Komando AS hanya ambil mayat Osama
DUA gambar (atas) disiarkan agensi berita Reuters dibeli daripada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang mengambil gambar kediaman Osama bin Laden di Abbotabad, sejam selepas komando Amerika Syarikat melakukan serangan membawa kematian pengasas al-Qaeda itu dan beberapa yang lain.

Pengawal berkenaan menjual tiga gambar yang diambilnya awal pagi Isnin lalu menunjukkan mayat mangsa serangan komando itu berlumuran darah tanpa senjata api.
 
Dua mangsa itu menunjukkan darah keluar dari telinga, hidung dan mulut. Komando Amerika yang membawa keluar mayat Osama meninggalkan mangsa yang lain di kediaman berkenaan.

Reuters yakin mereka adalah mangsa serangan itu kerana butir-butir dalam gambar menunjukkan persamaan dengan kejadian yang berlaku, selain dibandingkan gambar lain di tempat berkenaan. – REUTERS