TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, October 25, 2013

Membongkar wajah sebenar DAP?

 
Banyak tindakan cetus kebencian ahli sendiri, kemarahan perkauman

Ada perkataan 'tindakan' dan 'demokratik' pada nama DAP. Tapi melihat kepada apa yang berlaku dan tindak-tanduk pemimpinnya, jelas ia parti yang tidak demokratik. Banyak tindakan DAP bukan saja tidak betul, tidak adil dan melanggar perlembagaannya sendiri, malah sering mencetuskan kebencian dan kemarahan perkauman.

Terbaru, panggilan ‘anjing’ oleh Ketua Publisitinya, Tony Pua terhadap Pendaftar Pertubuhan, yang ramai kakitangan Melayu dan sebuah akhbar Melayu. Ini mengingatkan kita kepada Pengerusinya, Lim Kit Siang yang menggelar Perdana Menteri ‘syaitan’ dan anaknya, Lim Guan Eng yang memanggil Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai ‘Nazi’ tidak lama dulu. Banyak pihak menganggap keceluparan ini melampau. Mereka berasakan panggilan sebegini tidak matang dan kurang ajar. Walaupun dituntut memohon maaf, pemimpin DAP ini berbuat pekak badak.

Prejudis DAP terhadap Melayu sangat tebal. Sikap rasis dan cauvinis sudah sebati dengan parti ini”

Ramai masih ingat insiden wakil rakyat DAP tidak mahu memakai songkok apabila masuk Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana menganggap itu sebahagian pakaian Melayu. Pada Ogos 2008, Gwee Tong Hiang (wakil DUN Bentayan) dihalau keluar kerana melanggar protokol dan tidak menghormati dewan. Kes Pengerusinya, Karpal Singh menghina Sultan Perak masih berjalan di mahkamah. Pernah beliau ditampar seorang pemimpin Melayu kerana menghina Sultan Selangor.

Prejudis DAP terhadap Melayu sangat tebal. Sikap rasis dan cauvinis sudah sebati dengan parti ini. Cubaan menonjolkan imej yang berbilang kaum dan membawa isu sejagat seperti menentang rasuah tidak meyakinkan. Walaupun sudah wujud 50 tahun, DAP masih parti yang dianggotai hampir keseluruhannya oleh orang Cina (yang kebanyakannya tinggal di bandar) dan memperjuangkan kepentingan kaumnya (peningkatan kuasa politik, budaya dan bahasa Cina, sekolah dan pendidikan Cina serta dominasi ekonomi oleh Cina).

Semarak kebencian Melayu, Islam

Sebaliknya, ia menentang hak istimewa Melayu dan semua program atau dasar bertujuan memajukan Melayu-Bumiputera termasuk Dasar Ekonomi Baru dan Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera. DAP juga sering melabel, menuduh dan menghina pemimpin kerajaan dan NGO Melayu, Raja-Raja Melayu, anggota keselamatan dan perkhidmatan awam sebagai strategi politik untuk menggembleng sokongan serta menyemarakkan kebencian terhadap Kerajaan Pusat, institusi, gerakan dan apa saja yang bernama Melayu-Bumiputera dan Islam.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, pernah ditegur kerana dilihat seolah-oleh menyokong kempen memboikot barangan keluaran syarikat Bumiputera, yang dilancarkan Red Bean Army melalui laman media sosial. DAP juga menentang pelaburan FELDA dan jelas tidak menerima keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kalimah Allah, yang dicetuskan oleh Guan Eng dalam perutusan Hari Natalnya tahun lalu. Dalam satu kenyataannya beberapa hari lalu, beliau dengan angkuh berkata DAP tetap dengan pendiriannya. Sikap angkuh, sombong dan kepala batu sebeginilah yang ditunjukkan Guan Eng dalam cara ia berurusan dengan pihak Pendaftar Pertubuhan, media dan pemimpin atau ahli DAP yang tidak disenanginya.

Ahli Melayu diperkotak-katik

DAP cuba mengaburi persepsi umum dengan memberi tempat kepada beberapa Melayu. Yang muda dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, manakala yang berumur dan dikira ada nama pula diberi jawatan Naib Pengerusi, termasuk Ahmad Nor, Fadzlan Yahya, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, Syed Shahir Syed Mohamed dan Zulkifli Mohd Nor (‘Nilai orang Melayu dalam DAP ialah lima kupang’). Penulis ingin bertanya, berapa ramaikah Melayu dalam DAP? Bilangan sebenar tidak pernah diketahui. DAP pun tidak pernah menyatakan. Yang jelas, usaha beberapa kerat Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ditolak ahli DAP yang majoriti Cina.

Pada pemilihan 16 Disember 2012 dan 29 September lalu, semua lapan calon Melayu gagal. Seorang calon yang memiliki nama Melayu yang dipilih ke jawatankuasa itu dipertikai asal usul Melayunya.

Seorang calon Melayu yang melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana tidak dibenarkan bertanding dalam pemilihan CEC walaupun menawarkan diri ialah Amran Ahmad Nor. Menurut anak bekas pemimpin CUEPACS ini: “DAP kian berada dalam keadaan goyah jika berterusan bergantung kepada undi Cina saja. Agak malang apabila DAP tidak mengambil peluang untuk tambah anggota CEC daripada kaum Melayu.” Beliau pernah bertugas di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tetapi prejudis perkauman dan sikap skeptikal ahli DAP menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan. Juga kecewa ialah Solaiman Syed Ibrahim, bekas Ahli Jawatankuasa DAP Perak, yang menyatakan beliau ‘ditikam belakang’ oleh bosnya sendiri, Datuk Ngeh Koo Ham. Seorang lagi ahli, Rahmad Ishak, meletak jawatan dua minggu lalu kerana membantah layanan DAP terhadap ahli Melayu.

“Ada 640,000 Melayu di Pulau Pinang. Daripada 19 ADUN DAP, tidak ada seorang pun Melayu,” kata Rahmad, yang juga Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat