Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, November 25, 2013

Mutakhir: Hutang negara RM284.7 bilion pada akhir Jun 2013.

Pada akhir Jun 2013, jumlah hutang negara sebanyak RM284.7 bilion atau 28.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata hutang negara ialah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar.

"Hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam bukan kerajaan dan sektor swasta," katanya ketika menjawab soalan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ahmad berkata, hutang Kerajaan Persekutuan melibatkan hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan daripada sumber dalam dan luar negeri.

"Sehingga 30 Sept 2013, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM529.2 bilion atau 53.6 peratus daripada KDNK.

"Daripada jumlah tersebut sebanyak RM512.3 bilion atau 96.8 peratus merupakan hutang dalam negeri manakala baki RM16.9 bilion atau 3.2 peratus adalah hutang luar negeri," katanya.

Beliau berkata jumlah hutang luar negeri yang rendah itu adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah serta dapat meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing.

Ahmad berkata, Kerajaan Persekutuan dari semasa ke semasa memberi jaminan kepada badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Jaminan ini diberikan mengikut Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.

"Sehingga 30 Jun 2013, baki pinjaman yang dijamin oleh kerajaan atau tanggungan tidak langsung ialah sebanyak RM147.3 bilion, yang terdiri daripada pinjaman domestik RM141.8 bilion (96.3 peratus) dan pinjaman luar RM5.52 bilion (3.7 peratus) yang melibatkan tiga badan berkanun dan 27 syarikat berkaitan kerajaan," tambahnya.

Prestasi bayaran balik pinjaman adalah baik dan mengikut jadual ditetapkan tanpa sebarang tunggakan, kata beliau.

"Senarai syarikat-syarikat yang dijamin oleh kerajaan serta jumlah pinjaman dan terbitan bon boleh dirujuk dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang diterbitkan dan diedarkan di Parlimen setiap tahun," katanya.

Beliau berkata, hutang kerajaan tidak boleh dicampurkan dengan jumlah tanggungan tidak langsung.

"Ini kerana jaminan kerajaan bukan merupakan satu bentuk hutang. Ia adalah merupakan tanggungan tidak langsung kepada kerajaan. Kerajaan hanya perlu menanggung hutang tersebut sekiranya peminjam gagal untuk membayar balik," katanya.

Katanya, fakta berkenaan dijelaskan dalam dokumen yang diterbitkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu 'statistik hutang sektor awam : panduan untuk penyusun dan pengguna, (IMF).

"Dari segi piawaian perakaunan, tanggungan tidak langsung tidak boleh diikat dengan hutang memandangkan ketidaktentuan mengenai tanggungan tersebut, sama ada akan menjadi kenyataan atau tidak (kemungkiran jaminan tersebut)," katanya.

Beliau berkata, jika tanggungan tidak langsung diambil kira dalam pengiraan hutang kerajaan, maka ia akan memberikan tanggapan yang salah dari sudut perakaunan antarabangsa.

"Kita juga seolah-olah memandang rendah keupayaan syarikat-syarikat dan badan berkanun tersebut untuk membayar balik hutang mereka," 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat