Mangsa Teoh Sou Lim, 56, berkata, kejadian tersebut disedarinya ketika pulang dari berniaga kira-kira jam 12 malam semalam dan tidak pasti motih sebenar kejadian tersebut berlaku.
“Saya tak ada hutang ah long. Setiap hari saya lalui rutin sama keluar berniaga pada sebelah pagi dan pulang ke rumah pada tengah malam, tidak mungkin saya ada musuh.
“Mungkin cat itu dilemparkan di hadapan kediaman saya tidak sampai sejam sebelum saya dan anak sampai ke rumah sebab kesannya masih baru,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau yang juga bergiat aktif membantu adiknya berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengakui tidak pernah menerima sebarang ugutan dari mana-mana pihak.
Kejadiantersebut kemudiannya dilaporkan kepada polis di Balai Polis Gelang Patah oleh anak mangsa, Chan Meng Dai.
Dalam pada itu, Jason turut menjelaskan, seorang lagi anak mangsa, Chan Meng Wee, 29, turut bergiat aktif berkempen untuk Barisan Nasional (BN) bagi PRU13.
“Sebelum kejadian ini ahli kami turut dipukul ketika menyertai aktiviti kempen, namun disebabkan keselamatan mangsa enggan tampil di media dan ambil keputusan undurkan diri daripada aktiviti kempen.
“Saya harap kejadian ini tidak akan berulang, jika benar ia bermotif politik ia tidak sepatutnya berlaku kerana setiap penyokong perlu kawal emosi jangan bertindak ikut perasaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.