TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, April 3, 2013

Berita Gempar di Kelantan Nik Aziz menangis lagi.

Kerana terlalu taksub berpolitik Ularmak ini menangis kononnya di Fitnah. Haram jadah Pko Nik ni yearkk.

Gambar sekadar hiasan.

Kononnya dia menangis dah taubuat. Aku punya pandangan sebenarnya dia menangis kerana PAS di kelantan PASti berkubur. Apa yang aku tahu perpecahan dalaman PAS sudah semangkin parah. Jadi kita tunggu dan lihat pendedahan demi pendedahan akan aku bongkar. Nantikan tidak lama lagi.

Aku nak beritahu pada kawan-kawan semua Persatuan Guru-guru Kelantan seramai 22 ribu orang akan balik ke Kelantan akan menyokong Tok Pah. Ambik ko Nik Jis. Satu lagi Ulama Pondok Kelantan juga telah menyatakan pendiriannya menolak PAS kerana menyesatkan orang Islam. Ulama Pondok Kelantan juga menyatakan menyokong dan mengundi PAS Haram. Mereka tidak memperjuangkan Islam.

Berfikirlah ya sebelum mengundi !!!!


PAS Anak bapak memang cilaka.

Sahabat !!! Aku menentang PAS bukan kerana namanya PAS, Kerana ia memperjuangkan Politik menyesatkan orang Islam.

Gambar hiasan.


Bapaknya sesat kerana kononnya dulu UMNO berkawan dengan MCA, MIC. Dengan mulut longkangnya mengatakan UMNO sesat.  Sekarang PAS sendiri berkawan dengan DAP, PKR, apa kejadahnya tidak ke itu menyesatkan PAS sendiri. Bak kata pepatah paku dulang paku serepih, mengata orang dia yang lebih.

Apa yang aku tak puas hati lagi adalah kenyataan bapak dia, bukan setakat DAP nak tolong, Syaitan nak tolong pun dia terima. Haram Jadah betul Nik Aziz. Kita sebagai orang Islam dilarang meminta pertolongan selain Allah. Jatuh Syirik kerana menduakan Allah. Syaitan itu musuh orang Islam. Sekadar peringatan kepada sesiapa yang mahu berfikir !!!!

Klik Sini Apa kata Anak Beranak Menyesatkan !!!


Psstttt....Nak tanya ko Orang boleh percaya ke Anak Nik Aziz bercakap kepada Allah dan Allah mengarahkan PAS merampas Puterajaya dari UMNO.

PAS = Parti Ajaran Sesat !!!


Anuwar Akui Kesilapan Isu Kalimah Allah.


Nauzubillahiminzalik, Astaghfirullahaladzim
Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..
Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..
Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..
Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.
 
 
 

 
 
 
 

 

Politik Malaysia PRU 13 Rahsia Kubur besar terbongkar di Johor.

PRU 13 : Pertarungan Antara 2 Tan Sri di Parlimen Johor Bahru

 jen

Malam tadi, Anwar Ibrahim telah mengumumkan calon-calon untuk kerusi-kerusi Parlimen Johor Bahru, Parlimen Muar, Parlimen Tebrau dan Parlimen Batu Pahat. Sememangnya aku menunggu-nunggu pengumuman ini, kerana aku ini anak jati Johor atau lebih tepat Johor Bahru.

Namun nampaknya Pakatan cuba ulangi kesilapan BN pada 2008. Dimana banyak calon payung terjun yang diketengahkan. Calon payung terjun bermaksud, calon yang bukan datangnya dari kawasan tersebut dan menjadi calon hanya kerana kepopularitian diri. Contoh, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah yang sebelum ni tak pernah ambil tahu tentang orang Gelang Patah.

Mengapa aku katakan calon Payung Terjun. Ayuh kita bermula dengan Parlimen Johor Bahru dahulu.
Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Bahru pada PRU 13. Tan Sri Hashim hanya menyertai PKR pada 6 Mac lalu tetapi sudah berjaya mengenepikan Tan Poh Lai (Ketua Cabang PKR Johor Bahru). Aku pasti akan timbul rasa tidak puas hati dari pihak Tan yang selama ini bekerja keras di Johor Bahru. Pasti juga rakyat Johor jauh lebih rela memilih semula Tan Sri Sharir dari memilih calon yang ntah mana datangnya seperti Tan Sri Hashim.

Seterusnya di Kerusi Parlimen Batu Pahat. Datuk Idris Jauzi, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki, selain aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Selaln itu beliau adalah Bekas Timbalan Ketua Pengarah BTN. Di Batu Pahat, ahli PKR sudah melobi Syed Hamid Ali (Ketua Cabang PKR Batu Pahat) sebagai calon mereka, tapi nampaknya Anwar Ibrahim lebih memilih kawan lamanya dari ABIM untuk mengenepikan Syed Hamid. Sepertimana beliau memilih kawan lamanya Datuk Fauzi untuk mengenepikan YB Azan di kerusi Parlimen Indera Mahkota Pahang. Sekali lagi, pasti penyokong Syed Hamid akan kecewa dengan keputusan ini.

Di Muar & Tebrau, calon yang dipilih kelihatan lebih baik berbanding di JB dan BP..Seorang pemuda lulusan London Institute of Public Relations, Mohd Hizwan Ahmad telah dipilih sebagai calon Parlimen Muar dan Steven Chong Siaw, seorang akauntan bertauliah dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) akan bertanding di Parlimen Tebrau.

Sekiranya BN mengekalkan calon sedia ada. Berikut adalah pertembungan di 4 kerusi Parlimen tersebut:

Parlimen Muar: Datuk Razali Ibrahim vs Hizwan Ahmad
(2008 - Datuk Razali menang majoriti 4,661)

Parlimen Tebrau : Datuk Teng Boon Soon vs Steven Chong
(2008 - Datuk Teng menang majoriti 14,658)

Parlimen Batu Pahat : Datuk Dr Puad Zarkashi vs Datuk Idris Jauzi
(2008 - Datuk Puad menang majoriti 12,704)

Parlimen Johor Bahru : Tan Sri Sharir Samad vs Tan Sri Md Hashim Hussein
(2008 - Tan Sri Sharir menang majoriti 25,349)

Aku masih menanti calon dari PR untuk Parlimen Pasir Gudang. Kalau ikut gerak kerja, Pemangku Pengerusi PKR Johor Dr Faidhi adalah calonnya. Namun ada desas desus Anwar mahu bawa sorang lagi bekas tentera bersara berjawatan Leftenan yang baru sertai PKR untuk bertanding disitu. Sama-sama kita nantikan.

Sungguh calon payung terjun ini adalah antara faktor goyahnya BN pada 2008. Ini kerana calon payung terjun ini akan membuatkan ahli akar umbi kawasan tersebut marah, kecewa dan cenderung untuk boikot. Semoga Anwar sedar bahawa mencalonkan kawan-kawannya ini akan menjadi penyumbang kepada pemberontakan dalaman parti ketika PRU-13 nanti. kepada calon BN, terus konsisten hingga ke penghujung. Kekal positif dan opitimis dalam misi 2/3 & Wawasan 2020. ~

Tuesday, April 2, 2013

Pembubaran Parlimen.

Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi”

Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. Tempoh 60 hari adakan PRU-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.

Sunday, March 31, 2013

Berita Panas Malaysia membongkar diri.


Ditujukan khas kepada semua ahli2 dan penyokong Pas"Bekas ahli Pas seumur hidup,Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena C.N.Afgani berhasrat utk bertemu dan memohon maaf kpd Tun Mahathir krn pernah merancang utk membunuh bekas PM,Tun M pd 1988.

Rancangan utk melakukan pembunuhan tersebut timbul krn terpengaruh dgn Amanat Haji Hadi yg menyatakan bahawa UMNO kafir.


"Pd ketika itu,saya menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap.Rancangan ini terbit krn kami mahu melaksanakan negara Islam dgn mudah,cara pilihan raya lambat dan kami tidak blh menunggu lagi"."Selain Tun M,kami juga mempunyai senarai nama Menteri Kabinet utk dibunuh.


Bagi menggantikan kerajaan BN,kami sudah ada Kabinet bayangan.Kami mahu AJK Pas Pusat (pd waktu itu) Haji Hadi menjadi PM".Bagaimanapun rancangan ini gagal selepas dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan2 saya ditangkap.


Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat utk bertemu dgn Tun M utk memohon maaf...Hari ini,Pas tidak lagi memperjuangkan Islam,malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dgn DAP dan PKR.


Jika dahulu Pas ingin menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud tetapi hari ini semua perkara itu sudah tiada.Ini jelas krn pd Jan 2003,Haji Hadi menyebut,oleh krn kerjasama dgn barisan alternatif terhalang,maka Pas melakukan pengorbanan besar dgn menggugurkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.Malah pd tahun 2009,Haji Hadi bersama Wan Azizah dan Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian utk tidak melaksanakan hudud dan negara Islam.


"Jadi,jika pemimpin Pas pergi kesetiap cawangan dan menyatakan mereka akan melaksanakan dua perkara tersebut,itu adalah pembohongan yg besar krn mereka sudah ada perjanjian,contohnya bila ada pemimpin Pas menyebut kembali tentang negara Islam dan hudud,Lim Guan Eng kata lihat kembali kpd perjanjian"


"Menurut Zainon Ismail,UMNO walaupun 'batang tubuhnya' tidak menyatakan Islam tetapi tidak pernah nenandatangani perjanjian seperti itu,malah UMNO melaksanakan Islam.Umat Islam wajib mempertahankan kerajaan BN pd pilihan raya akan dtg demi agama dan negara...!!

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat