DAP, katanya, akan mengetengahkan 10 muka baru bagi kerusi DUN dan seorang muka baru bagi kerusi Parlimen.
"Senarai calon kita adalah bersesuaian untuk mencetuskan tsunami politik di negeri Johor dan Malaysia keseluruhannya," katanya pada sidang media sempena majlis pengumuman senarai nama calon Parlimen dan DUN DAP Johor di sini, hari ini.
Antara nama besar pemimpin DAP selain beliau sendiri yang akan bertanding di Johor kali ini, ialah pakar strategi DAP, Liew Chin Tong yang akan bertanding di Parlimen Kluang dan Teo Nie Ching (Kulai).
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.