Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, June 16, 2014

ESSCOM perlu pertingkat risikan dengan Filipina - Zahid

 
KUALA LUMPUR: Kawalan di Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bukan hanya bergantung kepada aset dan keanggotaannya sahaja, malah ia perlu melibatkan kerjasama dari segi risikan dengan Filipina.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kewujudan ESSCOM tidak patut dipertikaikan, namun ia perlu meningkatkan tahap risikan dengan negara berkenaan bagi mengelak sebarang jenayah di kawasan itu.

"Kita tidak sepatutnya bergantung kepada aset dan peralatan sahaja namun kita perlu mempertingkatkan rangkaian risikan dengan kerajaan Filipina.

"Usaha juga telah dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan pasukan keselamatan memantau pergerakan penceroboh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y Yun di sebuah hotel dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas kejadian penculikan terbaharu di Kunak, Semporna, Sabah tengah malam tadi membabitkan dua lelaki, seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk oleh dua lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata.

"Oleh kerana tujuannya untuk mendapatkan tebusan, mereka tidak akan sunyi daripada terus melakukan perkara ini. Saya tahu budaya masyarakat kumpulan berkenaan yang membalas dendam dan merupakan satu usaha untuk mencari pendapatan, akan terus berjalan.

"Jadi saya fikir pihak ESSCOM perlu lebih bersiap siaga di dalam melakukan tindakan dan jangan lalai di dalam operasi yang dilakukan. Saya yakin ia boleh dilakukan oleh pegawai-pegawai ESSCOM terutamanya pihak tentera sendiri mengambil alih kepimpinan di dalam operasi ESSCOM," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberi jaminan mangsa culik di Sabah akan dijejaki dengan kerjasama semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia.

Menyentuh mengenai pertemuannya itu, beliau berkata pihak Amerika Syarikat menawarkan bot berkuasa tinggi bagi meningkatkan keselamatan di perairan negara, terutama di Sabah untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Pada pertemuan itu juga, kami membincangkan empat isu utama iaitu mengenai pengecualian visa ke Amerika Syarikat, jenayah merentas sempadan, usaha-usaha bagi mengatasi masalah militan dan memperdagangkan orang," katanya.

- BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat