TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, July 18, 2014

Terkini: Mesyuarat jawatankuasa hudud hari ini

Kota Bharu: Mesyuarat pertama jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincang dan meneliti pelaksanaan undang-undang jenayah syariah Islam di Kelantan akan diadakan di Putrajaya, hari ini.

Kelantan diwakili Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad; pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Mohd Azhar Abdullah serta Dr Zulkarnain Lokman, Mohd Tarmizi Abdullah, Nik Baharom Nik Abdullah dan Hisyam Fauzi yang masing-masing pakar dalam bidang perundangan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata sebelum ini, Jawatankuasa Teknikal Kelantan mengadakan mesyuarat dan menerima beberapa cadangan dikemukakan dalam bengkel yang terdiri daripada 57 peguam yang menggesa supaya dibuat pindaan dalam Enakmen Jenayah Syariah II.
Perbincangan lebih tertumpu kepada Enakmen Jenayah Syariah II iaitu mengenai hudud disebabkan timbul beberapa isu berkaitan peruntukan yang tidak berapa jelas bagi orang awam,” Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan

“Pada 13 Julai lalu, 57 peguam ini bertemu dengan pasukan petugas khas yang dibentuk jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Datuk Daud Muhammad.

“Perbincangan lebih tertumpu kepada Enakmen Jenayah Syariah II iaitu mengenai hudud disebabkan timbul beberapa isu berkaitan peruntukan yang tidak berapa jelas bagi orang awam,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Perkembangan positif

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kuih raya yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, kepada 13 agensi pasukan keselamatan.

Mohd Amar berkata beliau dimaklumkan bahawa hasil perbincangan itu ada menunjukkan perkembangan positif namun laporan berkaitan perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa teknikal induk.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata, perbincangan sudah dilakukan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri berhubung jawatankuasa khas bersama itu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat