TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, October 25, 2013

Terkini : Iran henti program uranium setelah capai 20 %

Iran henti program pengayaan uranium


Dubai: Iran sudah menghentikan sementara program pengayaan uranium sehingga 20 peratus kerana ia mempunyai cukup simpanan selain memenuhi satu tuntutan utama kuasa dunia dalam rundingan berhubung program nuklear Tehran, kata seorang ahli parlimen kanan negara itu.

Hossein Naqavi Hosseini berkata tiada pengeluaran dilakukan kerana ketika ini tidak keperluan untuk menghasilkan 20 peratus pengayaan uranium.
 
 
Tiada ulasan segera daripada agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna yang kerap memeriksa tapak nuklear Iran dan kemungkinan sedar sebarang pemberhentian operasi.


Seorang diplomat di Vienna juga berkata beliau tidak menyedari sebarang pemberhentian pengeluaran.


Tindakan memeranjatkan

Tindakan seperti itu mungkin agak memeranjatkan oleh kerana pakar Barat percaya Iran mahu menggunakan pengayaan gred tinggi sebagai tawaran untuk meredakan sekatan ke atas negara itu.


Hosseini, seorang anggota kanan parlimen dalam suruhanjaya keselamatan kebangsaan juga berkata Tehran hanya menghentikan pengayaan uranium sehingga paras di atas lima peratus yang diperlukan untuk stesen jana kuasa awam kerana ia sudah memiliki pengayaan bahan api 20 peratus yang diperlukan untuk sebuah reaktor penyelidikan perubatan di Tehran.


“Pengayaan melebihi lima peratus bergantung kepada keperluan negara. Industri nuklear Iran memerlukan 20 peratus pengayaan untuk menyediakan bahan api reaktor di Tehran, namun loji itu sudah memilikinya sekarang ,” kata laman web parlimen memetik Hosseini sebagai berkata lewat Selasa lalu.


Tiada pengeluaran

“Tehran akan memutuskan sama ada ia mahu memiliki pengayaan lebih lima peratus atau tidak, namun isu penangguhan atau pemberhentian tidak berasas kerana tiada pengeluaran berlaku buat masa ini,” katanya.

Pihak berkuasa Barat berkata mereka mahu Iran berhenti mengayakan uranium sehingga 20 peratus, meningkatkan ketelusan program nuklear, mengurangkan bekalan uranium dan mengambil langkah lain bagi menjamin dunia ia tidak memerlukan senjata nuklear.

Ketika anggota suruhanjaya keselamatan kebangsaan parlimen kemungkinan diberi taklimat berhubung program nuklear, mereka tidak terbabit secara langsung dalam membuat dasar.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat