TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 9, 2013

Kajian penambahbaikan sektor keselamatan dibentang tahun depan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan di Dewan Rakyat tahun depan kajian penambahbaikan sektor keselamatan termasuk menarik warga tempatan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kajian itu meliputi faktor insurans, unsur kebajikan dan kemudahan yang dapat diberikan kepada pengawal keselamatan warga tempatan yang disifatkan perlu dan bersesuaian dengan perubahan serta peredaran zaman.
 
"Perkara ini sudah banyak kali dibangkitkan di Dewan Rakyat. Kita sedang kaji selidik kesemua faktor ini dalam sudut kebolehan kementerian melaksanakannya.

"Kajian juga dibuat dari sudut perundangan yang mana turut diadakan perbincangan dengan unit keselamatan dalam kementerian untuk melihat undang-undang yang telah digubal pada 1971, kini tidak terkini (tidak relevan) untuk zaman ini. Zaman sudah berubah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata sehingga kini, seramai 233,023 warga tempatan dan 6,746 warga Nepal bekerja sebagai pengawal keselamatan di pelbagai syarikat keselamatan di seluruh negara.

Sementara itu, beliau berkata isu syarikat keselamatan mengambil pekerja asing tanpa izin sebagai pengawal keselamatan sedang dalam perhatian serius kementerian.

"Ada syarikat-syarikat keselamatan yang hanya kerana hendak untung besar, sanggup mengambil dan menggaji pendatang tanpa izin hingga elak membayar insurans, Perkeso, kebajikan dan tidak membayar gaji minimum RM900 seperti ditetapkan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat