TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 9, 2013

Kerajaan Meluluskan kenaikan tarif 15 peratus TNB mulai 1 Januari tahun depan.

Satu kenaikan mendadak oleh indeks berwajaran tinggi, Tenaga Nasional Bhd (TNB) selepas kerajaan meluluskan kenaikan tarif 15 peratus mulai 1 Januari tahun depan menjadi pemangkin bulis yang mencetuskan kenaikan penanda aras Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (FBM KLCI).

Penanda aras itu mencatat rekod tertinggi minggu lalu, mengimbangi pasaran saham luaran yang lebih lemah ekoran kebimbangan terhadap jadual pengurangan pakej rangsangan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), dicetuskan data ekonomi yang lebih kukuh daripada jangkaan.


FBM KLCI menokok 14.23 mata lagi, atau 0.79 peratus minggu lalu untuk merekod penutupan tinggi pada paras 1,826.95, dengan kenaikan saham Tenaga sebanyak RM1.14, menyumbang sebanyak 12.7 mata kepada kenaikan indeks.

Purata jumlah dan nilai dagangan harian ialah 1.5 bilion saham dan RM1.8 bilion, berbanding purata masing-masing 1.57 bilion saham dan RM1.89 bilion pada minggu sebelumnya, tatkala kebanyakan saham mewah dan saham berharga rendah kekal dalam mod penyatuan jumlah rendah.

Pengumuman kenaikan tarif elektrik minggu lalu adalah keperitan jangka pendek yang setiap orang perlu hadapi demi kesejahteraan jangka panjang rakyat negara ini ekoran defisit bajet yang semakin buruk yang mana, jika dibiarkan boleh membawa kepada penurunan terhadap penarafan kredit negara kita.

Kini, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan wang yang dijimatkan hasil daripada rasionalisasi subsidi, digunakan terhadap usaha untuk meningkatkan pendapatan bagi mengangkat kesejahteraan setiap rakyat.

Langkah itu memberikan lonjakan pantas terhadap indeks untuk mencatat paras tertinggi 1,840, ekoran kenaikan harga saham TNB tetapi momentum itu tidak kekal berikutan minat terhadap pengambilan untung.

Walaupun berlaku penurunan semula harga saham, TNB mengekalkan potensi dengan permintaan elektrik dijangka meningkat kepada tiga peratus pada tahun kewangan 2015 daripada 2.4 peratus pada tahun kewangan 2014, bersandarkan pelaksanaan projek berkaitan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan peningkatan yang disaksikan dalam permintaan luaran.

Dengan asas kenaikan tarif dijangka menambah RM1 bilion lagi terhadap pendapatannya dan harga pasaran arang batu adalah kira-kira tujuh peratus lebih rendah daripada apa dinyatakan dalam tarif baru, pendapatan TNB seharusnya menjadi lebih baik.

Langkah awal pembaharuan sektor tenaga

Selain itu, oleh kerana ia adalah kali pertama kenaikan tarif selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), ia boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah pembaharuan sektor tenaga yang mana kita boleh menjangkakan lebih banyak inisiatif yang lebih berasaskan pasaran akan bermula pada tahun depan.

Ini termasuk tender terbuka untuk kapasiti penjanaan dan pengawal seliaan berasaskan insentif yang membolehkan TNB mendapatkan pulangan ke atas aset terkawal berdasarkan kos purata modalnya.

Ia juga termasuk kos bahan api melalui mekanisme yang membolehkan komponen ‘tarif tenaga’ untuk tarif elektrik yang akan diselaraskan setiap enam bulan bagi mencerminkan harga pasaran bahan api, terutama gas dan arang batu.

Walaupun penjimatan itu akan lebih terakru kepada PETRONAS dalam bentuk subsidi yang lebih rendah, kesan selepas pelaksanaan langkah itu seharusnya membolehkan Tenaga memperoleh lebih panduan terhadap pendapatan dan kawalan yang lebih baik ke atas aliran tunai.

Sebagai contoh, oleh kerana gas yang dibekalkan dari sumber dalam negeri masih berharga RM15.20, kira-kira 64 peratus lebih rendah daripada harga LNG yang diimport iaitu RM41.68 setiap mmbtu, tarif purata perlu meningkat sebanyak 23 peratus lagi (8.66 sen/kWj ) sekiranya harga gas domestik juga diliberalisasikan.

Bagi FBMKLCI, jangkaan semakin meningkat untuk momentum semasa kekal kerana dana akan melakukan aktiviti mencantikkan akaun tatkala menghampiri akhir tahun. Dengan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal kukuh, yang menyaksikan pelbagai aktiviti domestik dan pemulihan permintaan luar, disokong oleh pertumbuhan kukuh eksport sebanyak 9.6 peratus tahun ke tahun pada Oktober dan pemulihan yang dapat disaksikan dalam ekonomi terbesar di dunia, keyakinan sedang membina momentum semasa untuk melimpah ke awal tahun depan juga.

Bagaimanapun, angka gaji AS yang lebih baik daripada yang dijangka iaitu 203,000 dan kadar pengangguran yang jatuh ke tahap terendah dalam tempoh lima tahun iaitu sebanyak tujuh peratus pada November, boleh mencetuskan semula kebimbangan mengenai langkah pengurangan kuantitatif (QE) akan bertindak sebagai penyerap serta merta sehingga Fed bermesyuarat pada 17-18 Disember ini.

Indeks sentimen pengguna Thomson Reuters/University of Michigan awal Disember yang meningkat kepada 82.5, paras tertinggi dalam tempoh lima bulan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga (S3) AS sebanyak 3.6 peratus, iaitu lebih kukuh daripada yang dijangkakan, menambah lagi ketidaktentuan.

Julat indeks penanda aras saham mewah berkembang

Bagaimanapun, ruangan ini berpendapat bahawa Fed akan menahan diri daripada melakukan apa-apa pemotongan (QE) pada Disember dan menunggu lebih banyak data ekonomi meluas sebelum bertindak kerana S4 tertakluk kepada musim disebabkan permintaan untuk Krismas dan Tahun Baru.

Julat dagangan bagi indeks penanda aras saham mewah tempatan berkembang kepada 28.45 mata minggu lalu, berbanding berkisar pada 20.51 mata pada minggu sebelumnya, disebabkan kenaikan mendadak saham TNB yang menolak indeks ke paras tertinggi harian baru iaitu 1,840.

Saham mewah di Bursa Malaysia mengekalkan keuntungan pada Isnin, diterajui oleh PETRONAS Gas, Genting Bhd dan PPB Group, yang dirangsang oleh momentum mantap pertumbuhan pembuatan di China pada November yang meningkatkan harapan bagi pemulihan ekonomi di rantau ini.

KLCI naik 5.43 mata untuk ditutup pada paras tertinggi hari berkenaan iaitu 1,818.15, naik daripada paras rendah awal 1,811.67, tetapi kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 474 berbanding 284 dalam dagangan lemah yang berjumlah 1.26 bilion saham bernilai RM1.39 bilion.

Indeks berkenaan meningkat ke paras rekod tertinggi pada hari berikutnya, dirangsang oleh kenaikan mendadak ke atas saham TNB, selepas kerajaan membenarkan kenaikan tarif 15 peratus pada tahun depan, mengimbangi dagangan serantau yang lemah kerana kebimbangan Fed AS akan mengurangkan pakej rangsangan tidak lama lagi.

KLCI naik 6.14 mata

KLCI meningkat untuk mencatat rekod paras tertinggi tinggi pada 1,840.12 dan susut kepada 1,821.66 sebelum ditutup 6.14 mata lebih tinggi pada 1,824.29, sambil saham rugi mengatasi untung sebanyak 445-325 dalam dagangan sederhana berjumlah 1.24 bilion saham bernilai RM2.1 bilion.

Pasaran saham tempatan terjerumus ke dalam aktiviti pengambilan untung pada Rabu, apabila pelabur mengambil keuntungan selepas indeks mencapai rekod tertinggi Selasa, seiring dengan kebanyakan pasaran serantau yang dibelenggu oleh kebimbangan mengenai langkah pengurangan rangsangan oleh AS.

FBM KLCI susut 2.39 mata untuk ditutup pada 1,821.90, lebih rendah daripada paras rendah awal 1,819.96 dan paras tertinggi 1,828.46, tatkala saham rugi mengatasi untung dengan 394-347 dalam dagangan lebih perlahan berjumlah 1.19 bilion saham bernilai RM1.54 bilion.

Saham kekal dalam mod penyatuan pada hari berikutnya, terjejas oleh nada serantau yang lemah ekoran kebimbangan AS mungkin melaksanakan langkah pengurangan pakej rangsangan lebih awal dan menyebabkan kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran.

KLCI naik 2.96 mata kepada 1,824.86, lebih rendah daripada paras awal 1,820.63 dan tertinggi 1,826.42, sambil saham rugi mengatasi saham untung 385-339 dalam dagangan mendatar berjumlah 1.18 bilion saham bernilai RM1.81 bilion.

Pasaran meneruskan pengukuhan pada Jumaat, dengan kebanyakan pelabur memasuki pasaran menjelang pengumuman data pekerjaan AS bagi November sebagai petunjuk mengenai tempoh masa Fed AS akan memulakan langkah pengurangan pakej rangsangan.

Indeks itu menambah 2.09 mata untuk ditutup pada paras 1,826.95, lebih tinggi daripada paras rendah awal 1,822.33 dan paras tertinggi ialah 1,832.21, sambil kaunter untung mengatasi rugi iaitu 362-356 dalam dagangan tenang berjumlah 1.04 bilion saham bernilai RM1.62 bilion.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat