Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, December 9, 2013

Jenazah Tan Sri Mohamed Ngah Said selamat dikebumi

Jenazah Tan Sri Mohamed Ngah Said selamat dikebumi 
Tan Sri Mohamed Ngah Said
KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Jeneral (B) Tan Sri Mohamed Ngah Said selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Titiwangsa di sini, hari ini.


Jenazah Mohamed disemadikan kira-kira 10.30 pagi selepas disembahyangkan di Masjid Ibnu Sina, Jalan Ayer Keroh di sini.
Upacara pengebumian Allahyarham diberikan penghormatan penuh ketenteraan oleh kira-kira 100 pegawai dan anggota tentera.

Turut hadir Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.

Mohamed, 75, meninggal dunia di Hospital KPJ Tawakal di sini malam tadi akibat jangkitan kuman selepas dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu.

Allahyarham Mohamed meninggalkan isteri Puan Sri Kamariah Abdul Rahman, 72, dan enam anak berusia dari 20 hingga 49 tahun serta 10 cucu.

Beliau menyandang jawatan Panglima TUDM dari 29 Ogos 1983 sehingga 18 Mac 1990. Sementara itu, anak keempat Allahyarham, Iskandar Zulkarnain, 40, berkata arwah bapanya adalah seorang yang peramah dan bertanggungjawab.

"Ayah seorang yang tegas dalam kerjanya namun mudah mesra dengan anggotanya tanpa mengira pangkat," katanya kepada pemberita.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat