KDN dalam proses perincikan perintah berkurung di Sabah - Zahid  
 DATUK Seri Zahid Hamidi (tiga dari kiri) menyampaikan duit raya kepada anak yatim asrama PEKAYA sambil diiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (kiri) dan Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapha (empat dari kiri) pada majlis berbuka puasa bersama warga KDN di Batalion 9 Pasukan Gerakan Am, Kubang Badak di sini, hari ini. - Foto Rozainah Zakaria
 
KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses memperincikan perintah berkurung di Sabah dan akan mewartakannya secepat mungkin.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara perkara adalah membabitkan tempoh masa dan garis panduan penguatkuasa.
 
Beliau bercakap kepada penberita pada majlis berbuka puasa bersama warga KDN di Kem Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak, Kuala Terengganu, di sini, sebentar tadi.