Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, October 25, 2013

Terkini: Bajet 2014 Malaysia.

Ramai yang menunggu pengumuman Bajet 2014 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan di Parlimen petang esok. Biasanya, mereka menunggu pengumuman bajet itu kerana menjangkakan ada habuan menanti.


Bagi syarikat, ia memudahkan mereka merancang; bagi ahli perniagaan, mereka melihat apakah perancangan kerajaan dalam konteks pembangunan fizikal untuk membida projek dan individu pula mengharapkan ada pengumuman perubahan struktur gaji, tambahan elaun atau faedah baru daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau institusi lain yang berkaitan dan sebagainya.


Rakyat juga mengharapkan penurunan cukai pendapatan dan barang keperluan tertentu serta pelbagai perkara yang boleh meringankan beban kehidupan. Ini termasuk soal perumahan, kesihatan, kemudahan awam, peluang pekerjaan dan penurunan faedah pinjaman bank.


Peniaga pula mengharapkan habuan berbeza. Mereka mungkin melihat struktur cukai berbeza daripada perspektif pengguna. Bagi kumpulan ini, cukai yang dikenakan kepada mereka akan dipindahkan kepada pengguna. Penggunalah yang sentiasa menerima kesannya. Itulah sebabnya kerajaan tidak mengenakan cukai sewenang-wenangnya kerana mengambil kira kesan menyeluruh kepada masyarakat pengguna dan suasana ekonomi negara.


Bajet kerajaan lebih kompleks

Secara umum, bajet negara sama seperti perbelanjaan bulanan atau tahunan keluarga. Pastinya, bajet kerajaan lebih kompleks kerana membabitkan pelbagai sektor dengan mengambil kira keadaan ekonomi serta politik global.

Jika sesebuah keluarga atau isu rumah mempunyai pendapatan RM10,000 sebulan, keluarga itu hendaklah berbelanja tidak melebihi RM10,000 sebulan atau RM120,000 setahun, melainkan mereka mempunyai pendapatan tambahan atau pendapatan luar jangka. Seboleh mungkin, setiap keluarga mesti mempunyai simpanan daripada pendapatannya jika berlaku keadaan luar jangka.

Itulah sebabnya dalam setiap bajet, kita perlu melihat berapa banyak jangkaan perbelanjaan setiap tahun kerana ia menunjukkan jumlah pendapatan negara. Kita juga perlu melihat dari mana wang itu datang dan juga penting, ke mana ia dibelanjakan. Kerajaan biasanya akan berbelanja mengikut pendapatan dan cuba mengelak berlaku defisit kerana ia akan hanya menambah hutang.

Juga sebagai perbandingan, masalah akan berlaku kepada keluarga jika berbelanja lebih tanpa mengambil kira pendapatan. Itulah sebabnya mereka yang suka berfoya-foya, kaki botol dan berjudi sentiasa dikelilingi hutang kerana tidak menguruskan bajet dengan berhemat.

Umumnya, bajet adalah mekanisme efektif untuk mengawal perbelanjaan. Malaysia negara yang sentiasa melaksanakan bajet berhemat. Orang tua kita sudah lama mengetahui prinsip bajet ini kerana mereka lebih dahulu mengurus keluarga. Mereka selalu berpesan, jika kita ada wang RM100, kita perlu belanja RM90 dan simpan RM10. Kita jangan berbelanja RM110 kerana itu menandakan kita berhutang. Perbelanjaan mesti berimbang iaitu mengikut jumlah pendapatan.

Bagi keluarga, penambahan perbelanjaan luar jangka mungkin berlaku akibat keperluan perubatan kerana sakit atau kemalangan. Bagi kerajaan, ia mungkin disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, pergolakan politik antarabangsa, kenaikan harga komoditi utama seperti minyak dan kesan malapetaka.


Kesan ekonomi


Tindakan atau kesan ekonomi akibat sesuatu dasar di negara kuasa besar memberi impak kepada ekonomi dunia sama ada positif atau negatif. Jika negara lain tidak bersiap sedia, mereka mungkin menerima kesan buruk. Kemelesetan ekonomi, inflasi, stagflasi antara kesan ekonomi yang sentiasa mengancam dunia.

Tiada bajet yang boleh menyelesaikan semua masalah dalam tempoh setahun. Biasanya dalam setiap bajet kerajaan memberi pelbagai galakan kepada kumpulan rakyat atau secara umum.

Mustahil bagi mana-mana kerajaan memberi galakan kepada semua kumpulan pada tahun sama.
Biasanya, jika kumpulan tertentu sudah mendapat bahagian mereka tahun lalu atau tahun ini, tahun depan mungkin mereka mendapat habuan secara tidak langsung. Untuk bajet tahun depan, kumpulan lain pula yang dapat habuannya.

Bajet dan kaitannya dengan kemakmuran rakyat perlu dilihat secara menyeluruh dalam dalam jangka masa yang panjang. Bajet bukan pengumuman durian runtuh. Tidak semua bajet memberi impak positif. Dalam keadaan tertentu, bajet tidak memberi kesan, khasnya sewaktu kerajaan menghadapi pelbagai masalah ekonomi.

Cuma, di Malaysia, kerajaan cuba sedaya upaya memberi bajet terbaik setiap tahun walaupun tidak boleh memuaskan hati semua kumpulan. Rakyat pula tidak harus menganggap bajet sebagai kempen pilihan raya kerana ia dua perkara yang berbeza. Biasanya, ada pihak yang mengambil kesempatan mengapi-apikan pihak yang tidak mendapat faedah daripada sesuatu bajet atas kepentingan politik.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat