Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, April 16, 2013

Tiga Lapisan pertahanan di gariskan Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ) ( Esscom )



KUALA LUMPUR 15 April - Tiga lapisan pertahanan utama telah digariskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sebagai langkah proaktif membanteras kemasukan puak militan terutama pengganas Kiram di kawasan perairan negara.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, lapisan pertama ialah  pengawasan melalui udara dan radar yang memperuntukkan setiap aset TLDM yang terlibat sentiasa bersiap siaga dari lokasi pemantauan.

Menurut beliau, lapisan kedua pula ialah gerakan formasi kesemua kapal peronda dan friget TLDM yang terlibat sebagai benteng penyekat, mengesan dan menahan mana-mana kapal yang berjaya memasuki perairan negara.

"Sementara itu, lapisan ketiga ialah operasi menentukan kedaulatan kita dikawal dengan ketat dan rapi melalui kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk menumpaskan sebarang ancaman.
"Kita tentukan ketiga-tiga lapisan pertahanan ini sebelum membenarkan mana-mana militan mencerobohi perairan kita.



Jadi, ini adalah tiga lapisan yang kita gunakan, insya-Allah, kita akan mempunyai perairan yang selamat dan kondusif kepada sektor ekonomi dan juga industri pelancongan," katanya kepada pemberita dalam Wawancara Khas Panglima TLDM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz menjelaskan, sekiranya perlu, sebuah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) akan ditubuhkan bagi memperkasakan laluan keselamatan khas di kawasan tersebut yang dipantau pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Ops Pasir.

"Kita tentukan dalam Esscom ditempatkan CIQ, kalau nak ikutkan CIQ ditubuhkan, mereka tidak dapat memasuki perairan Sabah. Apa yang penting, kita kena pastikan pedagang 'barter' tradisional di sekitar kawasan tersebut diberi kemudahan," ujarnya.

Abdul Aziz berkata, TLDM harus diberi peranan lebih besar dalam Esscom kerana pasukan tersebut mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menjamin kedaulatan perairan negara daripada diancam pihak asing.

"Dalam apa-apa keadaan sekalipun, apa yang patut ditentukan ialah kita menghalang sebarang kemasukan ancaman asing.

"TLDM memainkan peranan yang besar dalam menentukan kemasukan tidak berlaku, justeru, kita meminta diberi lebih peranan dalam sebarang operasi pemantauan perairan negara," ujarnya.



Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat