Pakatan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka
akan menghadapi tindakan sabotaj secara besar-besaran oleh ahli-ahli
parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, hal ini berlaku kerana
banyak kalangan ahli parti tidak berpuas hati dengan pemilihan calon
pada pilihan raya umum kali ini, yang didakwa ditentukan sepenuhnya oleh
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, sumber-sumber rapat beliau memberitahu bahawa Anwar
langsung tidak berbincang mengenai pemilihan calon di peringkat
bahagian sebelum menetapkan nama-nama calon yang bertanding.
Sebaliknya, Anwar didakwa memilih calon yang digemarinya sendiri atau mereka yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.