TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, May 5, 2013

Tinjuan Pilihanraya Umum 13. Barisan Nasional Masih menjadi Pilihan rakyat 1 Malaysia.


Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Majlis Profesor Negara (MPN) telah menjalankan tinjauan pendapat Pilihanraya Umum ke-13 pada 28-30 April 2013.

Tinjauan pendapat ini melibatkan sebanyak 3,550 responden yang layak mengundi di seluruh negara temasuk Sabah dan Sarawak.

Sampel kajian dipilih menggunakan kaedah random stratified sampling yang diambil dari pelbagai kawasan Parlimen di seluruh negara. Tinjauan pendapat melalui panggilan telefon ini mempunyai tahap keyakinan pada kadar 95% atau 0.022 margin of eror.

Kajian ini mendapati Barisan Nasional mempunyai harapan yang cerah untuk kekal memerintah selepas PRU-13 dengan 58% responden menyokong YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi 42% sokongan.


Dari segi parti yang menjadi pilihan pengundi, BN memperolehi 55% sokongan manakala PR 41%. Sebanyak 4% responden menyatakan mereka akan memilih calon bebas.

Secara keseluruhan, Najib mendapat sokongan majoriti pengundi daripada setiap lapisan umur.

Sebanyak 57.6% pengundi bawah 30 tahun menyokong Najib, manakala Anwar memperolehi 42.4% sokongan.

Sokongan tertinggi kepada Najib adalah daripada golongan kohort umur 30-50 tahun iaitu 59.1%.

Sebanyak 57.2% responden yang berumur melebihi 50 tahun juga menyokong Najib.

Dari segi pecahan kaum, kajian ini mendapati sebanyak 63.5% responden Melayu menyokong Najib, Cina 35.3%, India 52.7% dan lain-lain kaum 63.1%.

Najib juga memperolehi 60.6% sokongan pengundi wanita dan 56.6% pengundi lelaki.

Kajian ini yang dilaksanakan pada minggu kedua tempoh berkempen menunjukkan BN masih mendapat sokongan kuat pengundi di negeri-negeri selatan semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Sebanyak 72% responden di zon selatan menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 28% sokongan.

Sebanyak 72% responden menyatakan mereka akan mengundi BN dalam PRU-13, 28% akan mengundi PR dan 2% akan mengundi calon bebas.

BN juga dilihat mempunyai kelebihan di negeri-negeri zon tengah iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor dan Perak. Sebanyak 53% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 47% sokongan.

Dari segi parti pilihan, BN memperolehi 48% sokongan, PR 47% dan bebas 5%.

Majoriti responden di negeri-negeri zon utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga memilih Najib sebagai Perdana Menteri.

Sebanyak 55% responden di zon ini menyokong Najib manakala Anwar memperolehi 45% sokongan.

BN mendahului PR sebagai parti pilihan di zon utara dengan 53% sokongan manakala PR 43%. Sebanyak 4% responden menyatakan mereka akan mengundi calon bebas.

BN juga dilihat memiliki kelebihan di negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sebanyak 55% responden di zon pantai timur menyatakan sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 45% sokongan.

Dari segi parti pilihan, 51% responden di pantai timur memilih BN, 38% PR dan 11% bebas.

Dapatan kajian di Sabah dan Sarawak juga memihak kepada BN.

Sebanyak 65% responden menyokong Najib sebagai Perdana Menteri manakala Anwar memperolehi 35% sokongan.

Dari segi parti pilihan, sebanyak 62% responden memilih BN, 37% PR dan 1% bebas.

Berdasarkan dapatan kajian ini, BN dijangka kekal memerintah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Dengan tahap sokongan yang agak tinggi di zon tengah, utara dan timur, BN dijangka mempunyai peluang yang cerah untuk menang di Selangor dan Kedah serta memberikan saingan yang sengit kepada PR di Pulau Pinang dan Kelantan.

Secara keseluruhan, walaupun PR dilihat memberikan saingan yang sengit kepada BN dalam usaha menuju Putrajaya, BN dijangka masih dapat mencapai kemenangan yang selesa pada PRU-13.

Oleh :
Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Dan
Majlis Profesor Negara (MPN)

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat