TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, November 30, 2013

Agong ingatkan rakyat hormati ketetapan

SINTOK: Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, mengingatkan semua rakyat supaya memastikan tanggungjawab serta obligasi masing-masing sebagai rakyat Malaysia dipatuhi, terutama dalam memulia dan menghormati ketetapan ditentukan melalui Perlembagaan Persekutuan.

Titah baginda, tindakan golongan tertentu yang cenderung mencabuli kebebasan asasi dan hak ditetapkan dengan melanggar ketetapan ditentukan bukan saja mencabar Perlembagaan Persekutuan, malah turut mencabar keutuhan negara serta mengancam kedamaiannya.
 
Baginda bertitah, undang-undang tubuh negara memberi jaminan yang tegas tentang pelbagai kebebasan asasi melalui Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan, bagaimanapun ia wajib sentiasa disanjung tinggi dan dinikmati dengan rasa penuh tanggungjawab dan niat yang mulia.

"Perlembagaan Persekutuan digubal dengan penuh kesedaran untuk membawa negeri Melayu ke arah negara moden yang demokratik serta maju dalam suasana aman dan damai. Malah kebanyakan peruntukannya adalah berasaskan keseimbangan hak, tanggungjawab dan obligasi dalam kalangan semua rakyat.

"Justeru sebagai rakyat Malaysia walau apa asal usul kita sekali pun, menjadi kewajipan untuk memuliakan undang-undang ini kerana ia menjadikan kita semua rakyat Malaysia.

"Tanpa perundangan ini, maka kita semua mungkin tidak akan menjadi rakyat Malaysia dan menikmati kebebasan yang tertanam erat di dalamnya. Malah tanpa perundangan ini kita mungkin menjadi orang asing walaupun lahir di negara ini," titah baginda.

Baginda bertitah demikian sempena perasmian Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat