TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, May 19, 2015

Tun M di malukan seolah-olah dirinya menipu???

PUTRAJAYA - ‎Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaannya sebelum ini yang menyebut beliau akan meletakkan jawatan daripada Parlimen disifatkan memalukannya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berkata pada sidang media‎ selepas pelancaran buku 'Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders', hari ini, Dr Mahathir melihat penafian itu seolah-olah menuduh dirinya menipu.

"Dia memalukan saya dengan berkata dia tak letak jawatan‎ sedangkan dia datang jumpa saya. Bukan saya suruh dia...dia datang jumpa saya. Dia menceritakan tentang perasaan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib dan dia kata dia nak resign (letak jawatan).

"Bahkan dia kata, dia tak jadi Speaker dah. Itu yang dia cerita pada saya. Dia cerita sedikitlah tentang perasaan tak puas hati dia dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai Speaker,” katanya.

Menurutnya, Pandikar sendiri yang memaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat meletak jawatan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Lepas itu, dia tanya saya apa yang dia perlu buat, saya kata kalau awak nak 'resign'...resign' lah. Saya percaya bahawa dia...dia kata dia bagi surat dah pada Najib kata dia nak letak jawatan‎.

"Jadi, saya cuma ulang apa yang dia kata. Tapi, dia kata (penafian) macam saya ini bohong. Ini tidak baiklah. Malulah saya," katanya.

Sebelum ini‎, Pandikar menafikan laporan berita yang mendakwa Dr Mahathir mengatakan beliau telah menemuinya dan memaklumkan telah meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pada program di Ipoh malam Sabtu lalu, Dr Mahathir mendedahkan bahawa Pandikar akan meletak jawatan.

Semalam, Pandikar mengakui ada berjumpa Dr Mahathir tetapi hanya berbincang isu politik dan bukannya mengenai hasratnya untuk berundur.

Monday, May 18, 2015

Akibat kuat!!!

★ 🔨BESI ITU KUAT,
TAPI API MAMPU MELEBURKANNYA

☆♨ API  ITU KUAT,
TAPI AIR MAMPU MEMADAMKANNYA

★ 🍵AIR ITU KUAT,
TAPI AWAN MAMPU  MENYERAPNYA

☆ ⛅AWAN ITU KUAT,
TAPI ANGIN MAMPU MENOLAKNYA

★ ANGIN ITU KUAT,
TAPI BUKIT MAMPU MENGHALANGINYA

☆ 🌄BUKIT ITU KUAT,
TAPI MANUSIA MAMPU MENGHANCURKANNYA

★MANUSIA ITU KUAT, TAPI NAFSU MAMPU MENUNDUKANNYA

☆ NAFSU ITU KUAT,
TAPI IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA

TAPI BILA IMAN KUAT TIADA APA YANG MAMPU MENGALAHKANNYA

YA ALLAH.. KUATKAN IMAN KAMI DIMANA SAJA KAMI BERADA..

.آمــين.آمِيـن آمِيـن يا رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِن

TAPI YANG MENGALAHKAN IMAN PULAA.......

ADALAH UJUB:

UJUB IALAH PERASAAN KAGUM ATAS DIRI SENDIRI. MERASA DIRI HEBAT.

BANGGA DIRI. TERPESONA DENGAN KEHEBATAN DIRI.

ORANG YANG RAJIN IBADAH MERASA KAGUM DENGAN IBADAHNYA.

ORANG YANG BERILMU, KAGUM DENGAN ILMUNYA..

ORANG BERJAWATAN TINGGI, KAGUM DGN JAWATANNYA.

ORANG YG PETAH BERBICARA, KAGUM DGN KEPETAHANNYA

ORANG YANG BERDAKWAH, KAGUM DENGAN DAKWAHNYA.

WALHAL SEMUA KELEBIHAN ATAU KEISTIMEWAAN ITU ADALAH MILIK ALLAH DAN DIBERIKAN KEPADA MANUSIA.

SESIAPA UJUB DENGAN AMALNYA SENDIRI MAKA AKAN TERHAPUS AMALNYA.

Waallahualam...

Saturday, May 16, 2015

ISU sekecil TopUp!!! Rakyat menilai Kerajaan???

Sebenarnya aku tak kisah sangat pun pasal TopUp kena tambah 6%.

Sebenarnya aku menilai macamana kerajaan menyelesaikan masaalah. Aku tengok kalut, hancai boncai keputusan yang di buat.

Itu sebab rakyat banyak berbunyi isu sekecil TopUp susah untuk di selesaikan sehingga mengambil masa 6 bulan untuk di selesaikan. Apatah lagi isu-isu besar.

Tak faham dengan masaalah adalah punca tak nampak jalan keluar menyelesaikan satu satunya ISU!!!.

Rakyat di beri kefahaman bahawa Cukai SST di tukar kepada Cukai SST. Rakyat faham hal tersebut. Bermakna cukai sst mansuh.

Sepatutnya pengiraan perlaksanaan adalah buangkan cukai sst dalam satu-satu barang, barulah di tambah cukai gst. Rakyat faham pencukaian melalui pencukaian baru GST.

Apa yang aku nampak adalah, System yang di guna pakai oleh pengilang, pemborong dan peruncit tidak di selaras dan ada ruang untuk di manipulasi oleh mana-mana pihak yang mengambil kesempatan.

Apakah kebaikan GST? Apakah keburukkan SST?

Keduanya adalah salah satu sumber pendapatan kerajaan untuk tadbirurus negara.

PM Najib Razak jabatan mana yang uruskan GST ini. Pemngilang,Pemborong,Peruncit kena di beri kefahaman perlaksanaan GST tersebut rakyat tahu bayar sahaja.

Kalau sikit - sikit cukai, tak masuk akal juga kan!!! Rakyat susah macamana. Adakah kita sedar bila rakyat tertekan dan tidak menyayangi kerajaan. Macam-macam boleh berlaku.

Sayang Dr. Mahathir bin Mohamad membena Putrajaya dan KLCC tanpa GST.

#rakyatmenjerit
#beratbahurakyat
#takmasukakal

Tuesday, May 12, 2015

Kebenaran akan timbul bila tiba masanya!!! Janji Allah itu Pasti.

Kita akan tahu juga kebenarannya satu hari nanti.

PM Najib Razak GST perlu di kaji semula dengan segera.

Akhirnya bersyukur kepada Allah kerana rakyat masih ada Kuasa Sultan Johor yang Perihatin kepada rakyatnya.

Kerajaan negeri serap GST kepada perkhidmatan kerajaan tempatan. Perkara ini turut di ikuti oleh negeri2 lain.

1.Johor
2.Terengganu
3.Pulau Pinang

Terima Kasih kepadamu Ya Allah kerana masih ada pemimpin-pemimpin negeri yang melihat dan perihatin kepada rakyat.

#rakyatmenjerit
#beratbahurakyat
#takmasukakal

Friday, May 8, 2015

Isteri Duta Malaysia ke Pakistan antara enam yang terkorban.

ISLAMABAD: Isteri Duta Malaysia ke Pakistan antara enam yang terkorban apabila helikopter tentera Pakistan terhempas di kawasan pergunungan Gilgit.

Mengikut jurucakap tentera Pakistan, nahas berlaku ketika helikopter terbabit dalam perjalanan ke tapak pelancaran sebuah projek.

Nahas itu katanya turut mengorbankan Duta Norway, Duta Filipina dan isteri Duta Indonesia.

Helikopter terbabit membawa 11 orang rakyat asing dan enam rakyat Pakistan.

Katanya, hanya enam orang terkorban iaitu empat orang rakyat asing dan dua juruterbang. - REUTERS

GST perlu di kaji semula??? Tidak masuk akal!!!

Salam Jumaat,
Salam Silaturahim,
Salam Kasih Sayang,

" DAULAT TUANKU "

Perlaksanaan GST perlu dikaji semula. PM Najib Razak. GST membebankan rakyat.

GST boleh di laksanakan dengan syarat rakyat boleh membuat tuntutan kepada kerajaan sebulan sekali.

Alasan rakyat perlu membuat tuntutan adalah:-

1. Pelancung boleh membuat tuntutan kembali GST bila meninggalkan negara.

2. Peniaga boleh membuat tuntutan GST kepada kerajaan. Tuntutan tersebut akan di luluskan dalam masa dua minggu.

Ada pendapat GST merupakan pra. Perjanjian menandatanggani TPPA?

#rakyatmenjerit
#beratbahurakyat

Sunday, May 3, 2015

Kerajaan Rugi RM800 juta jika tidak kenakan GST kepada Kad Prabayar???

Masai: Isu sekecil TopUp tidak berjaya di selesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menangani Isu terdebut.

Ada pula tuduhan-tuduhan liar yang menyatakan rakyat tidak faham tentang penerangan GST.

Tetapi hakikat sebenar kerajaan telah di katakan membelanjakan 17juta untuk penerangan berkenaan GST.

Berlaku lagi isu topup sekejap ikut harga sebelum GST. Sebagai contoh beli RM 10.00 bayar RM 10.00 sahaja bukan RM 10.60. Hari ini umumkan. Esok arahan sudah berubah . Ini semua poyo rakyat Malaysia cakap.

Di ceritakan kerajaan akan kerugian RM800 juta jika tidak mengenakan cukai pada TopUp.

Perkiraan apakah yang di guna pakai. Ilmu HISAP mana yang di guna pakai. TopUp dahulu SST 6% sekarang cukai di tukar nama GST 6%. Siapa kata TopUP Free Cukai?

Alasan warga asing banyak guna Topup jika tidak di kenakan GST juga adalah alasan yang tersangat lemah. Bagaimana pula warga asing yang membeli beras di Malaysia? Subsidi siapa yang di guna oleh warga asing?

Rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan.

Harapan MTMR agar PM @NajibRazak dapat melihat dengan sewajarnya.

#rakyatmenjerit
#beratbahurakyat

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat