TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, May 20, 2014

Tanda-tanda badan kita berpenyakit.

Sedikit info utk dikongsi.

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

 MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
Mata menjadi merah :
●Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur :
●Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata :
●Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata :
●Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
Ketegangan mata dan kelopak :
●Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

 HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
Selesema :
●Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sumbat :
●Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
● Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

 BATUK
Batuk keluar kahak :
●Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak :
● Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
Kerongkong kering.
● Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
● Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

 BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
Bibir pucat
● Sistem penghadaman yang lemah.
● Perut mengandungi angin.
● Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah.
● Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit :
●Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
● Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.Mulut berbau busuk .
●Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat :
●Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung :
●Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT Berpeluh :
Peluh masin :
●Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau :
●Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

RUAM DAN BISUL :
●Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

 KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
KULIT PECAH DAN BERAIR :
● Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sakit Sendi rasa panas. ●Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas
●Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
Sakit di bahagian bahu. ●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
KEBAS KAKI : .
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
SAKIT TAPAK KAKI : ●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :●Menandakan penyakit migrain.
BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
MUNTAH DARAH
● Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
AIR KENCING BERKAPUR ●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

 BADAN :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

 BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

 RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

 CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

 RASA BIMBANG DAN TAKUT :
Sistem paru-paru yang lemah.

RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.

 SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah..

 BUANG AIR BESAR
CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
● Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
SEMBELIT:
●Membersihkan toksin dari usus kecil.
NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
NAJIS BERWARNA HITAM :
●Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Saturday, May 17, 2014

Terkini: Ekonomi Malaysia tegang di mata.

Alhamdulillah, negara kita mencapai pertumbuhan 6.2% pada suku tahun pertama 2014, yang tertinggi dari beberapa tahun kebelakangan, yang tertinggi dari kalangan negara-negara Asean dan antara tertinggi di kalangan negara-negara berpendapatan pertengahan dan tinggi (middle and upper income ekonomi). Kesemua sektor mencapai pertumbuhan pesat, terdiri dari sektor perkilangan, sektor perkhidmatan, sektor binaan, sektor pertanian dan sektor perlombongan (Gas dan Petroleum). Perkembangan pesat sektor-sektor ini membolehkan Rakyat terus bekerja dan makan gaji serta peluang-peluang perkerjaan baru di wujudkan

Dengan pertumbuhan ini, negara kita dapat kekalkan kadar pengangguran 3%, iaitu antara terendah di dunia. Kadar pengangguran negara jiran kita Indonesia 6.1%; Negara kaya Amerika Syarikat 6.3%; Negara yang pernah menjajah kita Portugal 15.3%, Belanda 7.3%, UK 6.8%; Negara perdagangan terbesar dengan kita, China 4.1%; Negara Islam yang amat kita hormati, Saudi Arabia 12.1%; negara yang menghadapi krisis ekonomi, Spain 25.6%, Greece 27.5%; dan negara yang sebahagian besar Rakyatnya tidur pada setiap malam dalam kelaparan, Mali 30%.

Impak pertumbuhan ini membolehkan perbelanjaan Rakyat tetap kukuh, dengan itu sektor perniagaan, termasuk supermarket,  restoran dan gerai makanan melayu dan bukan-melayu terus berkembang. Restoran nasi lemak di Kampung Baru penuh dengan pelanggan.

Perbelanjaan oleh Rakyat, Perbelanjaan Bajet Kerajaan Pusat  (termasuk pemberian BR1M), Pelaburan Swasta dan Peningkatan Eksport merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi suku tahun pertama 2014 tersebut.

Pertumbuhan tersebut meletakkan negara kita pada landasan kukuh untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Komponen terpenting dalam transformasi tersebut adalah Rakyat. Berdasarkan statistik pada 31/12/2013, komposisi gaji pekerja Malaysia dalam KDNK adalah 32%; sasaran kerajaan pada tahun 2020, gaji pekerja dalam komponen KDNK di tingkatkan kepada 40% iaitu selaras dengan status gaji di negara-negara maju.

Bermakna prinsip 'Rakyat Di Dahulukan' sentiasa dalam hati, tangan yang memikir dan menulis skrip pembangunan negara dan individu yang melaksanakan misi dan visi Kerajaan Persekutuan ini.

Kepada Allah SWT kita bersyukur dan tetap memohon rahmatNYA. Kita tahu "Setiap segala sesuatu itu di sisi Allah adalah dengan KETENTUAN TakdirNYA", terjemahan ayat "Kullu shaiin indahu bimiqdar".

Sahabat-sahabat, teruskanlah perjuangan yang suci ini.

UMNO saman Malaysiakini terbit artikel berunsur fitnah

Kuala Lumpur: UMNO dan Presidennya mengemukakan notis tuntutan saman terhadap portal berita, Malaysiakini, berikutan penerbitan artikel berunsur fitnah yang bertajuk ‘A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu’, kelmarin.

Penguambela dan Penguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mewakili UMNO berkata, notis tuntutan saman itu dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini di Bangsar Utama, petang kelmarin.

Menunjukkan niat jahat

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anak guam kami dan telah diterbitkan di laman web itu bertarikh 14 Mei 2014 barubaru ini.

“Pada awalnya wakil daripada portal berita itu berkeras tidak mahu menerima notis berkenaan, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” kata syarikat guaman berkenaan.

Notis tuntutan itu antara lain meminta Malaysiakini membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akan mengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, menyediakan aku janji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anak guam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu berkenaan terhadap Malaysiakini,” katanya.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan juga Ketua Editor, Steven Gan.

Friday, May 16, 2014

Lelaki rogol wanita hamil minta maaf.

Lelaki rogol wanita  hamil minta maaf
Bachok: Seorang wanita yang mengandung tujuh bulan dirogol lima lelaki bergilir-gilir di sebuah sawah padi di Kampung Kuau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan ke rumah rakan perempuannya di Kampung Tangok, sebelum keluar membonceng motosikal bersama adik perempuan rakannya bagi membeli makanan.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun, mengandung anak kedua manakala suaminya bekerja di Kuala Lumpur.

Bonceng motosikal

Katanya, mangsa mendakwa dia dan adik rakannya sedang membonceng motosikal sebelum didatangi kekasih adik rakannya bersama dua lelaki.

“Adik rakan mangsa dipaksa membonceng motosikal bersama teman lelakinya, manakala mangsa dipaksa mengikuti dua lelaki itu ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi Kampung Kuau,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok, di sini.

Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan bersama dua lelaki itu dan cuba mahu menelefon seseorang untuk mengambilnya.

Abdul Hamid berkata, berang dengan tindakan mangsa, seorang daripada lelaki itu menelefon tiga lagi rakannya dan mereka merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Suspek mohon maaf

“Mangsa kemudian dihantar ke rumah rakannya di Tangok oleh seorang suspek jam 4.30 pagi, malah suspek dikatakan sempat meminta maaf kepada mangsa,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Tawang.

Katanya, polis kini sedang mengesan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sunday, May 11, 2014

Terkini: 10 Tip panduan untuk menjadi ibu bapa yang baik.

Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Thursday, May 8, 2014

Mengapa Perlu tentang HUDUD?

1) Artikel 11 perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan Malaysia.

2) Artikel 160 perlembagaan menyatakan bahawa Melayu itu beragama Islam, fasih berbahasa Melayu dan mengamalkan adat orang Melayu.

3) Artikel 153 perlembagaan menyatakan perkara berkaitan hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

4) Hudud adalah salah satu hukum yg terkandung dalam bab Jinayat dalam Islam.

5) Sebagai orang Melayu dan Muslim, perkara berkaitan dgn Islam adalah HAK orang Melayu yang kerajaan mesti pertimbangkan dan beri keutamaan sebagaimana akta 11, 153 dan 160 dalam perlembagaan Malaysia.

6) Maka bab hudud dan perlaksanaannya adalah suatu hak orang Melayu.

7) Kerajaan perlu beri kebenaran dan cari jalan untuk laksana Hudud bagi menunaikan hak kepada Melayu atau Muslim di Malaysia.

8) Kaedah untuk mendesak kerajaan bagi melaksana hudud adalah melalui penuntutan hak, dan bukan kaedah meminta.

Maka, kami yang mewakili NGO-NGO berbasis Islam dan Melayu serta rakyat Malaysia, menggesa, meminta dan mendesak setiap Ahli Parlimen yang berbangsa Melayu-Islam tanpa mengira kecenderungan, kepentingan dan keberpihakan agar mengambil langkah berani, tegas dan tanpa berbelah bahagi untuk menyokongan sepenuhnya Deraf Pelaksanaan Hudud Kerajaan Negeri Kelantan yang akan dibentangkan di Parlimen oleh wakil daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Kami juga meminta supaya Kerajaan Negeri Kelantan dijadikan sebagai perga sandaran atau role model terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan hukum-hukum Hudud di negara ini dan mengesa supaya hudud dijadikan undang-undang dasar negara Malaysia.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat