negara. Terlalu hampir dengan laut akan mendedahkan aset pertahanan negara kepada keupayaan serangan laut, udara dan daratan musuh. Pengkalan TUDM Butterworth telah terbukti tidak taktikal dari segi sejarahnya apabila berjaya ditawan dengan mudahnya oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Bagi mengoptimumkan taktikaliti dan strateginya, tentera Jepun telah mengubah landasannya dari landasan asal Tentera Udara DiRaja British.

Pemindahan Pengkalan TUDM Butterworth dilihat sebagai satu strategi pertahanan udara yang penting kerana ketiadaan pertahanan darat ke udara di sekitar Pulau Pinang. Kawasan penampan serangan Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD) yang lebih luas merupakan satu strategi tambahan bagi melindungi aset pertahanan Negara selain meluaskan kawasan operasi meliputi sempadan Thailand yang diwarwarkan pernah dicerobohi pesawat tidak dikenali semasa tragedi MH370.

Ancaman-ancaman perisikan dan pengintipan asing juga merupakan satu faktor yang perlu diambil kira sewajarnya jika mahu mengekalkan Pengkalan TUDM Butterworth ini. Tentera udara Thailand telah memperolehi dua unit SAAB 340/AEW yang berpengkalan di RTAFB Don Muang/Bangkok. Indonesia pula memperolehi CASA CN235 MPA, Boeing 737-2X9 yang dioperasikan oleh Skadron Udara Patroli Maritim dan AEWACS (Maritime Patrol and AEWACS Squadron) yang berpengkalan di Hasanuddin International Airport.

Selain itu, risikan-risikan HUMINT, SIGINT, TECHINT, CYBINT/DNINT dan lain-lain boleh dilakukan dengan mudah di kawasan penduduk yang berkepadatan tinggi terutamanya jika rumah penduduk lebih tinggi dari pagar Pengkalan tersebut.

PEMBANGUNAN KAWASAN MELAYU
Butterworth hari ini sedang pesat membangun. Pembangunan Bandar Baru perlu dirancang dengan teliti dan bijak. Pemindahan Pengkalan Udara TUDM Butterworth bukan sahaja mampu memberi tambah nilai  aset perdagangan tetapi menyemarakkan kepadatan taburan penduduk ke kawasan baharu iaitu di Ara Kuda.

Pembinaan perumahan dan perindustrian perlu dioptimakan sehingga ke segenap sudut Pulau Pinang. Pulau Pinang akan membangun dari sebuah kotaraya menjadi negeri kota yang keseluruhannya adalah bandaraya maju yang berdaya saing. Setiap aset hartanahnya mestilah dibangunkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya orang Melayu  memiliki hartanah strategik dengan harga kompetatif mengikut kelasnya.

Selain itu, pembangunan Ara Kuda akan memberi kesan positif sehingga ke Kedah. Pelan pembangunan TUDM Ara Kuda juga membabitkan 162 hektar untuk perumahan kos rendah.  Sekiranya pelan ini berjaya, kawasan sekitar Ara Kuda juga akan pesat membangun.  Kemudahan infrastruktur awam seperti LRT juga boleh dibina kerajaan bermula dari Ara Kuda ke Pulau Pinang sebagai suatu kemudahan awam yang dapat menampung kepadatan penduduk selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Pertumbuhan ekonomi ini kelak akan turut dirasai oleh penduduk Lunas, Kedah seterusnya tempiasnya akan turut memberi kesan positif pembangunan kawasan-kawasan strategik Bumiputera di Kedah.

Adalah kurang bijak sekiranya kerajaan membina banyak kemudahan asas dan pembangunan di kawasan kepadatan penduduk Bumiputera tinggi berbanding dengan membina sebuah petempatan baru untuk mereka di kawasan lain.

Diharapkan agar pelan pembangunan strategik cetak biru akan segera dirangka dan dilaksanakan demi memastikan kuasa politik Bumiputera terus kekal dan peluang-peluang ekonomi dicipta bagi melahirkan golongan Bumiputera yang berdaya saing di bidang ekonomi.

Usahlah tunduk kepada tentangan-tentangan tidak berasaskan logik dan fakta dari suara-suara sumbang yang berkepentingan peribadi yang akhirnya akan memudaratkan keselamatan negara dan merugikan bumiputera.

Monday, June 8, 2015

Gempa Bumi di Gunung Kota Kinabalu.

Sabah: Kejadian gempa bumi di Gunung Kota Kinabalu merupakan kemalangan yang sungguh di luar jangkaan.

Menurut lapuran mangsa yang terkorban masih 16 orang yang telah berjaya di temui.

Keadaan kabus tebal menyukarkan untuk Helikopter membuat kerja-kerja pemantauan melalui udara atau untuk menghantar penyelamat ke kawasan-kawasan tempat kejadian tersebut.

Tahniah kepada Malim Gunung kerana melakukan kerja-kerja menyelamat.

Terima kasih juga kepada semua petugas-petugas penyelamat. Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian.

Saturday, June 6, 2015

Teloq mana teloq???

Yang tak kenal telur!!! Ini lah teloq!!!

Aku bukanlah nak cakapkan pasal PM tak datang sesi dailog #nothingtohide seperti yang di janjikan.

Tetapi aku tertarik dengan cara menjemput. Contoh ayat yang aku terbaca dalam FB.

Mana FB dan bloger yang garang-garang boleh lah pm untuk pengesahan kehadiran.
Tambahan lagi ayatnya. Nak tengok ada telor ke kecut teloq. Itulah ayat yang aku ingat.

Tetapi yang kelakar bila PM tak datang. Terkait dengan darah pahlawan. Siapa sebut darah pahlawan? PM sendiri DNNajib Razak mungkin boleh adakan sesi lain secara live di TV.

Bila kita menjemput bloger-bloger bukan bermakna menjemput aku ja. Kita juga kena ingat bahawa Tun M juga adalah seorang bloger tua.

#manatelor
#nothingtohide

Wednesday, June 3, 2015

Bantahan Penganjuraan MforJ2015. Take Possesion of The Land Kingdom.


Pasir Gudang: Seramai 14 NGO membuat lapuran Polis membantah pengĂ njuran program oleh Padri Kristian di Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru pada 3 hingga 5 Jun 2015.

Terdapat penyebaran satu Video " trailer " berdurasi 1 minit 20 saat di muat naik melalui pautan di Youtube  sebagai satu penghinaan kepada Ugama Islam. 

Terdapat ucapan seperti Johor For Jesus. Beberapa ucapan lain, merupakan satu provokasi dan penghinaan kepada Ugama Islam.

NGO Seluruh Pasir Gudang dan Seluruh Negeri Johor membantah penganjuran seumpama itu.

Ini jelas bertentangan dengan perkara 11 (14), 

Senarai pembuat laporan.

1. Persatuan Penduduk Fasa 1 Tmn Mawar.
2. KRT Fasa 1 Tmn Mawar.
3. KRT Tmn Plentong Baru
4. KRT Perjiranan 8.
5. Pertubuhan Kebajikan & Permufakatan Pasir Gudang
6. PEKIDA zon kg melayu.
7. KIMA Bah.PG.
8. Masai Muslim Jamaah.
9. Kelab Belia Teguh Johor Jaya.
10. Mimbar Permufakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM).
11. Pertubuhan Kebajikan Jati Merah Malaysia
12. Pemuda UMNO Pasir Gudang.
13. Scrambler Red Zone PG.
14. Pertubuhan Sirah Negeri Johor.


Saturday, May 30, 2015

Hala tuju rasionalisasi 1MDB??? Melangsaikan hutang ( RM3.57 bilion ) kepada sindiket pinjaman bank antarabangsa?

Kuala Lumpur (RM3.66 bilion) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tujuan melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan pada Jumaat selepas membentangkan pelan Hala Tuju atau rasionalisasi 1MDB di mesyuarat Kabinet pagi tadi.

Menurut beliau, 1MDB memeterai satu perjanjian ikatan dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments di mana IPIC akan membuat bayaran tersebut kepada 1MDB pada atau sebelum 4 Jun 2015.

"Perjanjian itu juga akan merangkumi langkah-langkah lanjut untuk menangani secara menyeluruh pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pelbagai pihak, maklumat lanjut yang akan diumumkan dalam masa terdekat," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Jelas Ahmad Husni, perjanjian itu merupakan langkah besar ke arah mengurangkan beban hutang 1MDB, serta bahagian penting daripada usaha rasionalisasi seperti yang dibentang di Kabinet hari ini.

Katanya rancangan rasionalisasi itu dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan.

Selain itu, beliau juga berkata Kementerian Kewangan akan terus kekal sebagai pemegang saham utama dalam Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia, di mana kedua syarikat itu akan turut menjana pendapatan untuk 1MDB menerusi peningkatan ekuiti melalui pelabur pihak ketiga.

"Hasil yang diperolehi akan digunakan untuk perbelanjaan modal dan untuk mengurangkan hutang 1MDB," kata Ahmad Husni.

Menurut beliau lagi, kedua-dua syarikat tersebut juga akan ditubuhkan sebagai syarikat-syarikat yang berdiri sendiri, dengan penuh autonomi dan akauntabiliti terhadap prestasi operasi dan kewangan mereka seperti mana yang dicapai Edra Tenaga.

Terdahulu, Kementerian Kewangan telah membentangkan pelan Hala Tuju 1MDB ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat, dalam usaha mengawal urus pelbagai persepsi  yang dilemparkan kepada syarikat milik kerajaan itu.

Kenderaan para menteri Kabinet dilihat mula memasuki perkarangan Pejabat Perdana Menteri pada kira-kira 9.00 pagi tadi dan dilihat keluar dari situ pada jam 12.40 tengah hari.

Mengulas lanjut tentang Hala Tuju 1MDB, Ahmad Husni turut menyifatkan intipati pelan tersebut bagi menangkis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap syarikat dana pelaburan negara berkenaan.

Beliau juga mengharapkan agar pembentangan tersebut mampu memberi gambaran sebenar mengenai 1MDB terutamanya dalam menjelaskan isu beban hutang berjumlah RM42 bilion.

Keselamatan Negara terancam!!! Siber Botnet???

Negara dikejutkan dengan pendedahan mengenai ancaman siber botnet (robot komputer yang berhubung antara satu sama lain melalui internet) yang menceroboh, mengintip, merekrut botnet komputer negara kita yang dipercayai boleh mengancam keselamatan negara.

Dalam tiga bulan pertama tahun ini sahaja, 365,486 botnet bertindak sebagai tentera siber asing sudah ada dalam negara dan bersedia untuk melancarkan berbagai jenis serangan pada bila-bila masa.

Dengan kata lain, negara kita adalah sasaran mudah. Robot botnet adalah jaringan robot yang bukan saja menggodam, malah boleh mengambil alih rangkaian komputer di negara ini termasuk menceroboh sistem perbankan, pengangkutan dan pertahanan negara.

Taktik sama pernah digunakan ketika penyerang siber merekrut 100 botnet server di Korea Selatan sebelum melumpuhkan sistem kewangan dan perbankan sehingga menyebabkan semua urus niaga dan pengeluaran wang gagal selama 24 jam.

Jet pejuang tentera NATO pernah dikerah menyerang orang Islam Bosnia tetapi sebaliknya ketika serangan, jet berkenaan memesongkan haluan dan menyerang askar Serbia yang menyerang orang Islam berkenaan.

Siasatan mendapati pesawat berkenaan diambil alih menggunakan sistem 'backdoor', akses khusus yang dibuat oleh seorang pembangun untuk dapat masuk ke dalam sistem oleh penyerang siber. Serangan curi maklumat Penyerang siber ini, sama ada pengkhianat dalam negara yang menggunakan pangkalan negara luar atau musuh di luar negara.

Walaupun serangan masih bertujuan mencuri maklumat dan bukan melumpuhkan jentera pertahanan, apabila maklumat diperoleh, sistem pertahanan dan lain-lain boleh dilumpuhkan dalam sekelip mata.

Menggodam sistem komputer adalah salah satu strategi dalam serangan siber. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, lebih membimbangkan hampir semua sistem adalah produk negara luar dan dibimbangi akan berlaku kebocoran maklumat penting negara.

"Analoginya, pencuri mesti masuk ke dalam pagar terlebih dulu, kemudian masuk ke dalam rumah, kemudian ke dalam bilik dan akhirnya peti besi.

"Pertama, mesti masuk ke dalam negara, kemudian akses ke ISP (Internet Service Provider) iaitu penyedia perkhidmatan internet seperti Telekom Malaysia (TM), pusat penyelidikan dan pembangunan negara dalam teknologi maklumat dan komunikasi (MIMOS) atau syarikat telekomunikasi.

"Kemudian masuk ke dalam pusat pelayan data (server) institusi penting negara seperti pertahanan, perbankan, pendaftaran, imigresen dan polis. Sejauh mana hendak masuk, bergantung kepada tahap ia hendak ceroboh dan apa yang dikehendaki. Niat jahat pencerobohan boleh dijangkakan berdasarkan sama ada ia dimaklumkan atau tidak,"

Menurut pakar pembangun sistem, Abdul Hamid Yeop Zainuddin, biasanya pencerobohan yang dimaklumkan bertujuan untuk perniagaan dan lebih kepada pakatan atau konspirasi. Sasaran seperti duduk atas bom jangka

"Bagaimanapun jika dimaklumkan sistem sasaran sudah berjaya dicerobohi seperti mempamerkan pesanan you are being hacked by xxx, maka sudah tentulah sasaran risau dan hendak menaik taraf sistem komputer mereka. Penceroboh yang melindungi perbuatannya daripada dikesan mempunyai tujuan lain atau sebagai persiapan bagi sesuatu yang lebih besar.

"Inilah yang amat ditakuti kerana sasaran dalam bahaya seperti duduk atas bom jangka. Serangan sebegini sukar diberhentikan kerana mereka tetap terus mencuba walaupun mereka berjaya disekat daripada memasuki sistem,"

Pemantauan beliau sejak bulan April lalu mendapati analisis log sistem menunjukkan beribu-ribu serangan dan cubaan menggodam beberapa server, kebanyakannya dari China dan Israel, menggunakan alamat dan nombor IP yang didaftarkan pengendali telekomunikasi negara itu.

Salah satu kesannya ialah talian internet perlahan dan pengguna gagal mendapatkan perkhidmatan oleh server yang diserang kerana capaian ke server berkenaan menggunakan talian internet dan nombor IP pengendali telekomunikasi negara ini.

Serangan siber dari negara luar sebenarnya mampu dihalang kerana boleh diketahui nombor talian berkenaan. Jadi, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di Dewan Rakyat, meminta kerajaan mewujudkan satu ketumbukan baharu untuk menangani ancaman tentera siber.

Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan peruntukan khas bagi memperkukuhkan pertahanan siber negara dengan membentuk Tentera Siber. Kita perlu ambil langkah sebelum serangan. Sudah terlambat jika mahu menanganinya selepas diserang.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58074?m=1

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat