Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Saturday, May 4, 2013

Pengundi di seru bertenang pada Ahad #5/5/2013 #PRU 13-Ghani Othman.

alt
JOHOR BAHRU, 4 Mei - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman mengajak pengundi untuk bertenang dan berfikir sebaiknya serta tidak mengikut emosi ketika membuang undi Ahad ini.

Menurutnya, rakyat sewajarnya tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan parti pembangkang.

"Bertenang dan fikir, tidak terbawa-bawa dengan emosi. Jangan mudah terpengaruh. "Dapatkan pertimbangan masa depan kita lebih terjamin untuk negara hidup dalam keadaan harmoni, maju dan makmur dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN.," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Himpunan Perpaduan Rakyat di Taman Sutera dekat sini, semalam.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, calon BN Dun Nusajaya Dr Zaini Abu Bakar dan Dun Skudai Liang Ah Chy.

Dalam pada itu, Ghani turut merendah diri dengan mengatakan negeri Johor masih tidak sempurna sepenuhnya namun rekod membuktikan rata-rata rakyat negeri itu telah mendapat pembelaan yang sewajarnya sebelum ini.

Lantas yang demikian beliau berharap agar rakyat negeri Johor akan terus memberi keyakinan dan kepercayaan penuh kepada BN supaya dapat meneruskan agenda pembangunan di negeri itu seterusnya ke peringkat nasional.
 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat