SEOUL: Korea Utara menuntut Korea Selatan meminta maaf kerana membiarkan
protes anti-Pyongyang diadakan ketika ia menyambut ulang tahun
pengasasnya atau ia akan mengambil tindakan balas.
Agensi berita KCNA melaporkan, tentera Korea Utara mengeluarkan
kata dua kepada Korea Selatan selepas potret pemimpin negara itu dibakar
dalam beberapa perarakan anti-Pyongyang, kelmarin.
“Tindakan balas kami akan dilancarkan tanpa sebarang kenyataan selepas ini” Kenyataan tentera Korea Utara
“Tindakan balas kami akan dilancarkan tanpa sebarang kenyataan selepas ini,” lapor KCNA yang memetik pemimpin tentera.
Media Korea Selatan melaporkan, beberapa bantahan kecil berlangsung di Seoul dan sebuah stesen televisyen menyiarkan tindakan beberapa penunjuk perasaan membakar gambar pemimpin Korea Selatan, Kim Jong-un.
Pada masa sama, ada beberapa lagi protes lain yang menggesa dua negara itu mengadakan rundingan.
Korea Utara mengancam melancarkan serangan nuklear terhadap Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun selepas dikenakan sekatan baru oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Sekatan itu diluluskan selepas Pyongyang melakukan satu lagi ujian nuklear, Februari lalu.
Pyongyang juga marah dengan latihan tentera tahunan Amerika dan Korea Selatan yang disifatkannya tindakan bertujuan mencetuskan konflik. Amerika menghantar pesawat halimunan B52 dan B2 menyertai latihan tentera bersama itu.
Selain memberi amaran, KCNA juga tidak menolak kemungkinan mengadakan dialog.
“Jika kerajaan boneka benar-benar mahu berunding, mereka patut meminta maaf terhadap semua perbuatan mencetuskan permusuhan terhadap Korea Utara dan menghentikan tindakan itu selepas ini,” lapor KCNA memetik tentera.
Seorang jurucakap Kementerian Luar Korea Selatan dalam satu taklimat berkata, kata dua Korea Utara itu tidak perlu dilayan dan Seoul menunggu Pyongyang membuat keputusan bijak.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.