Siti Aishah Terjerat Aktiviti Komunis Berlakon Untuk Pulang Ke Malaysia? Nasib bangsa Melayu yang terjerat dengan fahaman komunis yang akhirnya membawa kepada penderitaan yang tidak berpenghujung perlu dijadikan sempadan. Siti Aishah Abdul Wahab kononnya dijadikan hamba 30 tahun di Lamberth, London merupakan individu yang dikehendaki polis pada tahun 1970-an kerana aktiviti komunis menurut Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar. Polis telah gagal menjejaki beliau selepas dipercayai melarikan diri ke London, England. Walaubagaimanapun kisah perhambaan Siti Aishah seolah-olah drama yang di olah bagi membolehkan beliau pulang kepangkuan keluarga.
Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lalu di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
Siti Aishah mula terjerat dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya di London. Beliau berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
Sebelum ini beberapa blog ada melaporkan bahawa Mat Sabu menyanjung komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan. Perkara ini telah mengundang kemarahan ramai pihak yang telah menjadi mangsa kekejaman komunis. Secara kasarnya beliau telah dianggap terpengaruh dengan ideologi komunis.
Sebenarnya tindakan Mat Sabu ini juga dilihat sebagai sokongan terhadap pendirian pembangkang yang secara langsung dan tidak langsung menganggap komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Kekejaman dan keganasan komunis telah mereka abaikan semata-mata mengangkat perjuangan Chin Peng yang merupakan ketua komunis Malaya sebagai wira.
Dengan kata lain kononnya bangsa Cina merupakan wira. Namun kita faham sangat bahawa mereka sebenarnya wira kekejaman dan kesengsaraan.
Berbalik pada kisah Siti Aishah, setelah berlaku pendedahan itu maka kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya. Kononnya sewaktu dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang.
Namun perkara sebenar terbongkar apabila Media Britain, The Daily Telegraph telah menayangkan sebuah video yang dirakam pada tahun 1997 yang memaparkan salah seorang wanita yang didakwa menjadi mangsa perhambaan di London sebagai seorang warganegara Malaysia, Siti Aisyah Abdul Wahab.
Video tersebut menunjukkan tiga wanita sedang ‘memarahi’ seorang lelaki yang mahu bertemu dengan aktivis Maoist terkenal sekitar 1970an, Aravindan Balakrishnan. Krew tersebut sedang merakam sebuah dokumentari bersempena kematian seorang wanita, Sian Davies, yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkap kamar mandi kediaman yang disewa oleh Aravindan yang turut dikenali sebagai Komrad Bala dan isterinya, Chanda.
Seorang wanita turut dipaparkan dalam video tersebut. Beliau dipercayai kelahiran Ireland, Josephine, 57, yang muncul di depan pintu rumah tersebut dan menuduh krew yang mahu bercakap dengan Komrad Bala itu sebagai ejen sebuah negara fasis. “Kamu semua adalah sebahagian dari negara fasis. Kami tidak mahu bercakap dengan kamu,” katanya kepada mereka.
Selepas itu seorang wanita berkaca mata dipercayai Siti Aishah muncul dan memberitahu kepada lelaki tersebut bahawa mereka tidak mahu bercakap dan bertemu dengan mereka sebelum menutup pintu rumah tersebut pada akhir video klip tersebut.
Oleh itu rakyat Malaysia harus jadikan ini sebagai iktibar. Jangan kita dengan mudah diperalatkan dan disesatkan dengan fahaman jahat. Sebelum kita melakukan perkara-perkara yang menyesatkan dan boleh membuatkan kita menyesal seumur hidup, fikir-fikirkanlah keluarga tersayang yang terpaksa merana di atas perbuatan anda.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.