Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, December 9, 2013

Polis Marin Semporna rampas 200kg ikan yang dibom

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas sebanyak 200 kilogram ikan pelbagai spesies bernilai kira-kira RM1,450 yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Perikanan Daerah di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohammad Madun berkata kesemua ikan itu dirampas dalam operasi yang diketuai Pemangku Pegawai Pemerintah Semporna ASP Mohd Aris Jambul kira-kira 8 pagi di Pasar Ikan Semporna.
 
"Semasa pemeriksaan dilakukan, kebanyakan peniaga dan pemilik ikan tersebut telah melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad berkata operasi dijalankan bagi memastikan ikan yang dipasarkan bukan hasil daripada penggunaan bahan letupan.

Beliau berharap orang ramai terutamanya yang tinggal di sekitar pantai memberi kerjasama untuk mencegah aktiviti pengeboman ikan di kawasan perairan Sabah.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat