TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 9, 2013

Riyadh usir 2 juta pekerja haram

Riyadh usir 2 juta pekerja haram  
Sekumpulan pekerja asing di tapak pembinaan di Arab Saudi.
Jeddah: Arab Saudi memulakan langkah mengusir secara paksa kira-kira dua juta pekerja asing dari Habsyah, Somalia, India, Pakistan dan Bangladesh, yang merangkumi satu pertiga daripada 30 juta penduduk negara itu.

Riyadh mempertahan langkah itu kerana pekerja asing tanpa izin ada masa berbulan-bulan mengesahkan status mereka.

Program baru buruh

Tindakan keras ke atas pendatang tanpa izin Afrika dan Asia bertujuan melengkapkan program baru pasaran buruh kerajaan dikenali sebagai ‘nitaqat’ atau had dalam bahasa Arab.

Menggantikan kegagalan sistem pada 1994, nitaqat mengenakan denda dan insentif ke atas majikan yang gagal mengupah pekerja rakyat tempatan pada kadar ditetapkan.

Langkah mengurangkan kebanjiran buruh asing murah, Arab Saudi berharap dapat menggalakkan majikan sektor swasta mengupah lebih ramai rakyat tempatan.

Tetapi, tindakan itu mencetuskan ketegangan di antara Riyadh dan negara di timur Afrika dan Asia Tenggara yang secara tradisi membekalkan ramai pekerja gaji murah berdekad-dekad lalu.


Ramai penganggur muda

Habsyah, Yaman, Somalia dan beberapa negara lain bergelut menerima ribuan penganggur muda yang pulang hingga pegawai pembangunan bimbang kesan ke atas pengiriman wang.

Arab Saudi, yang berkongsi sempadan dengan Yaman, sudah lama merungut jirannya itu tidak cukup berusaha menghentikan pendatang tanpa izin, pengedar dadah, militan bersenjata atau anggota al-Qaeda daripada masuk ke negara itu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Jeneral Mansour al Turki, berkata bulan lalu Arab Saudi menahan 50,000 pendatang tanpa izin, kebanyakannya dari Yaman, Habsyah dan Somalia yang cuba melintas sempadan Yaman untuk ke negara itu. Ramai lagi berjaya berbuat demikian.

“Kami tidak sasar rakyat negara tertentu, kami hormat semua orang yang menjadi penduduk sah negara ini tetapi kami berdepan keadaan serius di sempadan dengan Yaman.

“Jika kami tidak beri petanda jelas jika bahawa mereka akan dihantar pulang, kami menggalakkan penyeludup di Afrika untuk terus membawa mereka ke sini,” katanya.

Sejak pengampunan berakhir awal November lalu, ratusan ribu pekerja asing haram diusir ke negara masing-masing, termasuk 150,000 warga India dan 200,000 rakyat Yaman. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat