TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, October 21, 2015

REJIMEN GERAK KHAS SAMBUT JUBLI EMAS.

Rejimen Gerak Khas ( RGK ) di tubuhkan sejak 1965.

Sempena menyambut Jubli Emas 50 Tahun RGK satu perbarisan khas telah diadakan di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, Mersing. Pada 25 Ogos 2015.

Perbarisan ini disempurnakan oleh Sultan Johor merangkap Kolonel Komandan Gerak Khas. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Kejayaan 21 GGK dalam pelbagai misi termasuk di Bosnia dan Somalia yang mendapat pengiktirafan pelbagai negara.

Menjadikan sebuah pasukan yang digeruni lawan dan disegani kawan.

Tuesday, October 20, 2015

Indonesia membeli Jet Pejuang Su-35!!!

Indonesia meneruskan rancangan pembelian Jet Pejuang SU-35 bagi mengantikan satu skudron F-5 TNIA-AU.

Kesemua pesawat yang dibeli adalah baru dan lengkap bersenjata.

Pembelian SU-35 akan dilakukan secara berperingkat dan bergantung dengan kapasiti perbelanjaan kerajaan republik itu.

Sebanyak 8 buah pesawat akan diperolehi pada peringkat pembelian. Harga semasa sebuah jet pejuang Suķhoi SU-35 kira-kira USS 65 juta.

Monday, October 19, 2015

Anggota IS curi data AS ditangkap di Malaysia.

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Lelaki warga asing yang ditangkap Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman berhubung pembabitannya dalam kumpulan pengganas Negara Islam (IS), bulan lalu dikesan telah menghantar lebih 1,000 data serta maklumat peribadi (PII) anggota keselamatan Amerika Syarikat (AS) kepada IS untuk tujuan serangan keganasan di negara terbabit.

Perkara itu didedahkan dalam satu kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa, Ardit Ferizi, warganegara Kosovo telah membantu IS dengan menggodam pangkalan data pasukan keselamatan negara itu.

Sambil merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan Malaysia, jabatan itu turut mendedahkan suspek yang menggelar diri sebagai ‘Th3Dir3ctorY’ dalam dunia hackers dipercayai telah menggodam sistem komputer sebuah syarikat yang berpusat di AS dan mencuri beribu-ribu PII milik individu tertentu.

Ferizi yang merupakan ketua kumpulan penggodam Kosovo, Kosovo Hacker’s Security (KHS) dikesan telah menyalurkan maklumat berkenaan kepada salah seorang anggota IS, Junaid Hussain atau dikenali sebagai Abu Hussain al-Britani.

“Pada 11 Ogos lalu, Hussain melalui Bahagian Penggodaman IS (ISHD) telah memuat naik status bertulis NEW: U.S. Military AND Government HACKED by the Islamic State Hacking Division! termasuk pautan kepada dokumen 30 muka surat.

“Kandungan dokumen itu antara lain menyebut tentang ugutan berbunyi ‘kami berada dalam e-mel dan sistem komputer, memantau dan merakam setiap pergerakan kamu. Kami mempunyai nama dan alamat kamu. Kami ada dalam e-mel dan akaun media sosial kamu. Kami menyalurkan maklumat peribadi dan data sulit kamu kepada tentera khalifah yang kemudiannya akan mendapat kebenaran dari Allah untuk menyerang kamu di tanah kamu sendiri.

“Dalam 27 muka surat, dokumen itu mengandungi nama, alamat e-mel, kata laluan e-mel, lokasi dan nombor telefon seramai 1,351 anggota tentera AS termasuk kakitangan kerajaan lain,” kata kenyataan itu menerusi laman web rasmi www.justice.go semalam.

Jabatan Kehakiman memberitahu, penyebaran dokumen itu dipercayai bertujuan membolehkan serangan keganasan dilakukan terhadap individu yang didedahkan oleh penyokong IS di negara terbabit atau di tempat lain.

Utusan Malaysia hari ini me­laporkan, seorang pemuda berusia 20 tahun yang ditugaskan untuk menggodam pangkalan data pasukan keselamatan AS berjaya ditahan polis di ibu negara pada 15 September lalu.

Suspek difahamkan merupakan penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara dalam bidang Sains Komputer dan Komputer Forensik.

Dalam perkembangan sama, Penolong Ketua Peguam Negara, Jabatan Keselamatan Negara AS, John P. Carlin memberitahu, kes tersebut adalah yang pertama kali berlaku dan pihaknya akan ber­usaha memastikan Ferizi dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

“Ardit Ferizi adalah seorang penggodam keganasan yang menyediakan maklumat kepada IS dengan mencuri maklumat peri­badi milik anggota keselamatan AS dan kakitangan kerajaan yang kemudian akan digunakan untuk tujuan serangan keganasan.

“Kita tidak berkompromi dengan aktiviti pencerobohan komputer dan Ferizi akan didakwa kerana memperoleh maklumat peribadi milik tentera AS dan kakitangan kerajaan lalu menyalurkan kepada IS. Kami akan menyiasat dan menghukum penyerang siber ini dengan undang-undang yang ada,” katannya.

Carlin mengumumkan, pendakwaan itu akan dijalankan bersama Pejabat Peguam Negara Wilayah Virginia Timur, Dana J. Boente dan Penolong Pengarah Operasi Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

“Kerajaan AS juga akan memohon ekstradisi terhadap suspek untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Saturday, October 10, 2015

Peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja amat penting.

Sekiranya pihak Eksekutif berasa tidak senang dengan Yang di-Pertuan Agong, pihak Eksekutif tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana Yang di-Pertuan Agong dilantik Majlis Raja-raja.

Jadi tiada mana-mana badan mempunyai kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan baik Eksekutif, Legislatif atau Kehakiman.

Peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja jelas amat penting untuk mengimbangi kuasa Eksekutif dan memastikan sebarang tindakan eksekutif yang pada hemat Majlis Raja-raja menerusi Yang di-Pertuan Agong yang dilantik Majlis Raja-raja akan dinilai samada berterusan mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat atau tidak.

Pindaan Perlembagaan yang mengambil sedikit kuasa Raja-raja Melayu semasa krisis Perlembagaan tidak langsung menjejaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja untuk tetap terus mengimbangi kuasa Eksekutif.

Disebabkan itu juga lafaz sumpah menjadi perdana menteri dan menteri-menteri Persekutuan adalah lafaz sumpah yang amat berat seperti yang kita bincangkan sebelum ini, di mana jika gagal berlaku jujur kepada Yang di-Pertuan Agong.

Friday, October 9, 2015

Bank Negara Malaysia (BNM) membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) untuk pelaburan di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu menyatakan ia turut meminta 1MDB untuk membawa balik jumlah wang ke Malaysia dan mengemukakan kepada BNM perancangannya berkaitan perkara itu.

Di bawah siasatannya, BNM merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negara adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki BNM semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.

"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. BNM menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA," menurutnya.

Sebagai hasil daripada siasatan, BNM menyatakan ia mencadangkan Peguam Negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB di atas kesalahan di bawah ECA.

"Perlu diketahui bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada Peguam Negara," menurutnya.

BNM menyatakan ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

- BERNAMA

Macamana nak tegur orang, Nak Jaga hati Orang?

"Ustaz, macamana kita nak tegur orang supaya dia tak terasa??"

Saya jawab:

"Cara untuk tegur orang supaya dia tak terasa ialah JANGAN TEGUR dia..."

1) Hari ni ramai orang, di sebabkan nak sangat jaga hati orang yang buat maksiat dan dosa, sehingga dia TAKUT nak tegur orang tersebut, sebab takut dia terasa.

Lalu, kita pun tak tegur dan biarkan orang tu berterusan dengan dosa.

2) FITRAH bila di tegur ialah kita akan terasa. Dan, terasa itu tanda hati hidup!

3) Nabi muhammad dakwah kaum quraisy, ramai kot yang terasa. Abu jahal mengamuk, Abu Lahab stress dan tak puas hati, Abu sufian berang, sampai depa nak bunuh nabi!

Nabi Nuh dakwah kaum dia, 950 tahun, tapi kaum dia terasa, dan tak terima! Setiap kali nabi Nuh dakwah dan tegur mereka, mereka akan lari, tutup baju dengan muka, tutup telinga dengan jari, dan mengejek nabi Nuh.

Nabi Ibrahim di campak ke dalam api.

Nabi Zakaria di gergaji.

Nabi Isa di kejar untuk di bunuh.

Nabi Musa di buru oleh Firaun.

So, kalau nabi-nabi pun dakwah sampai orang terasa, siapa kita untuk nak dakwah supaya orang tak terasa?

Kerana, memang fitrah bila di tegur, kita akan terasa!

4) Cuma, Allah sebut dalam quran, ada beberapa sifat orang yang di tegur:

ORANG BERIMAN: Bila di tegur, dia akan mendapat manfaat. Ye, dia terasa bila di tegur. Namun, egonya rendah, dan dia menerima teguran dan memperbaikinya.
(Azzariat)

ORANG KAFIR: Bila di tegur, dia takkan berubah. Bila tak di tegurpun dia tak berubah.
(Albaqorah)

So, kalau kita beriman, bila kita terasa dengan teguran, kita akan amalkannya. Bukan menentang.

Bayangkan, agak-agaknya, kalau kita hidup zaman nabi, adakah kita akan mengikut nabi ataupun kita jadi penentang nabi?

MTMR percaya dunia akhir zaman. Manusia dah tak ada hati simpati. Bukan semualah.

Akhirat adalah tempat yang kekal untuk selama-lamanya.

Thursday, October 8, 2015

LAPORKAN TITAH MAJLIS RAJA-RAJA KE ATAS SKANDAL 1MDB

Adalah amat memalukan bilamana media luar, malah media Amerika dapat laporkan isi penting titah Raja-Raja Melayu melalui institusi tertua di Tanah Air ini iaitu Darbar atau Majlis Raja-Raja berhubung skandal 1MDB.

Media kawalan UMNO seperti Utusan Melayu tidak meletakkan titah tersebut di muka hadapan.

Sekarang satu dunia tahu Raja-Raja Melayu telah persoalkan ketelusan siasatan 1MDB. Mempertahankan auta 1MDB adalah satu penderhakaan ke atas Raja-Raja Melayu.

Adakah Ketua Bahagian UMNO masih taat kepada Raja-Raja Melayu dalam hal 1MDB?

Dalam laporan NYT ada dua butiran penting:

1-KES WANG PENCEN KWAP

NYT telah berhubung dengan SPRM bertanyakan kes wang pencen KWAP (~RM 27 juta) yang telah disalurkan melalui anak syarikat 1MDB iaitu SRC International (kini di bawah MOF Inc.) yang digunakan untuk kegiatan kebajikan dan juga dimasukkan ke dalam akaun peribadi DS Najib Razak.

Pegawai komunikasi SPRM l, Datuk Rohaizad menjelaskan kes ini masih dalam siasatan dan mereka perlukan saksi utama iaitu Nik Faisal Arif Kamil yang ada kuasa mengurus selia keluar masuk duit ke akaun peribadi DS Najib. Nik Faisal juga salah seorang pengarah SRC.

SPRM tegaskan mereka sudah ada semua dokumen penting yang membolehkan siasatan di bawa ke muka pengadilaj tapi saksi utama hilang. Kehilangan saksi ini teah dibangkitkan oleh mantan Timbalan Pengarah Unit Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador yang mengatakan terdapat "tangan ghaib" (yang lakukan pemindahan ke atas pegawai SPRM seperti Datuk Bahri ke JPM) yang melindungi saksi-saksi penting kes wang pencen KWAP antaranya saksi Jho Low dan Datuk Suboh Yassin. Datuk Hamid dahulu pernah maklumkan bahawa saksi yang disorok ini ada di Indonesia dan New Zealand.

2-PENDERMA RM 2.6 BILION

Kalau di Malaysia, Sarawak Report dikalangan jaguh yang pertahankan 1MDB dianggap pemfitnah besar. Tapi bagi Akhbar no.1 Amerika, The New York Times, siasatan Sarawak Report ada nilai. Oleh itu mereka memetik laporan Sarawak Report bahawa penderma yang dikatakan bernama Saud Abdul Majid al-Saud adalah orang kaya Arab yang dongeng; tidak wujud. Sarawak Report telah meneliti dokumen yang menjadi bukti butiran "penderma" RM 2.6 Bilion yang terdapat di AmBank dan buat semakan dalam keluarga diraja Arab Saudi: sah tidak wujud nama tersebut.

KESIMPULAN

Majlis Raja-Raja telah diberi penerangan panjang lebar dan para baginda Sultan faham konspirasi menutup siasatan yang adil dan telus telah menganiayai banyak pihak.

Majlis Raja-Raja ada kuasa melantik (juga memecat) melalui wakil mereka iaitu Yang Dipertuan Agong:

1- Perdana Menteri
2- Panglima Angkatan Tentera
3- Inspektor General Polis
4- Ketua Setiausaha Negara
5- Peguam Negara

Raja-Raja Melayu tidak sama dengan Constitutional Monarchy Inggeris. Istilah "advise" atau nasihat tidak sama kerana Raja-Raja Melayu tidak pernah lucut kedaulatan seperti Charles I ketika zaman "Restoration" yang menatijahkan "rump parliament" dan apa yang dikatakan sebagai "raja berpelembagaan".  Raja-Raja Melayu tidak pernah lalui proses yang sama dengan raja Inggeris.

Raja-Raja Melayu adalah "monarchical constitution" yang berasaskan "unwritten constitution" iaitu taat para baginda yang utama pada Allah dan Rasul.

Maka tindakan Majlis Raja-Raja bertitah ke atas skandal 1MDB adalah bukan saja sah disisi undang-undang Anglo-Saxoj yang diwariskan oleh British kepada kita tetapi juga menjunjung semangat Shari'ah yang Allah dan Rasul tetapkan.

Daulat Tuanku!

Rujuk: http://www.nytimes.com/2015/10/08/world/asia/malaysia-sultans-najib-razak-1mdb-corruption.html?smid=fb-nytimes&smtyp=cur

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat