Lagi demo di Pulau Pinang mengecam Ahli Parlimen Jelutong Jeff Oii mengatakan Kucing
Kurap kepada pekerja majlis perbandaran Pulau Pinang.
Kini Pegawai MPPP di kacau dengan bunyi meow mewo ketika menjalankan tugas di
pasar pasar seluruh Pulau Pinang.
Ngo anjuran qaryah Masjid Melayu Pulau Pinang membuat bantahan dengan berbagai
bagai sepanduk menunjukkan mereka tidak puas hati dengan sikap pimpinan DAP.
MTMR melihat fenomena ini bak kata pepatah lama, belum berkuasa penuh sudah nampak
belang sebenar. Apa yang agak mengecewakan Melayu berpeca belah. Begitu juga dengan
PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. Sanggup di kuda kepangkan oleh DAP.
Apakah PAS atas dasar kegelojohannya untuk menawan Putrajaya sanggup mengenepikan
fatwa seorang ulama pondok yang dihormati kerana mahu terus tidur setilam dan sebantal
dengan musuh Islam?
Sudah tentu fatwa Tuan Guru Abdullah berlandaskan hujah agama yang kukuh yang tidak
boleh dipertikaikan oleh sesiapa hatta PAS sekalipun.
Namun Ketua Dewan Ulama PAS, Daud Iraqi, yang terkenal dengan fahaman Wahabi
ekstrim yang tebal terus mahu partinya memegang erat tangan DAP atas alasan
'tahaluf siyasi'. PAS berselindung disebalik istilah Arab untuk mengelirukan umat Islam
tetapi dalam erti yang lebih mudah pendekatan ini hanyalah kaedah sekular Machiavellian
iaitu ‘matlamat menghalalkan cara'.
PAS menutup mata dan memekak telinga kepada hakikat sebenar bahawa sebelum
berlakunya kerjasama politik yang dipanggil Pakatan Rakyat, DAP paling tegar menentang
segala dasar Islam yang dibawa parti itu. Akhirnya DAP dan satu lagi sekutu, PKR, berjaya
menundukkan PAS untuk menghumban perjuangan ‘Negara Islam’ kepada
‘Negara Berkebajikan’ yang diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.
Bagi pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan bersikap hipokrit, haram bagi mereka
bermuzakarah serta jauh sekali menjalinkan kerjasama dengan saudara seIslam dari Umno
tetapi halal untuk 'cium mulut' dengan DAP. Tidakkan PAS sedar, pemimpin DAP Lim Kit Siang
yang mereka sanjung dan julang itu pernah memaki serta menghalau orang Melayu dari
Tanah Melayu ini ketika tragedi 13 Mei 1969 dahulu?
Lupalah PAS akan sejarah hitam DAP yang telah dibuktikan sebagai pencetus utama kepada
rusuhan kaum yang meragut lebih 2,000 nyawa itu?
Tidakkah insiden di mana M. Manoharan menghina jaguh badminton negara, ADUN Kota
Shah Alam,Datuk Lee Chong Wei menunjukkan sikap biadap parti itu terhadap mana-mana
pencapaian negara hanya kerana kejayaan itu berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional?
DAP membenci dasar-dasar kerajaan yang pro-Melayu tetapi apabila berjaya menguasai
Pulau Pinang, mereka menukar taktik untuk menonjolkan imej yang lebih lunak terhadap
orang Melayu. Lalu tiba-tiba pemimpin Cina DAP di Pulau Pinang dan Perak beriya-iya
mengambil hati orang Melayu dengan memetik hadis dan ayat suci Al-Quran dalam
ceramah mereka.
Lim Guan Eng pula mengangkat Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola ciri-ciri pentadbiran
negeri malah menganjurkan seminar mengenai tokoh Islam tersebut. Berduyun-duyunlah
pemimpin Cina DAP memasuki masjid, surau dan madrasah untuk memperdayakan orang
Melay bahawa parti itu tidak merbahaya dan bukan perkauman.
Maka pemimpin PAS pun terpegun dan terkesima dengan permainan wayang kulit sehingga
mengatakan Islam DAP lebih baik daripada Islam Umno! Daripada pembenci bangsa Melayu
dan penentang hebat undang- undang Islam, kini DAP mahu muncul sebagai pembela bangsa
dan agama pula.
Ciri-ciri musuh dalam selimut ini tidak lain tidak bukan hanya terdapat dalam golongan yang
muncul dalam sejarah Islam yang dikenali sebagai puak Khawarij.
Kumpulan Khawarij adalah satu golongan ekstrim agama yang bertanggungjawab dalam
pembunuhan Khalifah Ar Rashidin keempat, Saidina Ali ibn Abi Talib ra. Maka tidak jauh
daripada paksi kebenaran jika dikatakan bahawa DAP adalah golongan Khawarij Cina di
Malaysia. DAP menunjukkan sifat yang ekstrim dan tidak mahu berkompromi dengan
mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya.
Lihat sahaja isu berlainan tema sambutan Merdeka ke 55, bagaimana DAP memainkan
peranan mereka untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini. Jika Mereka
boleh mencetus tragedi berdarah 13 Mei, memporak perandakan masyarakat yang hidup
dalam aman dan harmoni selama ini, bukanlah perkara yang susah bagi DAP.
Dalam pada DAP memujuk orang Melayu menyokong mereka, parti itu juga tidak putus-putus
menyerang semua dasar dan program kerajaan yang menguntungkan orang Melayu.
Mereka mengkritik keras UiTM, Mara, MRSM, IPTA, , pentadbiran awam, Dasar Ekonomi Baru,
Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan, PDRM, institusi kehakiman
dansegala apa yang berkaitan dengan kepentingan Melayu.
Golongan Khawarij DAP ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk menghapuskan hak
istimewa orang Melayu dan menjadikan orang Melayu merempat sebagai kelas tiga di negara
sendiri.Golongan yang samalah juga yang didewa-dewa oleh PAS sehingga mereka sanggup
menggadaikan agama untuk kepentingan politik yang sempit dan jumud.
Dap Ambil Kesempatan Bila Melayu Berpecah
Dap ialah pembawa ajaran Komunisme dan Sosialisme melampau dalam negara sejak
Dap ialah pembawa ajaran Komunisme dan Sosialisme melampau dalam negara sejak
diangkut daripada 20 April 1930. Mereka telah merancang program perampasan kuasa
secara fizikal dan mental. Disebabkan peristiwa Perjanjian Hadyai 1989, mereka terpaksa
akur bahawa rampasan fizikal gagal. Hari ini peralihan minda bermula secara halus dan
diam, terutama dikalangan anak muda.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.