TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, October 25, 2013

Malaysia Transformasi kerajaan diterus.

Agenda transformasi kerajaan diterus: PM

Najib menunjukkan dokumen ‘Rahsia Besar’ ketika meninjau operasi persiapan terakhir Bajet 2014 di Kementerian Kewangan, di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) dan warga kerja kementerian. - Foto BERNAMA

Bajet 2014 pastikan ekonomi terus berdaya tahan

Datuk Seri Najib Razak berkata, ekonomi Malaysia mesti terus berdaya tahan bagi menyediakan asas untuk pertumbuhan dan kemakmuran masa depan.

Sehubungan pembentangan Bajet 2014 hari ini, Perdana Menteri menekankan pentingnya agenda transformasi kerajaan diteruskan.

Kerajaan, katanya, mesti memenuhi janjinya kepada rakyat dan mengelak melaksanakan langkah bersifat populis yang boleh menggugat kestabilan ekonomi.

Terkini : Iran henti program uranium setelah capai 20 %

Iran henti program pengayaan uranium


Dubai: Iran sudah menghentikan sementara program pengayaan uranium sehingga 20 peratus kerana ia mempunyai cukup simpanan selain memenuhi satu tuntutan utama kuasa dunia dalam rundingan berhubung program nuklear Tehran, kata seorang ahli parlimen kanan negara itu.

Johor : Kastam Tahan Rakyat India Rampas Dadah.

Jabatan Kastam Johor menahan dua lelaki warganegara India dan merampas 3.3 kilogram dadah bernilai kira-kira RM600,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, dekat sini.

MUTAKHIR : Batal lesen Syarikat Keselamatan Kes Tembak.


KDN batal lesen syarikat keselamatan kes rompakan, tembak mati pegawai bank.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat keselamatan yang kakitangannya terbabit dalam insiden rompakan membabitkan sebuah bank di Subang Jaya semalam sehingga mengakibatkan seorang pegawai bank itu mati ditembak.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN, Datuk Alwi Ibrahim, berkata lesen syarikat keselamatan terbabit dibatalkan kerana melanggar beberapa syarat ditetapkan. "Ini termasuk tidak mengadakan tapisan keselamatan terhadap anggota, selain melanggar beberapa syarat lain yang ditetapkan di bawah Akta Agensi Pengendalian 1971," katanya pada sidang media di KDN di sini sebentar tadi.

Sumber:BH

Mutakhir : Allah yang Esa !!!


Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.

"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.

Itu yang di perhujahkan oleh Dr Maza dan bagaimana dengan Zulkifli Nordin membalas hujah dari persoalan yang dibangkitkan Dr Maza. Harap-harap anda mampu bersabar mentelaah hujah dibawah.


Salam 2 all.


Rupanya masih ada lagi dikalangan mereka yang mengaku Islam diluar sana yang menjadi keliru dan beku dalam isu kalimah ALLAH. Pelbagai persoalan dilontarkan sehingga ada yang melakukan syirik tanpa menyedarinya. Lebih parah ada yang menjadi kufur tanpa sedar.

Membongkar wajah sebenar DAP?

 
Banyak tindakan cetus kebencian ahli sendiri, kemarahan perkauman

Ada perkataan 'tindakan' dan 'demokratik' pada nama DAP. Tapi melihat kepada apa yang berlaku dan tindak-tanduk pemimpinnya, jelas ia parti yang tidak demokratik. Banyak tindakan DAP bukan saja tidak betul, tidak adil dan melanggar perlembagaannya sendiri, malah sering mencetuskan kebencian dan kemarahan perkauman.

PRK Sungai Limau: Bukti Kebongkakan Dinasti Lim

Penduduk Sungai Limau, Kedah bakal memilih ADUN baru selepas 18 tahun berada di bawah kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. Kawasan yang telah menjadi sinonim dengan Tan Sri Azizan itu pastinya menghadapi sedikit rasa kekok untuk diwakili oleh orang lain apatah lagi apabila beliau baru sahaja ‘pergi’. Tan Sri Azizan seolah-olah telah sebat...i dengan rakyat kawasan ini dan tentunya sukar dicari ganti.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat