Bandar Seri Begawan: Hubungan Malaysia-Brunei berada pada landasan terbaik hingga membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk kemakmuran kedua-dua negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keakraban hubungan yang terjalin sejak 50 tahun lalu turut diterjemahkan melalui pembinaan Jambatan Persahabatan menghubungkan Limbang, di Sarawak dan Temburong, di Brunei yang dirasmikannya bersama Sultan Hassanal Bolkiah semalam.

Kerjasama semakin positif
“Hubungan Malaysia-Brunei ketika ini sangat baik dan sangat selesa... mereka jiran yang sangat bagus yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa diperlukan.
“Malaysia amat gembira dengan perkembangan ini. Dengan konteks kerjasama yang terjalin itu dilihat semakin positif mencakupi pelbagai aspek, khususnya ekonomi,” katanya.
Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di sini bagi menghadiri majlis perasmian jambatan baru itu. Ia sebahagian daripada program sempena lawatan kerjanya ke negara ini, selain Rundingan Tahunan Ke-17 Pemimpin Malaysia-Brunei.

Selain Najib, delegasi disertai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.
Selain Jambatan Persahabatan, beliau berkata, hubungan baik diterjemahkan melalui pemeteraian pertukaran dokumen (Exchange of Letters) pada 16 Mac 2009.
Ia merangkumi usaha penyelesaian isu persempadanan darat dan wilayah maritim kedua-dua negara, selain kerjasama komersial serta ekonomi, dengan penumpuan kepada industri petroleum.
Mengulas mengenai Jambatan Persahabatan yang mengakhiri era perkhidmatan feri di kawasan itu, Najib menjelaskan ia sebahagian komponen terpenting Lebuhraya Pan Borneo dalam mewujudkan rangkaian perhubungan darat yang efektif bagi Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Pembinaannya juga sebagai satu aspirasi dalam mendukung usaha pembentukan Komuniti Asean menjelang 2015, antara inisiatif yang dicapai dalam Sidang Kemuncak Asean 2013, pada Oktober lalu.
“Pembinaan jambatan bernilai RM21.9 juta yang kosnya ditanggung bersama oleh Malaysia dan Brunei, bukan hanya menyumbang kepada usaha pengukuhan hubungan kedua-dua negara, malah perlu dilihat dalam konteks lebih luas, termasuk usaha penubuhan Komuniti Asean,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.