TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 9, 2013

Minyak negara dijangka meningkat kerjasama Brunei.

Bandar Seri Begawan: Pengeluaran minyak negara dijangka meningkat menjelang akhir suku pertama tahun depan melalui program kerjasama dengan Brunei dalam aktiviti penerokaan beberapa blok baru di luar pesisir pantai negara itu berhampiran perairan Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perkembangan itu susulan kejayaan menyelesaikan isu blok minyak dan gas yang merentasi kawasan perairan kedua-dua negara berjiran ini.
 
"Rundingan Tahunan Ke-17 Pemimpin Malaysia & Brunei membuahkan kejayaan memberangsangkan, malah mampu membawa kesan ekonomi yang cukup signifikan kepada kedua-dua negara, terutama dalam konteks kerjasama penerokaan minyak dan gas.

"Dalam rundingan yang dijalankan, kita juga berjaya menyelesaikan pembahagian hasil minyak dan gas melalui kaedah atau modul yang dipersetujui kedua-dua pihak untuk kebaikan bersama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini sebelum berlepas pulang ke ibu negara tengah malam tadi menggunakan pesawat khas.

Terdahulu, Najib mengadakan pertemuan empat mata bersama Sultan Hassanal Bolkiah yang berlangsung lebih dua jam di Istana Nurul Iman, di sini.

Ia sebahagian daripada program penting sempena Rundingan Tahunan Ke-17 Pemimpin Malaysia & Brunei, khusus dalam mempertingkatkan hubungan dua hala antara dua negara bersahabat baik.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat