TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 9, 2013

NIBONG TEBAL: Anggota polis cedera

Seorang anggota polis cedera di leher dan menerima 21 jahitan selepas dikelar seorang lelaki yang ditahan dalam operasi berkaitan kesalahan dadah di sebuah rumah di Kampung Kepala Batas, Teluk Ipil di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, anggota yang berusia 31 tahun itu dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, baru selesai membuat serbuan di rumah berkenaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Mazlan Kesah berkata dalam serbuan itu pasukan polis berjaya menahan tujuh lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.

"Selepas serbuan dibuat, semua lelaki yang ditahan itu dibawa ke balai polis menggunakan dua kenderaan dengan mangsa bersama seorang lagi anggota membawa tiga OKT (orang kena tahan) yang digari menggunakan gari rantai.

"Dalam perjalanan tersebut, kenderaan yang dinaiki mangsa turut singgah di rumah salah seorang OKT yang terletak tidak jauh dari situ untuk membuat pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat