Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, June 16, 2014

Pakistan lancar serangan udara.

MIRANSHAH, Pakistan: Jet pejuang Pakistan memulakan serangan udara di Waziristan Utara hari ini, sehari selepas tentera darat mengumumkan permulaan operasi besar-besaran bagi mengusir pemberontak di wilayah bergolak di sempadan Afghanistan itu.

Dalam operasi yang dijangkakan itu selepas pihak pemberontak melancarkan serangan terhadap lapangan terbang terbesar Pakistan seminggu lalu, pihak tentera mengerahkan askar, artileri dan helikopter tempur untuk memerangi pemberontak di Waziristan Utara.

Puak Taliban dan Uzbek yang berpangkalan di Waziristan Utara mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan ala komando pada 8 Jun lalu terhadap Lapangan Terbang Karachi.

Sumber tentera menyatakan pesawat tempur Pakistan membedil sasaran di sektor Shawal, tempat tinggal pemimpin militan paling digeruni dan pemerintah al-Qaeda awal hari ini.

"Kira-kira 15 anggota militan, kebanyakannya etnik Uzbek, terbunuh dalam serangan udara pagi Isnin di kawasan Shawal," menurut seorang sumber keselamatan.

Seorang lagi pegawai menyatakan angka kematian adalah seramai 21 orang. - Reuters

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat