Thursday, March 5, 2015
Terkini: Hapuskan Cukai Jalan Kereta Persendirian.
Memandangkan AP pun dah tak ada bermakna kereta luar negara akan jadi murah.
Kereta tempatan kalau tak murah siapa nak pakai-pakailah, kalau nak jual mahal.
Cukai Motosikal dah lama di hapuskan. Harap PM @NajibRazak boleh mansuhkan cukai jalan untuk kereta persendirian bagi membantu rakyat.
Alasan adalah banyak sangat rakyat nak bayar. Cukai pintu, Cukai Jamban.
Ikut lebuhraya sana-sini tol. Jangan ada pulak yang bangang cakap kalau tak bayar tol ikut jalan lama?
Wednesday, March 4, 2015
Terkini: Samsung S6 membuat pembayaran mudah alih tanpa aksesori tambahan.
Tuesday, March 3, 2015
Monday, March 2, 2015
Sebuah kapal persiaran karam di laut.
Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?
Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.
Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.
Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"
Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"
Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"
Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"
Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."
Cikgu kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."
Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.
Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.
Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.
Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."
Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.
Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.
Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.
Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.
Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.
Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."
Sunday, March 1, 2015
Rakyat Johor bertuah mempunyai MB dan Ahli Parlimen yang peka kepada permasalaahan rakyat.
Pasir Gudang: Ahli Parlimen dan Menteri Besar Johor sependapat tidak memimggirkan masyarakat kampung bandar dalam memajukan negeri Johor.
Ahli Parlimen Pasir Gudang YB Hajah Normala menyokong pelan tindakkan Menteri Besar Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin dalam memberi peluang rakyat negeri Johor memiliki rumah mampu milik.
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
-
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.12 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam12 years ago
-
-
-
Bersolatlah.12 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

