TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, May 5, 2013

Rekod SUHARAM ?

HOT NEWS !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! STRATEGI BARU SUARAM UNTUK JATUHKAN KERAJAAN DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


Setelah teruk dibelasah di dalam media dan didedahkan kaitannya dengan dana kepunyaan penyangak matawang antarabangsa,George Soros,pertubuhan haram yang tidak berdaftar,Suaram kini menukar taktik dengan menggunakan seorang lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak atas matlamat dan agenda yang sama.NGO baru yang bernama Dignity International tiba-tiba sahaja muncul sebagai tuan rumah kepada sidang media Suaram mengenai isu kapalselam Scorpene pada hari Selasa lalu. Beribu pejabat di sebuah premis mewah di 8 Avenue,Petaling Jaya,NGO itu dilihat sebagai pelapis kepada Suaram.Ini bermakna apabila Suaram tidak lagi beroperasi kerana ia tidak didaftar sebagai pertubuhan yang sah di sisi undang-undang,maka Dignity International secara otomatis akan mengambil alih fungsi dan tugasan organisasi tersebut. Malahan slogan NGO baru itu, ‘All Human Rights – For All’ juga mirip kepada perjuangan Suaram ang berselindung di sebalik topeng hak asasi. Seperti Suaram,Dignity International juga akan menjadi perkakas kepada Ketua Umum PKR,

Anwar Ibrahim sebagai alat untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri Dastuk Seri Najib berhubung isu Scorpene.Melihat kepada keadaan ini,besar kemungkinan NGO baru ini juga mendapat dokongan kewangan besar daripada Soros melalui jaringan pertubuhan-pertubuhan luasnya di seluruh dunia.Apa pun Suaram dan Dignity International adalah gerakan sama yang berbeza hanya pada nama tetapi tetap didokong oleh Zionis-Yahudi antarabangsa.Hubungkait yang rapat antara Pengarah Eksekutif Suaram dengan firm pelobi Israel bernama Orion Strategies telah didedahkan oleh sebuah portal berita pro-pembangkang baru-baru ini.Walaupun Cynthia membuat penafian bahawa beliau tidk mengenali firma pelobi Yahudi itu atau mempunyai apa-apa hubungan namun butiran emel yang dihantar oleh seorang kakitangan Orion Strategies membongkar hakikat sebaliknya. 

Jika benar Orion Strategies telah diupah untuk membantu Suaram menjalankan gerakan liciknya untuk menumbangkan kerajaan,siapa pula yang membiayai segala kosnya ??? Malah pihak mana pula yang membayar Orion Strategies untuk menyusun siri mesyuarat dengan ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat bagi pihak Suaram dan sudah tentu jumlahnya bukan sedikit.Mengapa Cynthia cuba membuat penafian apabila fakta mengenai usaha Orion Strategies untuk mengadakan pertemuan beliau dengan beberapa ahli kongres Amerika Syarikat terserlah di dalam siri emel yang dihantar firma tersebut? Disebabkan Suaram menerima dana daripada jaringan pertubuhan Yahudi sedunia pertubuhan itu tidak boleh lari daripada bekerjasama dangan mana-mana badan yang membawa agenda Zionis termasuk Orion Strategies ??? Firma yang amat pro-Israel dan Zionisme ini pernah menjalankan kempen memburuk-buruk Presiden Obama kerana mendakwa sikap beliau yang tidak menyokong negara Yahudi itu sepenuh hati. Mungkin elok diminta penjelasan mengenai pendirian Suaram mengenai Israel terutama setelah badan itu menjalin hubungan rahsia dengan sebuah firma pelobi Israel. Di dalam emel iti disebutkan juga Cynthia bersama Pengarah Merdeka Centre,Ibrahim Suffian yang merupakan satu lagi agen gerakan Zionis-Yahudi,telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai iklim politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.Ceramah itu dikatakan akan memberi fokus kepada kemungkinan berlakunya kekacauan semasa kempen PRU13. 

Ini jelas membuktikan hubungkait pihak pembangkang untuk mencetuskan keadaan huru hara di Malaysia bagi mengoncangkan kestabilan politik negara serta menjayakan agenda Anwar untuk merampas Putrajaya.Dalam hal ini pihak mana pula yang membiayai kos perjalanan,penempatan,makan minum Cynthia dan Ibrahim semasa berada di washington ??? tempat yang saya tinggal sekaran ni ???  Adakah ini pertama kali Orion Strategies melakukan kerja-kerja perundingan bagi pihak Suaram atau kerjasama antara Suaram dan firma tersebut sudah berjalan sekian lama secara sulit ??? Adakah Orion Strategies juga mempunyai kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana melihat reaksi melenting Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli apabila diajukan soalan tersebut,kemungkinan besar PKR adalah perancang kepada hubungan Suaram dan firma itu.Dalam isu kapalselam Scorpene adakah Orion Strategies memainkan peranan sebagai perancang strategi untuk memfitnah kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri ??? Disebabkan Suaram telah membawa fitnah berkenaan isu Scorpene ke peringkat antarabangsa, sudah tentunya Orion Strategies juga berperanan untuk menasihati NGO tersebut dalam gerakannya untuk menjatuhkan kerajaan.terlibat dengan penyiasatan dalam apa jua bentuk berhubung isu kapalselam Scorpene ??? Hakikat bahawa Suaram adalah alat PKR sementara parti itu pula adalah perkakas gerakan Zionis-Yahudi tidak boleh dinafikan lagi.Selagi rakyat tidak menyedari kenyataan ini negara yang dicintai akan terus diancam oleh campur tangan kuasa asing untuk menentukan nasib rakyat dan tanah air.

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat