Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, November 25, 2013

Kes culik wanita Taiwan: Polis belum terima tuntutan

KOTA KINABALU: Polis belum menerima sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berhubung kes penculikan wanita Taiwan dalam kejadian bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Semporna 10 hari lalu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya yakin wanita berusia 58 tahun itu masih hidup.
 
"Kita sudah mengambil keterangan daripada pekerja di resort terbabit dan polis masih menunggu sebarang tuntutan selain berusaha menjejaki kumpulan yang bertanggungjawab.

"Kita tahu lokasi mereka tetapi kita harus ada bukti kukuh. Apa yang penting mangsa selamat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog khas bersama pemain industri pelancongan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamza turut berharap pemilik dan pengusaha resort di pulau peranginan, terutamanya di pantai timur Sabah, agar memberi kerjasama sebaik mungkin kepada pihak keselamatan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan kawasan berkenaan.

Dalam isu keselamatan ini tidak harus ada ada kompromi, katanya.

Dalam kejadian awal pagi 15 November itu, seorang lelaki warga Taiwan ditemui mati dengan kesan tembakan pada tubuhnya, manakala rakan wanitanya dipercayai diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata yang menceroboh bilik penginapan mereka di pulau berkenaan. - BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat