Nay Pyi Taw: “Memang rasa sedikit gugup dan tertekan sebelum masuk gelanggang kerana saya diharapkan untuk pingat emas pertama Malaysia. Tapi selepas melakukan rutin satu minit 20 saat, tengok saja markah 9.70 mata, saya yakin akan dapat pingat emas.”
Itu kata-kata pemenang pingat emas sulung kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2013 Myanmar, Diana Bong Siong Lin selepas berjaya menjuarai acara nanquan wanita pada hari pertama saingan wushu di Stadium Tertutup Wunna Theikdi A, semalam.

Sasar 3 pingat
Ia pingat ke-998 Malaysia sepanjang sejarah Sukan SEA dan jika sasaran tiga pingat emas berjaya dilakukan skuad wushu negara, pingat ke-1,000 Malaysia bakal diperolehi daripada sukan itu.
Diana, 28, yang melakukan persembahan pada giliran keenam semalam berjaya mengatasi tujuh peserta lain dengan Minh Phuong Bui dari Vietnam meraih pingat perak (9.68 mata) manakala seorang lagi atlet Malaysia, Tai Cheau Xuen meraih pingat gangsa (9.67 mata).
Ditanya adakah cirit birit yang dialaminya sejak Rabu lalu mengganggu persembahannya, Diana berkata: “Ada ganggu sedikit kerana saya berasa sedikit pening masa beraksi. Tapi mental kena kuat dan saya hanya fokus untuk tempoh satu minit 20 saat itu.”

Kini Diana yang memenangi sebutir pingat emas masing-masing di Sukan SEA 2007 Thailand dan Sukan SEA 2009 Laos tetapi hanya gangsa pada Sukan SEA 2011 Indonesia mahu mencipta sejarah pula menambah koleksi pingat emas peribadi dalam dua lagi acara disertainya, nandao hari ini dan nangun esok.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.