Polis masih mencari 10 lagi individu pengikut ‘Tuhan Harun’ yang dipercayai boleh membantu polis melengkapkan siasatan berhubung kes pembunuhan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya sudah menangkap 13 individu termasuk lelaki yang menggelarkan dirinya Tuhan Harun dan tiga wanita.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya sudah menangkap 13 individu termasuk lelaki yang menggelarkan dirinya Tuhan Harun dan tiga wanita.
"Polis juga menjumpai pistol yang dipercayai digunakan untuk membunuh pegawai terbabit sekali gus kita anggap kes ini sudah selesai. Bagaimanapun, kita perlu cari 10 lagi individu untuk melengkapkan siasatan," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam, di sini, sebentar tadi.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai motif pembunuhan itu.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.