TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, November 25, 2013

Memiliki dan menyimpan senjata tiruan Serah kepada Polis

Individu yang memiliki dan menyimpan senjata tiruan termasuk untuk kegunaan sukan seperti paintball marker dan senapang angin diberi sebulan untuk menyerahkannya kepada polis bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap mereka.

Pengarah jabatan logistik polis Datuk Zulkifli Abdullah berkata, lesen senjata itu hanya boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dengan modal berbayar RM 400,000 atau kelab sukan yang diiktiraf Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Menurutnya lagi, ia tidak boleh dipohon individu.

"Pemilikan paintball marker, airsoft gun dan BB gun tanpa lesen sah adalah salah mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan boleh membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan," kata beliau dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut Zulkifli, sejak 2012 pihak polis menyiasat 47 kes melibatkan penggunaan senjata tiruan dan dua individu telah dipenjara kerana sabit kesalahan.

Zulkifli turut menyatakan, sukan paintball yang kian popular perlu dikawal untuk menghindarkan kebimbangan masyarakat umum kerana alatan yang digunakan boleh mendatangkan kecederaan.

"Kita memang hendak galakkan sukan ini (paintball) tetapi pada masa sama kita perlu mengawalnya," tegas beliau.

Semua pemilik dikehendaki menyerahkan senjata mereka kepada balai polis atau ibu pejabat polis daerah berhampiran sebelum 25 Disember depan.

Pemilik boleh menghubungi Pegawai Turus Lesen Pasukan Bukit Aman Supt Noorsiah Mohd Saaduddin di talian 03-22661041/42 untuk sebarang maklumat.

KITA MAIN GULI JE PASNI .... 

cc: @[161086313901684:274:Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )] kena beri penjelasan lebih jelas. Dalam konteks sukan, Paintballers Malaysia menduduki ranking terbaik dunia. Dalam konteks sukan Airsoft, rakyat Malaysia telah membelanjakan banyak wang untuk menyertai pertandingan di luar negara, dan kita adalah juga antara yang terbaik di rantau ASIA. Benar isu perlesenan dan etika menjadi masalah besar, tapi dengan menggubal 1 undang undang khusus sebenarnya dapat membantu benda ni . Yang menyalah gunakan senajata senjaat sukan ini dalam jenayah sebenarnya tak pernah bersukan dalam sukan ini. 
Individu yang memiliki dan menyimpan senjata tiruan termasuk untuk kegunaan sukan seperti paintball marker dan senapang angin diberi sebulan untuk menyerahkannya kepada polis bagi mengelak tindakan undang-undang terhadap mereka.

Pengarah jabatan logistik polis Datuk Zulkifli Abdullah berkata, lesen senjata itu hanya boleh dipohon oleh syarikat berdaftar dengan modal berbayar RM 400,000 atau kelab sukan yang diiktiraf Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Menurutnya lagi, ia tidak boleh dipohon individu.

"Pemilikan paintball marker, airsoft gun dan BB gun tanpa lesen sah adalah salah mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan dan boleh membawa hukuman penjara dan denda jika sabit kesalahan," kata beliau dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut Zulkifli, sejak 2012 pihak polis menyiasat 47 kes melibatkan penggunaan senjata tiruan dan dua individu telah dipenjara kerana sabit kesalahan.

Zulkifli turut menyatakan, sukan paintball yang kian popular perlu dikawal untuk menghindarkan kebimbangan masyarakat umum kerana alatan yang digunakan boleh mendatangkan kecederaan.

"Kita memang hendak galakkan sukan ini (paintball) tetapi pada masa sama kita perlu mengawalnya," tegas beliau.

Semua pemilik dikehendaki menyerahkan senjata mereka kepada balai polis atau ibu pejabat polis daerah berhampiran sebelum 25 Disember depan.

Pemilik boleh menghubungi Pegawai Turus Lesen Pasukan Bukit Aman Supt Noorsiah Mohd Saaduddin di talian 03-22661041/42 untuk sebarang maklumat.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat